Klik untuk keajaiban

Sunday, March 27, 2011

Kisah cuti lagi - Ladang Lembu

Salam hujung minggu untuk semua. Cuaca di Be-luran masih lagi hujan dan mendung sepanjang hari. Nampaknya matahari masih lagi malu2 untuk mengeluarkan dirinya. Tapi tahun lepas masa ni memang matahari dah memancar terik cuma mungkin perubahan cuaca dunia dengan keadaan mukabumi yang baru-baru ini pelbagai cerita suka dan duka maka diberikan keadaan yang sejuk dan nyaman di sini.

Hari ni aku nak menyambung catatan sedikit kisah percutian aku ngan Zatul dua minggu lepas. Ke manakah antara destinasi pilihan kami? Jawapannya adalah ke ladang lembu yang terletak di Kundasang. Sebenarnya ini bukan percutian pun cuma kami singgah ke sana dalam perjalanan balik ke Be-luran.

Ucapan Selamat Datang menyambut ketibaan kami ke sini.




Opps sebelum tu kena bayar dulu nak masuk ke sini. Seorang RM3. Bayar di pintu masuk. Sebenarnya masa kami sampai di sana tepat jam 1 adalah waktu rehat dan ladang cuma dibuka semula pada jam 2 petang. Tapi aku pergi merayu kat budak yang jaga pintu tu cakap kami tak boleh nak patah balik sebab kami dari jauh dan akhirnya kami dibenarkan masuk. Mulut kena manis yer .



Wah perasaan adalah sangat teruja melihat lembu2 warna macam kat New Zealand. Tak sangka pulak boleh tengok depan mata. 

Zoom lagi dekat.


Tanpa melengahkan masa, kami keluar dari kereta dan mula membeli susu segar yang dijual. Ada dua jenis perisa iaitu yang asli susu dan coklat. Oleh kerana memikirkan susu adalah tidak sedap, maka aku beli perisa coklat jer. Rasanya sungguh enak. Tak manis sangat macam susu yang selalu dijual tu dan rasa dia pasti lah segar. Harga pun murah RM4.40 untuk susu coklat bersaiz besar. Tapi sebenarnya menurut kawan serumah kami, perisa susu asli tu adalah lebih sedap dari coklat. Patut pun perisa susu asli tu tinggal dua kotak jer berbanding kotak susu yang lain rupanya lebih sedap. Tapi takpe, lain masa Insya Allah aku nak ke sana lagi dan merasa susu asli pulak.





Okeh ni model yang tak sabar2 nak minum terus susu tu. Muka pun sangat teruja kan minum susu tu.

Then masa yang ditunggu telah tiba. Maka berjalan2 lah kami berdua sekitar ladang lembu sambil menjadi model ladang lembu. Ladang dia luas dan rumput pun jenis macam kat New Zealand sana. Cuaca yang sejuk dan nyaman membuatkan perkara pertama yang dihidu di situ adalah bau lembu. 



Mari kita zoom lebih dekat lembu sebelum mengucapkan selamat tinggal.



Tuesday, March 22, 2011

Cinta pada.....

Salam kembali kepada semua.

Nampaknya mood bercuti semakin lama semakin hilang dan mood bekerja semakin lama semakin menguasai diri. Eh eh sila jangan muntah. Itu intro sahaja. Oleh kerana percutian yang lepas banyak pic yang telah diambil maka sila muntah beramai2 menyaksikan blog aku akan dipenuhi kegiatan masa cuti. 

Menonton wayang juga merupakan salah satu kecintaan aku selain buku dan kasut. Ye tuan2 dan puan2, kalo anda menggangur dan tak kerja maka takde maknanya kecintaan ini pada kita. Semuanya memerlukan duit. Oleh itu sila bekerja dengan lebih kuat lagi. Haha takde kaitan kan.

Menonton wayang ni ada dalam list perkara wajib kena buat masa kami di KK. Setelah menyiasat sana sini dan bertanyakan dengan orang KK si Pjal maka ada tiga tempat yang dia cadangkan. Oleh kerana hari yang kedua kami di KK kami berada di Centre Point sebab kat sana ada dua buah kedai buku maka aku dan Zatul mengambil kesempatan untuk menonton wayang di sini. 





Harga tiket adalah RM6 dan sangat murah (bagi aku lah) sebab kalo kat Kuching menonton wayang di MBO Spring memerlukan modal sebanyak RM11 seorang. Dan berbekalkan makanan seperti ini.

Sila klik untuk pembesaran gambar. Harga makanan pun sangat murah. Set kombo popcorn dan softdrink (you can change your drink to ice lemon tea without any extra charges) cuma berharga RM3.70 dan macam aku yang perlu ekstra keropok semua sekali berharga RM5.50. Super murah berbanding MBO Spring yang mana selalunya aku ngan adik aku set kombo untuk dua orang mencecah dua puluhan ringgit.

Masuk2 je dalam panggung tu beginilah rupanya hall no 8 tu. Besar gedabak dan hall dia menarik sebab macam ada pentas kat depan tu. So kalo dah tak laku wayang dia orang boleh sewakan hall tu untuk persembahan nyanyian or tarian or apa2 majlis kecil2an.




Kami menonton cerita ini.
Bagi aku cerita ni best.  Hikayat Merong best dan aku rasa okey jer walaupun sekarang ni macam banyak dah blogger review pasal menda tu dan kritik sikit. Biasalah kan, cerita malaysia kurang sana sikit tu memang ada dan so far bagi cerita malaysia aku rasa okeylah cerita ni. Sila pergi tonton ramai2 kat wayang berdekatan dengan rumah anda. Aku suka cerita ni so aku bagi 4.5 dari 5 bintang. 

Dan lusanya kami pergi sekali lagi setelah singgah lagi ke kedai buku kami menonton cerita ini.

Big Momma aku tak sarankan korang tengok. Pendapat peribadi aku cerita ni bosan dan buat aku rasa mengantuk dan nak tidur. Hehe tapi still boleh tengok untuk fun dan tak berat kepala. Aku bagi 2.5 dari 5 bintang untuk cerita ni. 


Sekian untuk kali ini. Nantikan cerita percutian bergambar pulak selepas ini. 

Sunday, March 20, 2011

Cuti dah berakhir

Salam.

Iklan sekejap- Dua tiga hari ni line internet aku sungguh mendukacitakan. Dapat connect tapi tak dapat internet. Buat aku rasa nak baling lappy dalam sungai. Hehe tapi tadi aku tak tahan sangat tak dapat berinternet telah menelefon aduan celcom. Ajaibnya tak sampai seminit, line internet aku terus ok. Terima kasih kepada celcom atas kelajuan dan keperihatinan mereka menangani masalah internet aku. Ok iklan dah habis. 

Cuti pertengahan semester pertama nampaknya telah berakhir dengan jayanya. Cuti seminggu ini pada mulanya memang plan nak balik kampung dan kemudian berubah kepada untuk tidak balik kampung dengan plan nak berjalan2 ke KK setelah cuti tahun baru cina yang gagal nak ke mana2.

Cuti kali ni aku berada di KK. Berjalan2 mencari apa yang takde di Be-luran dan San-dakan. Perjalanan kami bermula pada pagi Isnin seawal jam 730 pagi dan alhamdulillah selamat tiba di KK pada lebih kurang jam 2 petang. 

Target aku bila kat KK ni adalah berbelanja secara berhemah dan adakah anda rasa aku berjaya mencapai impian aku tu? Semestinya TIDAK apabila dah berjumpa sesuatu seperti ini. 




Lautan buku terutama novel melayu dan english pasti mengeringkan poket aku. Namun tak lupa juga sedikit pelaburan untuk anak2 murid dan kelas aku. Berkali2 masuk ke kedai buku membuatkan aku hampir hilang akal untuk membeli semua buku di situ. Tapi mengenangkan ada lagi barangan dalam list maka pembelian buku adalah perlu dihadkan.

Dulu masa mula kerja dan mula2 memegang duit sendiri, aku siap ada bahagian 10 ke 20% dari gaji untuk buku dan semakin lama semakin besar bahagian untuk buku dan bahan bacaan. Dan bila di Be-luran, perkara tu terus hilang dari aku sebab kat sini aku tak jumpa lagi kedai buku yang ada jual novel. Dan jika adapun tidak menepati specifikasi yang aku nak. Masa cuti yang lepas, dalam sehari aku boleh menghabiskan RM50 untuk beli buku dan asyik berulang alik ke kedai buku kalau buku yang dibeli habis dibaca sampaikan owner kedai tu dah kenal sangat dengan aku dan pasukan peneman aku ke kedai buku tu.

Namun demikian, perkara ni tidak mematahkan semangat aku dengan buku di sini. Aku selalu beli buku online tapi sekarang macam malas nak beli online sebab leceh kena amik buku kat pejabat pos. Untuk pengetahuan, Be-luran ni takde posmen yang menghantar surat. Kita kena amik surat kat pejabat pos. 

Selain buku, aku alergik juga dengan kedai kasut. Saya cinta kasut ok. Tapi keadaan sekolah aku membuatkan aku menyesuaikan diri dengan kasut yang sesuai. Kat sini tak boleh nak pakai heels yang tinggi nanti tak boleh nak pergi kantin naik jambatan kayu yang panjang itu. So kasut aku adalah versi yang tidak merupakan kecintaan tapi ia memenuhi kehendak persekitaran.

So inilah sedikit hasil dari bumi KK. Ada yang tak masuk dalam gambar sebab dah dikeluarkan dari plastik dan dikemaskan.

Ada satu lagi kecintaan aku. Nak tau apa? Tunggu!!!

Friday, March 11, 2011

Pasar Sim Sim

Salam semua.

Dah lama rasanya nak cerita pasal tempat kegemaran kami makan seafood bakar di Pasar Sim Sim Sandakan. Pasar ni namanya memang pasar tapi bukanlah tempat orang menjual ikan mentah tu cuma kat sini adalah tempat kedai makan ikan bakar dan seafood lain seperti udang dan sotong.

Tempat ni menjadi tumpuan ramai terutama pada waktu hujung minggu dan ia memerlukan sedikit kesabaran untuk berpusing2 di sekitar pasar berkenaan bagi memperolehi parking.
Semua makanan seperti ikan, sotong dan udang pengunjung boleh bebas memilih jenis yang dikehendaki dan kemudian makanan berkenaan akan dibakar semula (dipanaskan) dan kemudian dicampurkan dengan rempah dan bahan2 pelengkap yangmenjadikan ia begitu sedap sekali. 

Layan gambar dulu. Tak tau nak cerita macamana bila nak diterangkan dengan fakta. Rasa macam menulis rencana makanan yang gagal jer rasanya ni. Hehe









Untuk info, bila sampai kat tempat makan ni kita cuma perlu memilih ikan atau sotong atau udang yang kita nak makan then cari tempat duduk. Dalam pakej ni sekali adalah nasi kukus panas yang sungguh sedap dan makan mesti bertambah2, sayur dalam tiga jenis (pilih sendiri), sup kosong dan air sejuk. Tak lupa jugak sambal dia yang ada dua jenis. Satu yang dah sedia di atas meja dan satu lagi kita boleh request minta sambal yang pedas.

Sotong bakar dia adalah kegemaran aku bila ke sini dan harganya pulak adalah amat murah. Kami pernah makan 8 orang dengan pilihan ikan lebih dari 4 jenis ikan dan sotong lebih dari dua pinggan. Harganya cuma RM48. Dan normal price kalo aku pergi dengan Izzatul, biasanya kami akan pilih dua jenis ikan dan sotong 2 pinggan. Harga adalah less than RM20. Sungguh berbaloi2 rasanya makan dengan harga yang murah dan rasanya adalah meletops. So kawan2 sila ler datang ke pasar ikan bakar ni kalo berkunjung ke Sandakan.

Akhir kata Selamat bercuti sekolah kepada semua.

Saturday, February 26, 2011

Semalam duduk di rumah sewa berhantu V1

Salam semua.Sila bawa bertenang dan jangan buat mogok di pasaraya2 nak tau sambungan kisah hantu ini.

Ingatkan nak biar entry tu tergantung dulu tapi memandangkan hari ni mood aku baik baru balik dari Sandakan untuk shopping barang2 sebulan maka aku akan menyambung kisah hantu itu.
 
Masa nak menyewa tu, aku tanya si Shu betul2.

Ko memang nak duduk rumah ni ke?

Yelah. Ni jer pilihan terbaik kita. Kenapa?

Tak ler aku takut kita dua HANGAT2 TAHI AYAM.
Dari ayat tu dah nampak kan ketidakyakinan aku dengan keberanian kita orang berdua nak duduk rumah tu. Tambah mengharubirukan adalah dalam rumah tu line telefon langsung tak dapat apatah lagi line internet. Jadi bila dah masuk dalam rumah maka semua perhubungan dengan manusia luar adalah terputus.

Masa kami berada dalam rumah tu kami adalah seperti belangkas. Sama2 ke dapur. Sama2 ke luar dan kalau boleh sama2 ke tandas. Kami mandi kat rumah tu tak tutup pintu pun. Mata melilau ke sana sini tak ingat dunia. Masa tu ler berfikir naper lah takde mata kat belakang kepala. Perasaan sentiasa diselubungi ketakutan yang maha hebat mengingatkan cerita makcik sebelah rumah tentang pontianak terbang di sekitar rumah, tempat hantu duduk. Bukan ke itu semua boleh mengundang sakit jantung dan mati serta merta.

Kejadian ngeri tu berlaku sebelum subuh di mana si Shu terjaga dan dari samar2 mata dia melihat ada lembaga bangun dari sebelah dia (pada mulanya dia menyangka aku) menuju ke dapur. Dan kemudian dia sedar aku ada kat sebelah dia. Misterinya siapa yang dia lihat bangun dari sebelah dia. Dan pastinya dalam kami berdua tidur berhimpit2 itu, ada makhluk lain rupanya di tengah2 kami. Lepas tu dalam masa nak subuh dari dia melihat makhluk tu, macam2 ler benda biasa hantu terjadi seperti kena tindih dan sebagainya. Nak cerita pun ngeri.

Patutlah bila bangun pagi tu dalam jam 6. Ni kira dah lewat dah. Aku tengok dia termenung lama. Lepas tu dia siap bagitau kalo aku nak ke tandas dia boleh temankan sedangkan dia tak sedar hari dah cerah dan masih dalam ketakutan . Tapi percayalah bila anda melihat dan berada dalam rumah tu, jiwa ni rasa ketakutan yang amat. Pagi tu dalam kiraan 1, 2 , 3 kami main campak jer barang dalam kereta dan bergerak cepat sebelum hal2 lain terjadi.


Balik sekolah kami terpaksa sekali lagi singgah ke rumah itu untuk mengambil saki baki barangan kami tanpa ada satupun yang tertinggal dan kami kembali kepada rutin kami dengan berulang alik dari maktab ke sekolah praktikum dengan setiap pagi kelajuan kami adalah mencecah 140 km perjam. Kalau duduk hotel pun tidak semahal tu kan. RM350 untuk semalam yang penuh ngeri. Hehe. Alhamdulillah kemudiannya kami dapat rumah sewa depan rumah PK sekolah praktikum tu dengan sewa RM350 juga.

Walaubagaimanapun di sebalik kisah ngeri ini, kami berdua sebenarnya amat berterima kasih kepada tuan rumah kerana sudi memberi kami berdua menyewa di rumah tu. Pada awalnya tuan rumah memang tiada niat nak menyewa rumah tapi memandangkan dia kesian dengan kami berdua maka dia menyewakannya. Tambahan pulak rumah itu memang kosong sejak sekian lama tidak ada orang duduk memandangkan dia kerja di Sabah masa tu.
 
Wakil tuan rumah pun melayan kami dengan baik sekali. Siap bawa kami masuk kampung dia orang, tengok sungai dan ajak kami pergi ke kebun lagi. Dan anak buah tuan rumah adalah hensem tambah pulak berbudi bahasa orangnya.Tiada sapa2 yang bersalah dalam hal ni cuma yelah rumah ni kan tak boleh biar kosong lebih 40 hari maka akan ada makhluk lain yang duduk dalamnya.

Selain itu, aku dan Shu sebenarnya mendapat banyak pengalaman dalam rumah sewa bila praktikum ni. Masa ni barulah kita kenal sapa sebenarnya kawan kita dan masa ni jugak aku berjumpa dengan manusia yang sebenarnya kita takkan faham apa sebenarnya yang dia nak. Kita tolong seikhlas hati dengan jiwa raga tapi balasan yang kita dapat......takpe semoga Allah mengampunkan dosa aku ngan Shu yang berhadapan dengan orang macam ni.

Selingan jap. Masa ni jugak, aku ngan Shu dah rugi banyak dan memandangkan status kami sebagai pelajar KPLI dengan elaun 1200 duit adalah begitu bermakna.  Dengan duit sewa rumah hantu RM350 yang hangus dan duit nak bayar deposit rumah lain adalah betul2 menyesakkan jiwa.

Kenangan paling tak dapat dilupakan adalah bila mendapat panggilan dari T-B-S masa tu suruh aku ambil duit koperasi masa aku kerja. Dengan semangat 46 aku dan Shu turun dari Serian pergi Kuching nak amik duit tu dengan angan2 dalam kepala adalah RM1500 cukup ler nak bayar deposit rumah sewa baru. Sekali bila sampai Kuching, duit tu cuma RM500. Apa perasaan korang? Rasa nak menangis pun ada.

Dan sampai sekarang, aku yang dijanjikan mendapat RM1500 masa itu oleh mereka yang pakar dalam bidang mereka mereka adalah dari sebilangan orang  yang masih ada rasa hormat di hati aku, cuma mendapat RM500 sahaja. Pernah bertanya beberapa kali dan jawapan itu membuatkan aku menunggu buah yang tak gugur. Dan guess what aku dah berhenti dari sana lebih 2 tahun dan adakah begitu sukar nak mendapat apa yang dijanjikan sebagai hak. Takpelah aku sekarang pegang prinsip semua perkara yang kita buat akan ada balasan dari Allah. Dan ketahuilah aku amat bahagia di sini dan yang pasti kebenaran akan terbongkar jugak. Percaya pada hukum karma dan balasan Allah.

Opss apasal entry aku bunyi macam Ustazah takde lesen ceramah. Sekian, no heart feeling okehh.

Thursday, February 24, 2011

Semalam duduk di rumah sewa berhantu

Assalamualaikum WBT.

Hikss ni bukan pasal rumah sewa sekarang tapi ni nak citer kisah lebih setahun lepas bila kami menyewa rumah untuk praktikum.

Dulu aku tak pernah cerita detail rasanya. Malam ni sebab aku nak melawan kemalasan mengupdate blog so aku nak citer kat sini.

Alkisah masa mula2 nak praktikum dulu aku ngan Shu ditempatkan sama sekolah. Ni tak boleh nak kata apa dah sebab nama aku ngan dia berturutan. Kisah rumah sewa ni panjang turutannya tapi memadai aku terus nak cerita pasal rumah sewa yang berhantu tu.
 
Proses aku dan Shu nak mendapatkan rumah sewa semasa di Serian begitu sukar dan penuh cabaran. Seminggu pertama kami berdua adalah berulang alik dari Kota Samarahan ke Serian. Cukup jauh sebenarnya sebab seawal selepas subuh kami dah terpaksa bertolak dari Kota Samarahan bagi memastikan kami berdua sampai tepat jam 650 pagi.

Kami berdua ada juga cuba nak menyewa bersama dengan kawan2 yang lain yang tempatnya juga agak jauh macam di Gedong dan atas lagi dari Serian namun malangnya semua orang telah menolak kami untuk duduk secara bersama sama ada secara jujur dan muslihat. Biasalah kan, masa ni lah baru nampak true color kata omputih. Tapi bagi kami itu satu cabaran dan selama itu jugak  kami berdua gigih mencari rumah sewa yang berdekatan dengan sekolah.

Sekolah praktikum kami berdua terletak di pinggir bandar serian dan dalam perkampungan kaum bidayuh. 

Dipendekkan cerita ada insan yang baik hati menawarkan kami rumah sewa dan di sinilah segalanya bermula. Hehe.

Rumah sewa ni terletak dalam kawasan kampung dan boleh dikatakan kawasan pergunungan dengan bukit bukau. Hanya 15 minit dari sekolah namun ia adalah jauh ke dalam kawasan kampung dan pergunungan di mana semakin lama kita meneruskan perjalanan, tiada rumah yang akan dijumpai.
 
Pertama kali pergi melihat rumah. Hati aku dah terdetik tak nak duduk situ sebab suasana agak muram. Ditambah pula rumah yang kami sewa adalah jauh masuk ke dalam kampung. Rumah kami adalah terpisah dari rumah penduduk kampung yang lain walaupun terletak di tepi jalan. Tiada jiran berdekatan. Cuma ada dua buah rumah tapi pagar rumah adalah jauh terletak.

Sewa rumah RM350. Rumah sebiji batu. Memang besar dan murah ler. Masa tengok rumah  Shu ni terus setuju nak menyewa rumah. Mungkin dia dah bosan berulang alik dari maktab ke kawasan sekolah praktikum sebab jauh dan tiap hari kami bertolak sebelum jam 530 pagi.

Hari pertama kami check in (bahasa tak ingat tuh) kami dikunjungi oleh wakil tuan rumah sebab kami nak bayar deposit merangkap sewa rumah. Jiran dekat rumah pun ada jugak datang berkunjung. Mereka bercakap dalam bahasa bidayuh tapi nak buat camna sedikit sebanyak kami faham terutama aku lah sebab ada bahasa yang selalu didengar. Nak tau apa intipati perbualan mereka.

Yang ni dah ditranslate:

Malam tadi anjing aku menyalak menangis tak henti2.

Tu dia terbang dari pokok tu ke pokok sana. (Sambil tangan menunjuk ke pokok2 di belakang rumah)

Sinilah tempat hantu tu.( Tangan menunjuk sebelah kiri rumah di mana ada tempat macam buluh tempat tuan rumah menjemur padi)

Bla bla bla....

Ni pulak pesanan dia kepada kami.

Korang jangan risau duduk rumah ni. Rumah ni selamat TAPI kalo orang ketuk pintu malam2 korang jangan buka.

Korang jangan risau duduk rumah ni. Rumah ni selamat TAPI dari atas rumah ni lah orang nak pecah masuk dulu. (Tangan tunjuk atap rumah)
 
Begitu banyak tapi yang membuatkan aku masa tu dah tak senang duduk. Semua TAPI adalah mengerikan.Masa tu aku nak jer lari dari situ terus tetapi memandangkan duit deposit baru jer diserahkan maka kami redha.

Perkara pertama kami buat adalah menutup semua cermin atau apa2 sahaja lubang yang boleh membuatkan kami memandang di luar rumah. Hatta lubang tandas pun kami tutup. Hehe.

Perkara kedua adalah buka komputer dan buka surah Al-Baqarah kuat2 sehingga kami pergi sekolah esoknya. Selama dua hari kami duduk di rumah tu, walaupun siang rumah kami akan bergema dengan bacaan ayat2 Al-Quran.


Malam tu kami tidur di ruang tamu berbekalkan tilam yang dishare bersama. Secara logiknya tilam itu adalah kurang muat untuk kami berdua. Tapi tahu tak bila tidur tilam itu menjadi sangat luas sebab kami tidur menyenget dengan sentuhan belakang bertemu belakang. Aku rasa kalo ikut hati memang kami nak tidur berpelukan. Haha.

Tambah mengerikan dalam rumah, tiada line telefon sama ada kuning ke hijau ke ungu ke semua line tepon takde. Maksudnya masuk jer ke dalam rumah maka kami berdua terputus hubungan dengan dunia luar.

Sebenarnya berbanding aku ngan kawan aku tu. Aku sangat penakut dan kawan aku sangat berani. Malangnya bila duduk rumah tu kawan aku menjadi mahapenakut. Jam dah kul 6 pagi dan di luar dah cerah, dia tak berganjak nak ke bilik mandi dan siap offer aku untuk ditemani ke bilik air. Aku pun heran apakehal minah ni. Hari dah terang pun takut lagi. Rupanya ada misteri yang terjadi kat kawan aku. Nanti aku cerita di lain episod. Tapi tu ler malam terakhir dan pertama kami tidur di situ. Pagi kami macam tak cukup kaki tangan mengemas barang secara ekspress masuk dan sumbat dalam kereta sebab takut. Kereta yang pada mulanya muat je semua barang tiba2 menjadi tidak muat sebab kami berdua main sumbat jer semua barang secara ketakutan dan cepat.

Mengantuk lah so to be continue............hehe jangan marah

Monday, February 14, 2011

Kenangan IRPK1109

Salam semua. 

Aku nak amik kesempatan nak mengucapkan salam maulidur rasul dan selamat bercuti untuk semua warga Malaysia esok. Gunakan kesempatan cuti ini dengan sebaik-baiknya.

Seminggu yang lepas, aku puas mencari tajuk apa yang nak ditulis namun rasa buntu pulak. Otak jadi tumpul dengan topik yang nak dikongsi bersama atau menjadi kenangan aku tak muncul2. Terima kasih kepada Yadie sebab telah mengupload gambar di bawah dalam fb. Boleh gak jadi topik kan. Mari kita mengimbau kenangan 2009.


Gambar ni aku tak ingat sapa yang melukis.Kalo tak silap aku Yadie kot. Sila betulkan yer andai aku silap. Lukisan ni betul2 menggambarkan kedudukan kami 18 orang dalam kelas IRPK. Kami terdiri dari 10 perempuan dan 8 orang lelaki dengan pecahan negeri adalah seperti berikut 9 dari Sarawak, 8 dari Sabah dan seorang sesat ke kota samarahan dari Pahang. Hehe.

Kalo ikut pecahan negeri posting asal pulak 13 di negeri Sabah, 2 di Sarawak dan 3 di Selangor. Kesemua kami yang masih bujang dari Sabah dan Sarawak dipostingkan ke negeri Sabah. Masa dapat penempatan posting ni, keterkejutan yang amat sangat melanda kami yang berasal dari Sarawak sebab ehh apasal aku terpelanting ke Sabah? Negeri aku lagi besar dan lagi banyak tempat kosong nak posting. Tapi itulah orang kata, takdir di tangan Allah. Telah ditakdirkan kesemua kami memenuhi posting di seluruh negeri Sabah bermula dari Kuala penyu melintas ke Telupid, Be-luran, Kinabatangan, Lahad Datu dan paling hujung adalah di Semporna.

Masa belajar adalah paling seronok sekali.Setahun di IPGM dengan aktiviti yang padat dan menyesakkan jiwa tapi akhirnya kami semua berjaya menempuhinya dan di sini kami bergelar seorang guru.

Mari kita kenali sorang demi sorang ahli keluarga IRPK ini bermula dari depan.

Aden- Beliau adalah Ketua Kelas kami yang selalu mengantuk dalam kelas. Kesian sebab masa dekat maktab dimaklumkan kepada kami Aden tak dapat nak tidur malam maka kedatangan beliau ke kelas adalah tepat2 waktu bermula masa kelas pertama. Namun begitu, Aden adalah seorang yang best. Penyelamat sapa2 yang malas nak ke kelas. Ehh.. ke kita yang menjadi penyelamat dia di akhir2 semester. Hehe

Taju- Mamat smart dan rileks. Selalu tampil dengan lawak yang tak disangka2. Aku masih ingat kau Taju cakap aku masuk sukan lari dalam guni. Hampeh dot com. Mengejutkan semua jantung dan paru2 aku. Taju adalah penyelamat aku, Ina dan Ham masa mula2 kami sampai ke San-dakan. Dia menunjukkan keperihatinan sebagai warga Sabah dengan mencari jalan macamana kami nak sampai ke PPD masing2 masa di hotel one utama.Sanggup bawa kami makan dan beli barang tengah malam tu bersama tunangnya yang cantik manis.

Yadie- Kembar si Taju sama macam aku ngan Shu. Di mana sahaja Taju ada di situ ada Yadie, Pendiam dalam kelas tapi boleh tahan juga lawak sama ngan si Taju. Selalu menjadi sasaran Encik ......untuk sesi amali sentuhan. Berjumpa jodoh beliau di maktab dengan gadis Sarawak.

Lan- idealistik dan masa exam sila cari beliau untuk sesi soalan spot yang sungguh tepat. Kadang2 aku rasa macam malas nak jumpa dia masa exam sebab aku takut ada lagi soalan spot dia yang aku tak belajar. Hehe pendek kata beliau adalah sangat rajin dalam belajar. U can share ur problem with him. Mesti ada jalan penyelesaian.

Widya- Wanita anak dua (masa dulu ler sekarang anak tiga) sangat pandai bercakap dan mula2 dengar dia cakap aku rasa rendah diri sebab aku tak pandai bercakap macam dia. Hehe. Tapi lama2 kenal, rupanya sama jer ngan orang lain. Juga salah seorang yang mempunyai soalan spot exam yang tepat.

Suhaila-Misteri yang masih belum terungkai. Pun seorang yang berdedikasi dalam pelajaran.

Badariah- cikgu pink ini comel. Senang dicari sebab sentiasa ada warna pink bersama beliau. Pun sangat pandai melukis.Stylo le ini cikgu.

Ina- gadis kecil molek yang mempunyai suara yang kuat. Bestfren Ham. Seorang yang suka menolong orang sama macam Ham jugak. Pendek kata apa yang ada pada Ham ada pada Ina jugak

Ham- Kembar Ina dan bendahari kelas. Sangat berdedikasi dalam kerja dan tugas untuk mengutip duit kelas. Paling tak adil, sekarang pun sama tempat posting ngan Ina di Telupid. Hehe

Bong- Penolong Ketua Kelas yang sangat berkaliber. Astro kelas untuk berita terkini dari HEP atau maktab. Pun sangat rajin belajar. Tiada hari yang korang boleh jumpa dia dari rileks membaca buku.

Lim- Cikgu pendiam dan juga seorang yang sangat rajin dan berdedikasi. Seorang yang sangat suka menolong orang jugak.

Pjal- Bekas pegawai bank yang menceburkan diri ke bidang perguruan. Salah seorang fav student Encik...Tumpuan diberikan kepada beliau sebab Encik.... kata tak sesuai jadi cikgu. Nak transform Pjal dari pegawai bank kepada cikgu.

Dazzy- Ni geng assignment group kita orang. Sangat berdedikasi dalam tugasnya. Masa kami BIG, Dazzy jadi penghulu kami.Sangat best!

Awang- Ni anak tokey balak sabah. Setiap minggu beliau balik ke Sabah. Aku rasa dia ni ada share dengan MAS atau Airasia. Sangat best bekerjasama dalam assignment. Prinsip kami adalah ada empat assignment. Sorang buat satu. Siap. Takpayah nak discuss2. Sepanjang kami bergroup, tak pernah pulak kami berempat ada group discussion. Berkebolehan mencipta lagu dan seorang yang seni.

Shu- My twin. Kami adalah sangat serasi dan gila. Tiap malam boleh jer drive dari Kota Samarahan ke Kuching semata2 nak pergi makan di Spring. Masa praktikal lagi gila, kami berdua duduk nomad sebelum dapat rumah sewa. Pernah duduk di rumah sewa berhantu selama dua malam dengan pakej RM350. Burn duit sewa. Kemudian selama dua minggu, kami berdua memecut 160km j berlumba dengan Taju dan Yadie dari Kota Samarahan ke Serian. Mula2 kami berdua bertolak kul 530 pagi, then naik 545 naik kul 6 dan pernah kami dari Kota Samarahan kul 630. End up sampai jugak ke Serian sebelum loceng bunyi jam 650. Gila! Hehe


Tyny- Sangat pandai bercakap dan ciri2 seorang guru yang berkaliber. Sangat rajin dan berdedikasi. Kadang2 macam misteri.

Aku- malas nak cerita nanti kamu semua muntah hijau. Haha. Sila isi tempat kosong sendiri.....

Eh entry akan datang aku dah ada tajuk. Pengalaman tinggal di rumah berhantu selama dua malam. Tunggu....