Klik untuk keajaiban

Tuesday, June 28, 2011

Jalan-jalan cari makan Part 2- Seoul Garden

Salam.

Sampai2 je KLIA jam 1230 hari Sabtu aku terus naik KLIA Ekspress sebab dah janji dengan CT dan Ayu yang datang jemput aku kat sana. Dalam masa yang sama kelam kabut jugak sebab aku sepatutnya sampai terlebih dahulu dari Iyla yang bertolak dari Pahang tapi nampaknya dia naik bas awal le pulak dan dalam KLIA Ekspress tu kawan2 semua dah sibuk sms melapor diri dah sampai di destinasi.

Maka dalam masa sejam berlakulah pertemuan semula dengan 3 orang BFF zaman UUM dulu. Ayu aku selalu jumpa sebab aku selalu turun KL g rumah dia. Takpun dia turun Kuching memang selalu jumpa lah. CT dan Iyla last jumpa adalah masa kami berempat buat reunion di Langkawi tahun 2005. Masa berlalu dengan pantas kan!! Maka pertemuan kedua adalah lokasi KL saja. Tapi takpe lepas ni Insya Allah akan selalu jumpa sebab CT, Iyla dan Ayu memang kat KL. So kalau aku turun sana maksudnya reunion lah kan.

Tapi aku nak cerita kat sini pasal Seoul garden. Ni pun penangan internet dan promosi mulut ke mulut dari kawan2. Aku dah plan ngan CT sebelum datang KL lagi. Dia kena book tempat untuk kami dinner malam tu meraikan reunion kedua kami ni. Untuk pengetahuan Seoul Garden ni selalu penuh so adalah lebih baik booking dulu untuk pastikan tidak kempunan.

Apa2 hal kita amik pic depan restoren dulu.

 From left : Iyla, Ayu n Ct
Tuan punya blog dengan Iyla dan Ct.


Tempat yang disediakan untuk kami juga adalah sangat strategik. Terletak di ceruk jauh dari orang lain dan membolehkan kami berfotogedik tanpa batasan.


Kami pilih kuah tomyam.

Pelbagai pilihan seafood dan daging yang sedap2 semuanya.

Sayur pun ada


Pelbagai pilihan yang menyesakkan perut.


Mula memasak sampai terpercik dan terpelanting.

Mula bergotogedik tanpa batasan

 I like this pic!!

Tiada kata2 dapat diungkap untuk kesedapan dan keseronokan kami di sini. Tengok pinggan je yer.

Time membayar dan setelah semua pelanggan lain keluar dan cuma tinggal kami sahaja dalam tu.

Nah this is the price. Memang berbaloi2!! sampaikan Ayu keesokan harinya request nak makan kat situ lagi namun malangnya permintaan terpaksa ditolak sebab banyak lagi restoren lain nak diterjah. Kesemua sekali kami kena bayar RM 170++ untuk 4 orang. Berbaloi!!!

Aku akhiri dengan sebuah gambar menarik dari Ct. 

Mentang2 hang kerja CIMB. Asal nampak CIMB je hang paksa kita orang amik pic hang. Tak faham aku. Haha kalo macam tu jenuh le korang nak amik pic aku kat semua sekolah yang kita lalu. Salam.

Sunday, June 26, 2011

Jalan-jalan cari makan Part 1- Madam Kwan's

Haloo. Malas nak update sebab malas nak pindahkan pic ke dalam laptop. Tambahan pulak ada masalah laptop tak selesai membuatkan malas menjadi-jadi.

Cuti sekolah semester pertama selama dua minggu begitu cepat  berlalu. Dalam masa dua minggu tu semestinya pulang ke tanahair tercinta tidak dilepaskan. Namun jemputan menghadiri perkahwinan sahabat baik di Kl telah menerbangkan aku ke sana berjumpa dengan kawan2 seperjuangan masa belajar di Univ dulu. Kisah wedding yang dihadiri akan dikisahkan kemudian. Tapi kali ni mari kita sama2 tengok apa hasilnya aku dan makanan. Ehh betul ke tajuk ni. Hehe betul le sebab aku memang suka makan.

Oleh kerana kehidupan di Be-luran ini, hiburan bagi aku cuma lah tv dan internet maka tak hairanlah aku ni banyak dapat info dari internet. So nak jadi cerita  masa aku dan Iyla tengah bershopingan di midvalley dan tengah bersms dengan CT nak decide lucnh kat mana, aku ternampak Madam Kwan 's Restoren kat Midvalley. Terus jer aku sms CT kita makan kat Madam Kwan's. Sebabnya aku memang banyak banyak orang tulis dalam internet tentang kesedapan Madam Kwan's ni. Setelah bersoaljawab dengan CT maka CT dengan keyakinan rakan muda pun arahkan pertemuan di KL Central senang kami nak ke KLCC yang menurut dia lagi banyak pilihan.

Menapaklah tiga makhluk Tuhan dengan lapar dan yakin. Dan sekali CT salah keyakinan sebab yang dia nak bawa kita orang adalah Miss Kwan. Aku dah terduduk kelaparan kat kerusi kat situ. Dalam hati sedikit frust dan kemudian terus surf internet cari mana lokasi Madam Kwan di KLCC. CT dan Iyla pulak sibuklah bergambar sana sini.

Masalah le pulak sebab internet tak berapa nak laju dalam KLCC tu. So dengan kekecewaan yang sarat aku pun tengok je gelagat dua orang kawan aku tu. Betul  jugak kata Encik Mussafir, geng kita orang ni pantang ada tiang semua tempat nak bergambar. Aku dah plan dalam kepala, ajak minah dua orang ni minum alas perut dulu kat mana dan kemudian akan patah balik ke Midvalley. Entah macamana aku terpandang ke atas tempat dua orang minah ni bergambar. Astaga...

Terus aku berjalan  laju menghampiri dua orang minah bergambar ni. Oiii aku tunjuk kat atas kepala dia orang. Terus kita orang gelak tak ingat dunia. Rupanya tempat yang dia orang bergambar tu adalah pintu masuk Madam Kwan.

Masuk terus dan kemudian sedikit blur sebab internet aku tak dapat nak surf untuk cari apa makanan terbaik di Madam Kwan tu. Kemudian tawakal jer masing2 order. Aku dengan Nasi Bojari. Iyla dengan nasi lemak dan Ct dengan spegeti nya. Err rasanya camna? Serius aku tak faham apa yang orang cakap sedap kat nasi lemaknya. Oh maaf ler kiranya lidah aku ni dah selalu makan nasi lemak yang sedap2 so nasi lemak dia jatuh ke bawah untuk citarasa aku. Nasi Bojari aku pulak pun rasanya memang sedap tapi still aku rasa sedap kategori biasa jer dan malangnya aku pernah makan ayam dengan rempah yang lebih sedap maka nasi bojari bukanlah sangat sedap untuk lidah aku. Spegeti nya pun rasa biasa dan kuah pun sikit.

Yer bila melangkah keluar dari restoren tu memang rasa menyesal sebab memang tak berbaloi dengan harga RM94 untuk tiga orang makan tu.

Nota kaki : Ini cuma pandangan peribadi aku dan kawan2. Maybe next time kami kena try pulak menu lain. Mungkin ada yang sedap.