Klik untuk keajaiban

Friday, February 15, 2013

Miri Ke Brunei

Salam semua. Mari kita menyambung pengembaraan kami bersama2. 

Rombongan kami adalah seramai 5 orang. Walaupun  last minute plan tapi harga tiket flight ke Miri menggunakan AA adalah RM100 seorang. Dari Beluran ke KK masing2 mencari jalan sendiri ke sana. Aku, Zira dan Sabariah bermalam di KK sementara Fiza dan Su pulak bertolak keesokan harinya. Takde masalah sebab flight ke Miri adalah pada jam 9 malam. Kami bertemu janji di airport sahaja.


Setel check in tiket ( tanpa barang) kami semua tak sabar untuk melangkah masuk ke dalam flight dan oleh kerana hari tu merupakan hari pertama cuti tahun baru cina keadaan airport agak sesak namun tak le sesak seperti masa nak balik raya.

Flight kami berangkat lebih kurang jam 915  malam.  Tak tepat pada masa namun tetap sampai tepat pada masanya. Hehe.

Oleh kerana kami berlima ni dari pelbagai negeri maka aku dah siap pesan2 pada dia orang supaya tiket yang akan dicop oleh imigresen simpan dengan elok sebabnya sebagai anak jati Sarawak dan pernah praktikal di jabatan imigresen maka harus diakui imigresen Sarawak agak ketat dan tak longgar seperti Sabah. Tiga orang kawan aku yang dari Semenanjung ada passport biru maka pegawai imigresen di airport KK menasihati mereka agar menggunakan passport tu masa masuk Sarawak nanti. 

Setelah selamat mendarat kami berbaris di barisan imigresen yang berlainan maka masing2 tak tau sebenarnya apa yang kawan kami Sabariah dapat dari pegawai imigresen. Cuma yelah aku kan dah pesan awal2 tiket jangan buang, kang tak dapat keluar dari Sarawak. Untuk pengetahuan Sabariah ni asalnya orang Sabah.

Di luar airport, kawan kepada abang aku dah siap menunggu dengan isterinya. Kami makan lewat malam di Restoran Muara yang terletak di tengah2 bandaraya miri. Masing2 mencuba nasi ayam penyet dan nasi lelapan. Sedap dan menepati citarasa kami semua. Usai makan lewat malam, kami dipandu arah oleh kawan abang aku ke hotel dan terus checkin dan masing2 pengsan keletihan. Untuk pengetahuan, kami telah menginap di Hotel Park Miri. Hotel tak lah semewah mana tapi selesa lah untuk kami berlima melelapkan mata dan muat untuk kami semua tidur.  Yang lucu adalah iron hotel diletakkan di tingkat 3. Kalo nak iron sila ke tingkat 3. Tapi kami otak geliga, awal pagi kami dah menculik iron masuk bilik kami. Selesai hari pertama.

 Aku sibuk check out. Minah 4 orang ni sibuk posing. Hehe.

Hari kedua. Seawal jam 10 plus kami bersiap dan terus check out dari hotel. Hantar barang masuk kereta dan kemudian kami menyeberang ke seberang jalan ke pasar tamu kedayan. Just melihat2 dan berjalan sambil mencari makanan. Malangnya tak de makanan yang boleh kami makan dan dalam kami usha2 restoran di tempat parking kami disapa oleh owner restoran yang mengajak kami breakfast mee kolok di kedainya. Menag tak rugi sebab makanan kat situ sedap dan menepati citarasa. Aku lupa nama restoran tapi restoran tu bersambung bangunan dengan hotel dan kedudukannya cuma dapat dilihat dari tempat parking. Kecik je tapi makanan sedap.



Kemudian kami meneruskan pusing2 bandaraya Miri dengan misi mencari bank dan kedai kek lapis. Agak malang nasib kami sebab hari tu adalah hari Ahad jatuh pulak masa Tahun baru cina maka banyak kedai adalah tutup. Pusing2 dan nasib baik kami jumpa Kedai Kek Habibi di area Bintang sebelah parkson. Kek lapis di sini sedikit mahal dari kek lapis di Kuching tapi rasanya adalah sedap dan disyorkan. Memang sedap dan walaupun kedai cuma dijumpai secara tak sengaja tapi nasib sangat menyebelahi kami. Layanan staff kat situ pun adalah sangat best dan mesra. 5 bintang lah untuk kedai tu.

Perjalanan yang sebenar diteruskan berpandukan peta yang dilukis oleh staff kedai kek. Sebenarnya kami nak singgah di Emart sebab nak cari tempat tukar duit untuk dua orang ahli kami yang menukar duit tapi kami dah tersalah jalan menggunakan jalan lama dan terus ke Checkpoint Sungai Tujuh. Perjalanan dari bandaraya Miri ke checkpoint adalah dalam lingkungan 30 ke 45 minit kalo tak sesat macam kami. Hehe. Perasaan berdebar2 lah jugak sebab first time nak drive merentasi Negara.  Masa nilah berlaku drama sebabak yang membuatkan Sabariah hampir2 kami tinggalkan di Miri.

Masa sampai di kaunter imigresen. Kami dah bersiap sedia dengan passport merah dan biru. Merah untuk international dan biru untuk kawan2 dari semenanjung disahkan masuk ke Sarawak malam tadi.  Kemudian pegawai tu minta slip kemasukan Sabariah. Oleh kerana kami tak beratur sama dengan dia malam tadi, kami pun minta dia bagi boarding pass airasia yang dah dicop imigresen. Malangnya dia takde benda tu. Dalam hati aku, ha sudah lah. Kan dah pesan awal. Muka pegawai tu dah agak tegang. Yelah wanita urusan dengan wanita payah le sedikit kan. Bergaduh2 le kami dalam kereta tu menerangkan kapada Sabariah mana slip dia. Sabariah ni pulak menafikan dia ada benda tu. Kemudia pegawai tu bagi tunjuk contoh slip yang dia nak. Yang aku ni ingat tu slip Sabariah bagi kat dia. Haa sudah wan ahmad pulak mana Sabariah amik slip ni. Yang si Zira pulak tertengok tarikhnya 9 Mei sedangkan masa tu 9 feb sepatutnya untuk tarikh semalam.

Adalah dalam lima  minit kecoh tiba2 Sabariah keluarkan slip imigresen dari purse dia. Masa tu aku dah tak tahan nak gelak tapi mengenangkan pegawai imigresen tu dah muka ketat maka kita cover2 sikit. Lepas je setel semua, terburai gelak kami mengenangkan betapa kecohnya kami dan semua dah membayangkan Sabariah terpaksa dihantar balik ke airport.

Di tengah2 sebelum masuk pagar Negara brunei, kami singgah sebentar membeli ikan terubok kerana khuatir tak dapat mencari ikan tu di Limbang. Kemudian perjalanan diteruskan ke Imigresen Brunei. Kat sini takda masalah sebab cuma passport merah je perlu. Selain tu perlu diingat kereta dari Malaysia kena isi declaration form kastam brunei. Perlu dingatkan supaya membawa salinan green card sebagai dokumen sokongan. Setel semua tu maka meluncur masuk ke Negara minyak kita. Kena lalu Asean Bridge dan bayar 3 dollar brunei.

Jalanraya sangat best di Brunei. Tak rasa tekan minyak sampai 140 160 tapi kemudian slow down mengenangkan tak nak disaman di Negara orang. Perjalanan akan melalui Kuala Belait, Jerudong dan Tutong sebelum ke Bandar Seri Bagawan dan cuma mengambil masa sejam lebih. Tempat hentian pertama kami adalah Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.
Subhanallah menyaksikan sendiri masjid yang terkenal dengan kubah utama-nya yang diliputi dengan emas tulen 24 karat dengan bahagian kubah itu diliputi 3.3 juta keping emas. Bahagian dalaman masjid itu juga dipenuhi unsur seni bina Islam terutama kaligrafi, bunga, dan geometri memang mengujakan kami semua.



 Posing dahulu.

 Masjid. Senibina yang sangat menarik.



Jambatan marmar ini adalah replika mahligai tongkang Sultan Bolkiah pada abad ke-16 yang dibina bagi me-nyambut ulang tahun ke-1400 Nuzul al-Quran selain turut digunakan dalam per-tandingan tilawah al-Quran.

Bersambung...

1 comment:

  1. assalamualaikum.. saya ada sewa kereta jikalau ada sesiapa yang ingin datang bercuti ke Miri Sarawak.. Kereta proton saga blm auto dan juga viva manual.. boleh hubungi saya di talian 010 979 3138 (muhammad ken abdullah)

    ReplyDelete