Klik untuk keajaiban

Saturday, February 26, 2011

Semalam duduk di rumah sewa berhantu V1

Salam semua.Sila bawa bertenang dan jangan buat mogok di pasaraya2 nak tau sambungan kisah hantu ini.

Ingatkan nak biar entry tu tergantung dulu tapi memandangkan hari ni mood aku baik baru balik dari Sandakan untuk shopping barang2 sebulan maka aku akan menyambung kisah hantu itu.
 
Masa nak menyewa tu, aku tanya si Shu betul2.

Ko memang nak duduk rumah ni ke?

Yelah. Ni jer pilihan terbaik kita. Kenapa?

Tak ler aku takut kita dua HANGAT2 TAHI AYAM.
Dari ayat tu dah nampak kan ketidakyakinan aku dengan keberanian kita orang berdua nak duduk rumah tu. Tambah mengharubirukan adalah dalam rumah tu line telefon langsung tak dapat apatah lagi line internet. Jadi bila dah masuk dalam rumah maka semua perhubungan dengan manusia luar adalah terputus.

Masa kami berada dalam rumah tu kami adalah seperti belangkas. Sama2 ke dapur. Sama2 ke luar dan kalau boleh sama2 ke tandas. Kami mandi kat rumah tu tak tutup pintu pun. Mata melilau ke sana sini tak ingat dunia. Masa tu ler berfikir naper lah takde mata kat belakang kepala. Perasaan sentiasa diselubungi ketakutan yang maha hebat mengingatkan cerita makcik sebelah rumah tentang pontianak terbang di sekitar rumah, tempat hantu duduk. Bukan ke itu semua boleh mengundang sakit jantung dan mati serta merta.

Kejadian ngeri tu berlaku sebelum subuh di mana si Shu terjaga dan dari samar2 mata dia melihat ada lembaga bangun dari sebelah dia (pada mulanya dia menyangka aku) menuju ke dapur. Dan kemudian dia sedar aku ada kat sebelah dia. Misterinya siapa yang dia lihat bangun dari sebelah dia. Dan pastinya dalam kami berdua tidur berhimpit2 itu, ada makhluk lain rupanya di tengah2 kami. Lepas tu dalam masa nak subuh dari dia melihat makhluk tu, macam2 ler benda biasa hantu terjadi seperti kena tindih dan sebagainya. Nak cerita pun ngeri.

Patutlah bila bangun pagi tu dalam jam 6. Ni kira dah lewat dah. Aku tengok dia termenung lama. Lepas tu dia siap bagitau kalo aku nak ke tandas dia boleh temankan sedangkan dia tak sedar hari dah cerah dan masih dalam ketakutan . Tapi percayalah bila anda melihat dan berada dalam rumah tu, jiwa ni rasa ketakutan yang amat. Pagi tu dalam kiraan 1, 2 , 3 kami main campak jer barang dalam kereta dan bergerak cepat sebelum hal2 lain terjadi.


Balik sekolah kami terpaksa sekali lagi singgah ke rumah itu untuk mengambil saki baki barangan kami tanpa ada satupun yang tertinggal dan kami kembali kepada rutin kami dengan berulang alik dari maktab ke sekolah praktikum dengan setiap pagi kelajuan kami adalah mencecah 140 km perjam. Kalau duduk hotel pun tidak semahal tu kan. RM350 untuk semalam yang penuh ngeri. Hehe. Alhamdulillah kemudiannya kami dapat rumah sewa depan rumah PK sekolah praktikum tu dengan sewa RM350 juga.

Walaubagaimanapun di sebalik kisah ngeri ini, kami berdua sebenarnya amat berterima kasih kepada tuan rumah kerana sudi memberi kami berdua menyewa di rumah tu. Pada awalnya tuan rumah memang tiada niat nak menyewa rumah tapi memandangkan dia kesian dengan kami berdua maka dia menyewakannya. Tambahan pulak rumah itu memang kosong sejak sekian lama tidak ada orang duduk memandangkan dia kerja di Sabah masa tu.
 
Wakil tuan rumah pun melayan kami dengan baik sekali. Siap bawa kami masuk kampung dia orang, tengok sungai dan ajak kami pergi ke kebun lagi. Dan anak buah tuan rumah adalah hensem tambah pulak berbudi bahasa orangnya.Tiada sapa2 yang bersalah dalam hal ni cuma yelah rumah ni kan tak boleh biar kosong lebih 40 hari maka akan ada makhluk lain yang duduk dalamnya.

Selain itu, aku dan Shu sebenarnya mendapat banyak pengalaman dalam rumah sewa bila praktikum ni. Masa ni barulah kita kenal sapa sebenarnya kawan kita dan masa ni jugak aku berjumpa dengan manusia yang sebenarnya kita takkan faham apa sebenarnya yang dia nak. Kita tolong seikhlas hati dengan jiwa raga tapi balasan yang kita dapat......takpe semoga Allah mengampunkan dosa aku ngan Shu yang berhadapan dengan orang macam ni.

Selingan jap. Masa ni jugak, aku ngan Shu dah rugi banyak dan memandangkan status kami sebagai pelajar KPLI dengan elaun 1200 duit adalah begitu bermakna.  Dengan duit sewa rumah hantu RM350 yang hangus dan duit nak bayar deposit rumah lain adalah betul2 menyesakkan jiwa.

Kenangan paling tak dapat dilupakan adalah bila mendapat panggilan dari T-B-S masa tu suruh aku ambil duit koperasi masa aku kerja. Dengan semangat 46 aku dan Shu turun dari Serian pergi Kuching nak amik duit tu dengan angan2 dalam kepala adalah RM1500 cukup ler nak bayar deposit rumah sewa baru. Sekali bila sampai Kuching, duit tu cuma RM500. Apa perasaan korang? Rasa nak menangis pun ada.

Dan sampai sekarang, aku yang dijanjikan mendapat RM1500 masa itu oleh mereka yang pakar dalam bidang mereka mereka adalah dari sebilangan orang  yang masih ada rasa hormat di hati aku, cuma mendapat RM500 sahaja. Pernah bertanya beberapa kali dan jawapan itu membuatkan aku menunggu buah yang tak gugur. Dan guess what aku dah berhenti dari sana lebih 2 tahun dan adakah begitu sukar nak mendapat apa yang dijanjikan sebagai hak. Takpelah aku sekarang pegang prinsip semua perkara yang kita buat akan ada balasan dari Allah. Dan ketahuilah aku amat bahagia di sini dan yang pasti kebenaran akan terbongkar jugak. Percaya pada hukum karma dan balasan Allah.

Opss apasal entry aku bunyi macam Ustazah takde lesen ceramah. Sekian, no heart feeling okehh.

No comments:

Post a Comment