Klik untuk keajaiban

Monday, October 17, 2011

Kena bayar untuk berkawan

Hari ni murid2 sekolah aku mula exam penggal kedua. Macam biasa le bila exam cikgu2 kena mengawas budak2. Tadi aku masuk kelas tahun dua. 

Macam biasa bagi kertas ujian, bagi arahan dan amaran supaya tidak bercakap dan meniru maka peperiksaan pun berjalan. Tengah-tengah ralit memerhati mata aku tertangkap dua orang budak tengah pass kertas sesama dia orang. Zapp sepantas kilat suara aku macam bunyi petir maka dapat le kertas yang dipass tu. Pada anggapan dan pengalaman aku budak2 ni mesti meniru. Aku tak suka orang meniru dalam exam sebab aku tak pernah pun meniru sepanjang aku bersekolah dan zaman u mahupun maktab. Bagi aku perbuatan meniru ni adalah satu perbuatan tak adil untuk orang yang belajar dan halooo ko senang2 nak dapat markah tinggi tanpa belajar memang tidak sama sekali. Kalo gagal pun biar gagal bermaruah bukan dengan cara meniru.

Eh apasal tiba2 melalut pulak. Ok kembali kepada cerita asal.  Maka ini hasil rampasan aku.

Intipati surat : 

Iskandar aku mau kawan kau. Aku tidak kawan si Dovin sama si Ronney selama lamanya Iskandar.

Ini pulak balasan iskandar : Okey tapi bagi duit kalo tiada aku kawan juga kau.

Maka dapatlah ceramah percuma budak2 tu di tengah exam. Ish budak2 ni memang perangai budak2 kan. Kawan pun nak berbayar. Aku cakap ngan budak2 ni. Awak tak usah nak berkawan sama orang yang berbayar ni. Banyak lagi kawan yang percuma kat sekolah ni.

Jadi anda rasa kawan2 anda sekarang ni yang berbayar atau percuma? Renung2kan. Selamat beramal.

Nota kaki : Saya pernah ada kawan yang membunuh saya. Anda bagaimana?

Sunday, September 25, 2011

Syawal makin berlalu

Sedar tak sedar syawal dah makin meninggalkan kita semakin ke penghujung.  Sedar tak sedar jugak tak lama lagi adalah bulan 10 dan bulan 11 tanggal 19 adalah cuti panjang untuk sekolah. Dan sedar tak sedar sudah hampir dua tahun aku dah berada di sini. 

Syawal yang di sambut di tanahair tercinta sudah semestinya meninggalkan kenangan manis yang masih dikenang-kenang. Dan untuk rekod aku sendiri di masa akan datang, just enjoy beberapa pic ni untuk berada di bawah tajuk Syawal. 

Ni anak gtab masa kini. Kepakaran dua orang budak kecik ni dengan gtab adalah di luar kawalan sebab walaupun belum sekolah tapi ketereran dalam mengexplore gtab adalah sungguh tinggi. Leka bermain angry bird.

Me n my luvely mum.

Open house with my cousin n my family

 Ni masa kat rumah pakcik sekali dengan aunty n uncle dari Jerman.


Tak dilupakan celebration my birthday yang jatuh sehari sebelum raya. Kami sekeluarga menyambut di restoren steambot.


Ini gambar birthday girl dan semua anak2 buah yang ceria.

Ni pulak pic sekeluarga dengan kek angry bird yang dibeli oleh cousin aku khas untuk celebration masa tu. 

Nota kaki : Aku adalah makin malas nak menaip di laptop maka seharusnya akan tiada entry baru untuk kesekian lamanya.

Aku akhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir batin.

Saturday, August 20, 2011

Kelab Pemanah Berkuda Merpati Jepang


Ini ialah berita baik untuk  semua yang berada di Kuching atau kawasan sekitarnya.
Anda minat aktiviti memanah?
Anda suka kelihatan seperti ini?





Ya rebutlah peluang ini untuk turut sama menyertai acara sukan yang julung2 kali diadakan di Sarawak dan khasnya kawasan Kuching. 
Kelab Pemanah Berkuda Merpati Jepang (reg no 4008/2010) akan mengadakan seminar keduanya yang bertemakan  Menghayati Perang Terunggul Dlm Islam(Perang Badar). Seminar ini bukan seminar biasa tapi Seminar panah tradisional ini dilengkapi dengan pakej praktikal.
Siapa tahu selama ini anda adalah kaki bangku macam saya dan kemudian sebenarnya bakat anda sebenarnya tersembunyi dalam sukan memanah berkuda ni  jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar ini. Bukankah indah kalo kita sama-sama melakar sejarah menjadi antara perintis sukan memanah berkuda ini di negeri Sarawak.
Selain itu, anda bukan sahaja dapat menambah pengetahuan dan pengalaman tapi kelab ini turut mencari pelatih berbakat seperti anda untuk menjadi wakil untuk mewakili negeri / Negara ke kejohanan sukan memanah berkuda ini di luar Negara. Difahamkan pada bulan September ini, ada seorang rakan kita dari Sarawak akan ke korea untuk acara sukan ini. Bukankah indah rasanya hidup bila kita menghampiri sukan ini dan mewakili Negara sebagai pencapaian seumur hidup kita sebagai seorang manusia dan khalifah di muka bumi ini.
Maklumat lanjut berhubung seminar adalah seperti berikut :

2nd Traditional Archery Event In Kuching,
Venue: RSS HQ
Tema : "Mengimbas kembali sejarah peperangan terulung sejarah Islam- Perang Badar melalui Panah Tradisional"
Tarikh : 28.8.2011. 1 day seminar.
Tentative itinerary:
9am-11:30am (2 1/2hours), Solawat Badar & Sejarah Perang Badar (opening) & training, recess/dzuhr,
2.30pm-4.30pm (2hours), training & closing.
Bayaran untuk seminar adalah cuma RM50 seorang untuk ahli dan RM8O untuk bukan ahli. Sekiranya anda ada maklumat lanjut berhubung cara menjadi ahli atau apa2 berhubung seminar ini, sila jangan ragu-ragu untuk menghubungi Abg Audy (Vice President)di talian 0138860195. Dan ingatlah seminar ini Cuma terhad untuk 60 orang sahaja dan semua peralatan untuk memanah pada hari berkenaan akan disediakan dan penyertaan anda akan turut mendapat percuma 1 topi dengan logo Kelab pemanah Berkuda MJ. Bukankah sangat hebat kedengaran untuk peluang ini kita rebut bersama.
Maklumat tambahan adalah penganjur atau kelab ini juga dalam perancangan nak membawa kemasukan kelab ke sekolah-sekolah dan IPTA dan setakat ini kelab ini mempunyai 5 ekor kuda yang diberikan oleh Tengku Mahkota Johor. Namun demikian buat permulaan seminar ini akan dibuka untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.
Jadi sekali lagi marilah kita sama-sama merebut peluang untuk menyertai seminar ini dengan kata2 akhir dari saya bila lagi kita nak merasa sebagai seorang pemanah berkuda. Wowww sungguh awesome!!!

Maklumat lanjut laman web kelab ini adalah www.pemanah.net atau hubungi Encik Abg Audy (Vice President)di talian 0138860195.

Info tambahan : Penganjur juga dalam perancangan untuk mengadakan seminar yang sama pada bulan 10 ini Insya Allah di Miri kemudian akan disusuli di Kota Kinabalu. 



Thursday, August 18, 2011

Puasa dulu dan puasa sekarang

Dulu

Bangun sahur terus tak tidor sebab masuk kerja jam 730 pagi tambah pulak. Tapi kebiasaaannya aku tak sahur pun kat rumah. Tidor lebih penting dari bangun sahur. Sebabnya adalah daripada masa 24 jam aku cuma ada masa dari jam 12 malam sampai kul 5 pagi untuk tidor dengan tenang di rumah. Jadual aku adalah seperti berikut. 

 Waktu pejabat jam 730 pagi masa bulan puasa maka jam 630 dah bertolak ke pejabat. selepas subuh atau semasa sahur dah tak tidor semula. Kemudian bekerja dengan gigih untuk waktu pejabat berakhir jam 430. Tapi sila jangan berangan untuk balik jam 430 petang sebab kebiasaanya jam 6 lebih baru keluar dari pejabat dan menuju ke rumah untuk berbuka puasa. Balik rumah mandi secara ekspress dan tiba2 dah waktu berbuka puasa. Masa ni skill makan cepat adalah amat diperlukan. Lebih sadis sebab kadang2 apabila mengingatkan masa itu alaah emas maka makan dengan maha cepat dan selesai makan sebelum azan maghrib habis berkumandang. Rehat sekejap kemudian solat maghrib secara ekspress rakyat dan kadang2 doa dalam solat cuma dapat dilafazkan YA ALLAH DOA AKU MACAM SEMALAM. Amin.  

Pecut kereta ke bandar semula untuk ke surau pejabat dengan kelajuan 140 hingga 160 km sejam dan akhirnya sampai surau tepat2 azan isyak berkumandang. Kemudian selesai solat terawih maka sambung pulak sesi tadrus dan kalo bertugas untuk moreh maka akan menjadi lebih panjang lagi sesi di sana. Paling2 kurang jam 1030 malam barulah dapat bertolak balik ke rumah. 

Sampai rumah jam 11 dan kemudian sesi menidurkan diri. Baca quran - zero. Memang tak sempat. Cuma dapat mencuri masa tadrus sahaja.  Tapi dulu tiap2 tahun aku adalah enjoy dengan kehidupan begitu. Seronok bekerja dan ikhlas berjuang demi agama tercinta kecuali tahun terakhir masa aku kerja.  Ni semua orang tau pasal apa? Pasal seorang perempuan sihir !!!
Perempuan sihir!! Nak tau sapa dia? Nanti kalo ada kesempatan aku akan buat entry khas untuk perempuan sihir dan kekasih gelapnya. Muahaha. Ehh bulan puasa kan. Tenanglah hati. Redhalah.

Kemudian sekarang ni Alhamdulillah walaupun jauh di perantauan tapi hati lebih tenang di sini. Perjalanan ramadhan lebih bermakna. Takde lagi kehidupan yang mahalaju untuk mengikut arahan dan memenuhi kehendak. Lagi2 sekarang mengajar petang. Memang ramadhan berasa lebih bermakna dan harap2 semua amalan diterima oleh yang maha Esa. Allah tau apa yang terbaik untuk kita semua dan tak lupa doa orang yang teraniaya sangat makbul. 

Alhamdulillah Allahuakbar.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menjalankan Ibadah Di Bulan Ramadhan!!!

Assalamualaikum WBT.

Di kesempatan ini aku ingin nak mengucapkan selamat menjalani ibadadah di bulan ramadhan ni kepada semua. Sama-samalah kita meningkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini. 

Maka dengan ini bermakna mode balik ke kampung dah diaktifkan dengan kadar segera. Dengan ini aku ingin mengumumkan tinggal 26 hari lagi saya mau naik belon nak balik kampung berhari raya bersama keluarga tercinta.

Ok. Selamat berpuasa dan menjalani ibadah puasa sekali lagi.




Monday, July 11, 2011

Jalan-jalan cari makan part 3 - Seafood Kampung Baru

Salam bertemu lagi. Malas nak update blog sendiri walaupun internet ok2 jer. Semenjak ada galaxy tab ni makin malas nak buka laptop maka terbengkalailah apa yang nak dicatatkan. Hari ni sekolah aku cuti sempena cuti peristiwa perkhemahan yang telah diadakan pada Jumaat hingga berakhir pagi semalam. So peluang cuti ni takkan dilepaskan dengan begitu sahaja. 

Ni adalah acara wajib aku buat kalo ke KL. Mesti ada seorang jejaka yang baik hati untuk belanja makan. Okey mari kita berkenalan dengan penaja malam tu.

 

Nama Encik Afifi dan sekarang kerja sebagai P-T-D. Encik Afifi ni merupakan teman seperjuangan kita orang masa kat U dan dulu2 kita orang panggil dia bapa tiri sebab selalunya bila kita orang lepak kat tasik petang2 mesti dia akan jumpa kita orang dan ayat hafazan dia adalah BALIKKKKK Maghrib dah ni!!  Sedangkan masa tu tak maghrib lagi. Hehe. Tapi dia adalah superbaik dengan kita orang. Pernah kita orang ada sama kelas last semester kat U dan ada assignment translate dari jurnal kat library kena buat. Semua orang kena cari artikel tentang isu undang-undang antarabangsa. Mesti ada kes2 dalam jurnal tu. So biasalah aku ngan Iyla terlebih sibuk dengan aktiviti lain (tidur!!) maka kita orang lewat nak amik artikel dari jurnal. Terkecoh2 le dua insan ni ke library waktu petang. Dalam perjalanan kita orang terserempak dengan Encik Afifi ni, say hi lebih kurang dan borak2 sekejap. Tiba2 dia korek2 beg sandang dia. Aku ngan Iyla pun tunggu le kot2 dia nak bagi duit. Haha sekali dia bagi dua artikel untuk aku ngan Iyla. Siap artikel tu dah dapat approval dari lecturer untuk ditranslate.  Bukan ke heaven tu ada kawan macam ni. Terus je dua insan tak terkecoh2 ke library dan terus jer laju mengekor Afifi ke stesen bas menunggu bas nak balik ke kolej kediaman.

Ni muka dua insan yang terkecoh2 itu.

Tempat makan ni dah dua kali aku ngan Ayu dibelanja Afifi kat sini.  Iyla lak first time.  Mari kita tengok makanan pilihan.

 Ikan masak tiga rasa.

Sotong goreng tepung yang sangat sedap.
 Sayur kailan masak ikan masin yang sedap jugak.

Ada dua makanan yang aku lupa nak amik gambar malam tu iaitu tomyam campur yang sedap dan telur dadar. Maka makanlah kami berempat dengan kenyang dan berborak2 setelah lama tak jumpa. Kalau tak kerana kekangan masa aku rasa tengahari esok baru kami stop lepak kat situ. Tapi jam dah tengah malam. Maka bersurailah kami. Sebelum tu ada sesi foto dulu.

 Them!!
We!!

Keseluruhan harga makanan termasuk air jus buahan2 dua kali tambah adalah RM98 dan sekali lagi peristiwa makan di Madam Kwan menjadi kutukan dan aku cuma mampu menadah telinga menahan sindiran dan kejian. Hehe apapun kami enjoy malam tu. Terima kasih kepada penaja. Insya Allah bulan 11 ni kita jumpa lagi.

Tuesday, June 28, 2011

Jalan-jalan cari makan Part 2- Seoul Garden

Salam.

Sampai2 je KLIA jam 1230 hari Sabtu aku terus naik KLIA Ekspress sebab dah janji dengan CT dan Ayu yang datang jemput aku kat sana. Dalam masa yang sama kelam kabut jugak sebab aku sepatutnya sampai terlebih dahulu dari Iyla yang bertolak dari Pahang tapi nampaknya dia naik bas awal le pulak dan dalam KLIA Ekspress tu kawan2 semua dah sibuk sms melapor diri dah sampai di destinasi.

Maka dalam masa sejam berlakulah pertemuan semula dengan 3 orang BFF zaman UUM dulu. Ayu aku selalu jumpa sebab aku selalu turun KL g rumah dia. Takpun dia turun Kuching memang selalu jumpa lah. CT dan Iyla last jumpa adalah masa kami berempat buat reunion di Langkawi tahun 2005. Masa berlalu dengan pantas kan!! Maka pertemuan kedua adalah lokasi KL saja. Tapi takpe lepas ni Insya Allah akan selalu jumpa sebab CT, Iyla dan Ayu memang kat KL. So kalau aku turun sana maksudnya reunion lah kan.

Tapi aku nak cerita kat sini pasal Seoul garden. Ni pun penangan internet dan promosi mulut ke mulut dari kawan2. Aku dah plan ngan CT sebelum datang KL lagi. Dia kena book tempat untuk kami dinner malam tu meraikan reunion kedua kami ni. Untuk pengetahuan Seoul Garden ni selalu penuh so adalah lebih baik booking dulu untuk pastikan tidak kempunan.

Apa2 hal kita amik pic depan restoren dulu.

 From left : Iyla, Ayu n Ct
Tuan punya blog dengan Iyla dan Ct.


Tempat yang disediakan untuk kami juga adalah sangat strategik. Terletak di ceruk jauh dari orang lain dan membolehkan kami berfotogedik tanpa batasan.


Kami pilih kuah tomyam.

Pelbagai pilihan seafood dan daging yang sedap2 semuanya.

Sayur pun ada


Pelbagai pilihan yang menyesakkan perut.


Mula memasak sampai terpercik dan terpelanting.

Mula bergotogedik tanpa batasan

 I like this pic!!

Tiada kata2 dapat diungkap untuk kesedapan dan keseronokan kami di sini. Tengok pinggan je yer.

Time membayar dan setelah semua pelanggan lain keluar dan cuma tinggal kami sahaja dalam tu.

Nah this is the price. Memang berbaloi2!! sampaikan Ayu keesokan harinya request nak makan kat situ lagi namun malangnya permintaan terpaksa ditolak sebab banyak lagi restoren lain nak diterjah. Kesemua sekali kami kena bayar RM 170++ untuk 4 orang. Berbaloi!!!

Aku akhiri dengan sebuah gambar menarik dari Ct. 

Mentang2 hang kerja CIMB. Asal nampak CIMB je hang paksa kita orang amik pic hang. Tak faham aku. Haha kalo macam tu jenuh le korang nak amik pic aku kat semua sekolah yang kita lalu. Salam.

Sunday, June 26, 2011

Jalan-jalan cari makan Part 1- Madam Kwan's

Haloo. Malas nak update sebab malas nak pindahkan pic ke dalam laptop. Tambahan pulak ada masalah laptop tak selesai membuatkan malas menjadi-jadi.

Cuti sekolah semester pertama selama dua minggu begitu cepat  berlalu. Dalam masa dua minggu tu semestinya pulang ke tanahair tercinta tidak dilepaskan. Namun jemputan menghadiri perkahwinan sahabat baik di Kl telah menerbangkan aku ke sana berjumpa dengan kawan2 seperjuangan masa belajar di Univ dulu. Kisah wedding yang dihadiri akan dikisahkan kemudian. Tapi kali ni mari kita sama2 tengok apa hasilnya aku dan makanan. Ehh betul ke tajuk ni. Hehe betul le sebab aku memang suka makan.

Oleh kerana kehidupan di Be-luran ini, hiburan bagi aku cuma lah tv dan internet maka tak hairanlah aku ni banyak dapat info dari internet. So nak jadi cerita  masa aku dan Iyla tengah bershopingan di midvalley dan tengah bersms dengan CT nak decide lucnh kat mana, aku ternampak Madam Kwan 's Restoren kat Midvalley. Terus jer aku sms CT kita makan kat Madam Kwan's. Sebabnya aku memang banyak banyak orang tulis dalam internet tentang kesedapan Madam Kwan's ni. Setelah bersoaljawab dengan CT maka CT dengan keyakinan rakan muda pun arahkan pertemuan di KL Central senang kami nak ke KLCC yang menurut dia lagi banyak pilihan.

Menapaklah tiga makhluk Tuhan dengan lapar dan yakin. Dan sekali CT salah keyakinan sebab yang dia nak bawa kita orang adalah Miss Kwan. Aku dah terduduk kelaparan kat kerusi kat situ. Dalam hati sedikit frust dan kemudian terus surf internet cari mana lokasi Madam Kwan di KLCC. CT dan Iyla pulak sibuklah bergambar sana sini.

Masalah le pulak sebab internet tak berapa nak laju dalam KLCC tu. So dengan kekecewaan yang sarat aku pun tengok je gelagat dua orang kawan aku tu. Betul  jugak kata Encik Mussafir, geng kita orang ni pantang ada tiang semua tempat nak bergambar. Aku dah plan dalam kepala, ajak minah dua orang ni minum alas perut dulu kat mana dan kemudian akan patah balik ke Midvalley. Entah macamana aku terpandang ke atas tempat dua orang minah ni bergambar. Astaga...

Terus aku berjalan  laju menghampiri dua orang minah bergambar ni. Oiii aku tunjuk kat atas kepala dia orang. Terus kita orang gelak tak ingat dunia. Rupanya tempat yang dia orang bergambar tu adalah pintu masuk Madam Kwan.

Masuk terus dan kemudian sedikit blur sebab internet aku tak dapat nak surf untuk cari apa makanan terbaik di Madam Kwan tu. Kemudian tawakal jer masing2 order. Aku dengan Nasi Bojari. Iyla dengan nasi lemak dan Ct dengan spegeti nya. Err rasanya camna? Serius aku tak faham apa yang orang cakap sedap kat nasi lemaknya. Oh maaf ler kiranya lidah aku ni dah selalu makan nasi lemak yang sedap2 so nasi lemak dia jatuh ke bawah untuk citarasa aku. Nasi Bojari aku pulak pun rasanya memang sedap tapi still aku rasa sedap kategori biasa jer dan malangnya aku pernah makan ayam dengan rempah yang lebih sedap maka nasi bojari bukanlah sangat sedap untuk lidah aku. Spegeti nya pun rasa biasa dan kuah pun sikit.

Yer bila melangkah keluar dari restoren tu memang rasa menyesal sebab memang tak berbaloi dengan harga RM94 untuk tiga orang makan tu.

Nota kaki : Ini cuma pandangan peribadi aku dan kawan2. Maybe next time kami kena try pulak menu lain. Mungkin ada yang sedap.

Tuesday, May 10, 2011

Budak ini sangat comel!!

Salam.

Rasanya dalam blog ni aku tak pernah ceritakan apa2 yang bersangkut paut dengan kerja aku kan. Tapi bila dah menjadi semakin tak tau nak cerita apa mari lah kita menjenguk sedikit apa yang luarbiasanya dengan kerja aku sehari dua ni.

Baru-baru ini aku menerima seorang murid baru berpindah daerah yang dicalonkan terus oleh guru-guru nya sebab murid ini mempunyai masalah pembelajaran. (Sila baca dengan serius, hehe). Murid ini tahun dua dan sekiranya mengikut prosedur murid ini tak boleh diterima lagi dalam kelas aku. Tapi memandangkan ada sorang murid dah berpindah ke KK maka boleh lah ditukar dengan murid ni.

Apa yang istimewanya murid ini?

Murid ini comel. Ya itu pastilah budak2 semuanya comel kan. Tapi budak ni extra comel ler dari yang lain.  Masuk-masuk jer dalam kelas, aku panggil murid ni.

Siapa nama awak?
Nama.

Nama, nama awak?
Nama.

Nama. Siapa nama awak? (Tambah dengan bahasa isyarat)
Har har

Ha...awak ambil buku dia. Cikgu nak tengok nama dia. Aku suruh budak ambil buku dia. Owh nama dia HAZAHAR. Sebab tu bunyi har har.

Hazahar..awak sekarang tahun berapa?
Tahun A ( Jawab dengan penuh keyakinan)

Aku dah tak tahan nak gelak. Aku tanya lagi.

Awak darjah berapa. Tahun berapa sekarang?
Tahun A

Awak pernah sekolah ke sebelum ni? 
Sekolah.

Awak sekolah di mana?
Sekolah.

Lepas tu ada le penyibuk ni cakap. Dia dari KK cikgu.

KK.

Awak dulu sekolah kat KK ke?
KK.

Tiba2 ada lagi budak cakap, dia dulu sekolah di tawau. Aku pun tanya lagi.


Awak dari KK ke Tawau?
Tawau.

Lepas tu aku fikir, dia ni faham ke tidak aku cakap ni? Bahasa memang dah aku cakap sabah.


Hazahar, awak dari KK ke Tawau.
Tawau.

Aku ulang sampai tiga kali. Dia tetap jawab Tawau. Aku tukar trick lak.

Hazahar, awak ke dulu yang sekolah di London tu? (Tanya dengan penuh exited)
Ya, London.

Masa ni aku dah pengsan gelak. Owh rupanya budak ni tak faham langsung apa aku cakap. Mari tanya lagi.


Hazahar, awak faham ke apa cikgu cakap ni?
Faham.

Awak faham ke apa cikgu cakap ni?
Faham.

Awak sedih ke cikgu cakap ni?
Sedih. 

Aku dah nak tak dapat nak cakap apa dah. Gelak tak dapat nak menahan. Lepas tu tanya lagi,

Awak pandai baca?
Baca

Cuba awak sebut nombor dan huruf yang cikgu tunjuk ni. 
f h f h f h f h x 1 f h 

Sah budak ni tak faham apa aku cakap. Aku tanya dengan budak2 lain.

Kamu ada berkawan dengan dia ke?
Tiada cikgu.

Kenapa kamu tak mau kawan sama dia?
Dia lari2 cikgu.

Mulai hari ni, kamu semua kena kawan dengan dia. Bawa dia cakap bahasa kamu. Biar dia faham apa kita cakap ni. Elfhen dengan Nazrin, kamu bawa dia pergi kantin bawa dia main ye. Bila kamu pergi kantin, kamu cakap dengan Hazahar ini kantin. Biar dia faham.
Baiklah cikgu.

Lepas tu hari ni ada lagi kelas pemulihan tahun 2. Aku selidik dari budak2 ni.

Elphen Nazrin, ada kamu bawa dia pergi kantin.
Tak dapat cikgu, dia lari terus. Dia pergi makan RMT.

Habis tu, orang kat kantin tu bagi dia makan ke makanan RMT tu ke?

Dia takde kad RMT cikgu tapi orang kantin bagi saja dia makan. Orang kantin tu gelak2 lagi.

Hazahar, kamu tak boleh makan RMT sebab kamu takde kad. Kamu ada bawa duit?
Duit.

Berapa kamu bawa?
Seringgit.

Boleh cikgu tengok duit kamu?
Keluarkan dari poket duit 20 sen.

Cikgu, tadi aku pegang tangan dia bawa pergi kelas ni. Dia panggil aku abang.

Terus aku tak dapat menahan2 lagi gelak. Sukati2 je ko Hazahar. Opss dapat tau nama dia bukan Hazahar tapi Nor Azhar.

Jadi mari kita tengok murid yang istimewa ini.



Tekun menulis nombor satu  yang aku minta.

Nah ini hasilnya.


Pengsan cikgu macam ni!!!

Monday, May 2, 2011

Semoga semuanya dimudahkan

Marilah kita sama2 menadah tangan bersyukur sebab aku dan teman serumah dah selamat berpindah. Walaupun banyak cabaran terpaksa diharungi dan bulan lepas dan bulan ni terpaksa mengeluarkan duit yang lebih dari kebiasaan tapi syukurlah isu rumah sewa dah selesai.

Lamanya tak bersiaran bukan disebabkan malas ( ada sedikit mungkin ) tapi lebih kepada masalah laptop yang mungkin layak dibuang dalam sungai. Tapi walaupun camna pun, laptop ni ler banyak berjasa untuk aku sejak aku masuk maktab dan telah ke hulu hilir dengan aku sepanjang aku berulang alik dari Sarawak ke Sabah. Hari tu ada masalah sikit dengan virus, so connection broadband aku tak boleh nak connect. Aku antar kat tecnician sekolah kat sini tapi malangnya dia tak reformat pun laptop ni macam yang aku nak. Dia kata boleh jer. Masalahnya bila aku bawa balik rumah still tak boleh nak connect.

So penyelesaian kedua adalah hantar ke San-dakan. Kedai komputer tempat aku baiki printer yang dah pun rosak semula. Kali pertama amik laptop baru je guna tak sampai seminggu dah tak boleh nak guna. Asal usul lappy ni boleh je buka cuma tak boleh nak connect internet. Nampaknya makin teruk kan bila antar masuk hospital. Call balik kedai komputer, sempat ler bertekak dan beselisih faham dengan kedai tu, then baru dia kata antar balik. Masuk hospital semula laptop aku, then semalam dengan gembira menjemput laptop kembali terus on kat rumah. Dan okey minit pertama adalah minit kegembiraan. Minit kedua terus install karspersky yang aku beli tu. Minit kelima padam semula. 

Aku terus bertukar menjadi hijau.

Aku restore apa yang patut ke minit pertama sebelum aku install karspersky tu. Bawa mengucap siap2. Bawa bertenang. Buka semula laptop sekolah yang slow itu. Tutup laptop aku. Lalalalalala.

Entah apa masalah laptop aku ni. Sekarang macam dah ok. Aku cuma berdoa laptop ni okey biarlah sampai hujung bulan ni. Bertahanlah sampai hujung bulan ni . Please sama-sama doa untuk aku. Aku bukannya apa, dah malas nak bawa ke san-dakan. Nak keluar sana pun entah bila lagi. Sekarang ni kami plan nak keluar sebulan sekali. So rasa2nya sampai balik cuti on this 28 Mei dah tak keluar lagi ke San-dakan. Laptop ni kena jugak berjumpa dengan pakar komputer keluarganya. Hehe

Dah. Karang2 lak nak cerita pasal rumah sewa baru.

Wednesday, April 6, 2011

Percutian ke Pulau Mantanani

Salam.

Entry ni aku dah buat lama dulu dan memandangkan laptop aku masuk ICU dengan status kesihatan kena buat operation major maka takdapat ler nak citer benda lain. Proses nak loading satu page amik masa berjam2 dan sempat barangkali pergi ulang alik ke Sandakan tapi belum tentu page dapat display. Yang lebih haru lagi, laptop pinjaman ni pilih2 page dia nak loading. Kalo dia suka, dia buka. Kalo dia tak suka terus jer cannot be display.

Sedar tak sedar kita dah di bulan April dan tak lama lagi nak tengah tahun kan. Tapi dah 4 bulan kami di sini, belum sekali pun sesi petang ada perhimpunan sebab keadaan cuaca yang selalunya tak mengizinkan. Rindu sudah mau perhimpunan bah!!
Ni entry kisah percutian yang dah lama tapi tak salah rasanya berkongsi pengalaman kat sini dan sekali untuk kenangan aku di hari tua. Ni adalah percutian aku ke Sabah masa tahun 2009 iaitu zaman di IPG lagi masa cuti sekolah bulan jun. IPG masa tu cuti tiga minggu. So agak2 boleh ke aku nak story kat sini percutian aku ke Sabah masa tu dengan focus adalah kepada Pulau Mantanani.
Plan nak ke Pulau ni sebenarnya adalah hasil daripada mendengar pengalaman kawan sekelas masa maktab plus dia menjadi pemandu pelancong kami so ikut ajelah. Yang pergi ke Pulau ni ada tiga orang aku, Q dan Suhaila selaku pemandu pelancong dan tuan rumah.

Untuk ke Pulau ini, kami kenalah bergerak daripada Kota Belud. Daripada Kota Kinabalu, kami menaiki bas mini (orang Sarawak panggil van sapu) ke Kota Belud. Sempat kami menyelusuri Bandar Kota Belud sambil membuat aktiviti bergambar2 di sekitar kawasan Kota Belud.

Kami sampai awal pagi dan siap2 makan tengahari semua menunggu orang pulau itu yang berjanji nak amik kami. SO di sinilah perjalanan kami yang penuh pengalaman pahit manis bermula. Lebih kepada manis sebenarnya.
Kami menunggu agak lama sebab orang pulau ni cuma sesekali keluar ke tanah besar dan sekiranya keluar mereka akan menyelesaikan semua perkara penting yang mereka nak buat.  Menunggu hingga tabah dan akhirnya kenderaan yang akan membawa kami ke jeti pun sampai.

Yes perasaan adalah sangat terkejut dan teruja. Ehh bukankah kenderaan ni cuma wujud di Indon sana. Tapi di sini masih wujud lagi maka beramai2 ler kami bertiga menaiki kenderaan berkenaan. Di tengah perjalanan, kenderaan berhenti di kedai tilam. Sumbat tilam sekali ngan kami. Berhenti di kedai beras. Sumbat lagi. Perasaan kami adalah best dan kami gelak tak henti2 sebab ehh bukan ke selalunya dalam tv je ada kenderaan macam ni. Semua mak nenek barang yang mereka perlukan mereka sumbat bersama kami dan kami kat belakang menjadi teruja dan menjadi tukang tahan barang2 agar tidak jatuh keluar.

Kemudian pengembaraan kami semakin menarik. Wah macam cerita upin ipin pulak rasanya.
Kami tiba di jetty dan menaiki bot nelayan yang akan membawa kami ke sana. Pertama kali melihat bot tu rasa macam tak percaya aku akan naik bot tu. Sebelum ni aku imagine bot macam kapal layar tu sekali bot ini rupanya.


Dalam bot aku duduk diam2 dalam tempat duduk berhampiran dengan pemandu bot dan kakaknya. Manakala kawan aku dua orang tu duduk di depan. Gila sungguh. Aku yang melihat merasa ngeri sebab ombak adalah deras dan bot melambung2. Tapi dua orang kawan aku tu cool je dalam takut duduk depan tu. Kalo jatuh tu merasa ler masuk suratkhabar esoknya.
Tengah perjalanan tiba2 dia orang berhenti dan menjerit2. Aku dah ready nak mengucap dan berdoa agar mayat aku dijumpai lepas ni. Sekali rupanya adalah bot melanggar ikan merah dan dia orang dapat menangkap ikan tu masuk ke dalam bot dengan cara mencucuk ikan tu dengan kayu untuk mengangkat masuk ke dalam bot. Kagum sungguh rasanya sebab aku langsung tak dapat melihat apa2 cuma laut yang hitam pekat. Dia orang yang memang hidup dengan laut dapat melihat macam2 jenis ikan dan boleh pulak menangkap ikan tu. So ikan tu selamat menjadi habuan makan malam kami dan rasanya sungguh sweet sekali.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam dan sepanjang perjalanan aku sentiasa mengucap dan baca ayat kursi agar kami dipanjangkan umur dan sampai ke destinasi dengan selamatnya dan sempat lagi dalam hati, tobat aku nak pergi lagi kalo macam ni perjalanannya. Menyesal pun dah takde guna sebab dah dalam perjalanan kan.

Semakin menghampiri Pulau , Subhanallah air laut membiru macam dalam tv tu. Perasaan adalah teruja sangat masa ni. Tiba dengan selamat di Pulau dan kemudian duduk di jeti pulau sampai ler tuan rumah tempat kami menumpang datang menjemput kami. Ni kata kawan aku adat kat situ. Kita orang kena tunggu kat situ sampai dia jemput barulah boleh pergi rumah dia.
Pulau Mantanani yang kami pergi ni didiami oleh penduduk bajau laut yang rata2nya adalah nelayan. Keadaan di Pulau tu memang perkampungan nelayan yang cantik. Suasana sunyi aman damai. Kat Pulau ni, waktu siang takde elektrik. Elektrik akan bermula dari jam 6 petang  hingga 6 pagi esoknya. Waktu siang pulak adalah sangat panas dan tak boleh nak duduk dalam rumah jer so kena duduk kat luar rumah. Setiap rumah ada macam tempat lepak kat luar yang dia orang buat free air.

Kemudian rumah yang kami pergi ni pulak ada kubur di tepi rumah. Kubur orang rumah ni yang dah meninggal sebelum itu. So mereka  buat kubur dekat2 rumah dan dalam kawasan rumah. Agak mengerikan bagi orang yang penakut macam aku. Dan rupa kubur dia agak pelik. Aku ada amik pic tapi dalam bentuk video so tak dapat le nak letak bagi korang semua tengok.
Keluarga tuan rumah adalah sangat baik cuma kami sendiri yang tidak selesa sebab keperluan kami adalah kurang sebab salah kami sendiri agaknya. Masa nak pergi pulau tu, aku tanya kawan aku nak bawa ke semua tuala kain batik. Dia kata tak payah. Rumah tu ada sediakan. Dan hasilnya takde. Hasilnya berpengalamanlah aku mengelap badan lepas mandi guna tshirt sahaja.  Itu jer kekurangan nye. Yang lain layanan tip top le bagi kami yang datang percuma ini.

Hari kedua di Pulau ini, kami telah dibawa berkelah ke Pulau Mantanani kecil dan pulau ni sungguh indah sebab takde orang dan Cuma kami jer di situ buat aktiviti snorkeling swimming main pasir dan macam2 aktiviti berkelah yang lain. Kami ke Pulau tu bersama2 dengan anak tuan rumah dan kawan2 dia dan cucu2 tuan rumah. Sampai je di Pulau tu, kami diturunkan di sana dan pemuda2 kampung itu kemudian ke laut mencari ikan dan lobster (atas permintaan kami yang jakun) untuk dibuat aktiviti barbeque.

Kami bermain di Pulau tu sehingga rentung rasa kulit barulah dia orang datang dengan hasil tangkapan ini. Perasaan jakun tu memang tinggi sebab ikan2 dia warna warni dan macam dalam tv. Haha semua macam dalam tv. Kemudian mereka membakar ikan tu sementara kami sudah siap2 memasak nasi. Sempat lagi kami berulam mangga yang kami ambil di pulau tu.

Kemudiannya pengalaman ngeri kami pun bermula. Agaknya mungkin ikan yang dimakan terlalu fresh bagi perut orang bandar bagi kami. Perjalanan pulang tu kami dah rasa nak muntah dan loya2 bila membayangkan ikan. Sumpah masa tu rasanya tak mau dah makan ikan selama 10 tahun.  Sampai saja di rumah penginapan kami, semua sudah terbaring tidak bermaya dan demam. Mungkin panas dan makan ikan  sukati2 menjadi penyebabnya. Hehe.
Malam tu pulak, ada jiran yang datang bertandang di rumah tuan rumah menghormati kami sebab sebelumnya kami dah request nak bakar ikan di rumah pulak . Satu ikan pun kami tak sentuh sebab loya dan kami cuma dapat menelan  magee sahaja.
Di pulau ni, line telefon langsung tak dapat dan tiba2 bila angin kuat ada bunyi sms masuk dan rupanya kalo angin kuat barulah ada line. Lawak jugak kan. Hp masa tu Cuma jadi perhiasan jer.
Plan asal kami di Pulau ni tiga hari dua malam namun malangnya atas sebab yang tidak dapat dielakkan kami tersadai di Pulau ni selama empat hari tiga malam.
Perjalanan balik ke tanah besar dimulakan seawal subuh sebab khuatir laut bergelora teruk. Indah sungguh ciptaan Allah melihat terbitnya matahari dalam perjalanan tu. Konsep orang pulau ni bila nak keluar dari Pulau adalah mana2 orang boleh tumpang bot tu keluar tanpa bayaran. Maksudnya konsep menumpang ler kan. Agaknya semua saling kenal so takdelah nak amik duit tambang ker. Perjalanan kami ke sana pun free jugak.
Tapi ada peristiwa lucu bagi kamilah yang pertama kali melihat senario berkenaan. Masa seawal subuh tu, ada le dua tiga orang perempuan yang menumpang bot tu sebab nak ke tanah besar. Tapi dia orang cuma berkain batik. Mula2 rasa pelik takkan ler dia orang ni nak ke bandar macam ni. Rupanya bila bot nak menghampiri jeti, dia orang mula bersiap2 bermakeup depan2 orang yang ramai dalam bot tu tanpa segan silu memakai bra dan bersalin baju dalam tu. Haha kami menahan gelak dan cuma tersenyum simpul walaupun perut rasa ditelentang dan digeletek ramai2. Owh begini rupanya bila mereka nak ke bandar dan tiba2 mereka ni yang asalnya berkain batik jer masuk bot bertukar menjadi lebih cantik dari kami dan menjelma menjadi penyanyi pujaan ramai.

Yes Alhamdulillah kami selamat sampai ke Jeti dan kemudian meneruskan perjalanan balik semula ke KK. Kalo ditanya aku, nak ke Pulau tu lagi ke tak. Jawapan aku pasti dan takde talian hayat adalah TIDAK. Sekian terima kasih.