Klik untuk keajaiban

Monday, January 16, 2012

Percutian Ke Kota Kinabalu

Assalamualaikum WBT.
 
Ni kisah dah agak basi percutian kami ke KK november tahun lepas. Ahli rombongan adalah mak, dan dua adik aku.

Tiket ni aku dah beli awal setahun (gigih kan!) dan tarikh adalah main beli jer. Masa beli ni pergi balik seorang Kuching ke KK ke Kuching adalah RM15 seorang. Murah kan. So keseluruhan tiket untuk 3 orang adalah RM45 dan kemudian bila dah nak pergi barulah tambah beg RM50 untuk 30kg pergi dan balik adalah 40kg dengan bayaran RM60. So jumlah keseluruhan tiket adalah RM 155 pergi balik untuk tiga orang. Tiket aku pulak RM 15 pergi balik tambah beg RM50. Jumlah keseluruhan tiket adalah RM205 untuk 4 orang dari dua destinasi berbeza ke tempat sama pergi balik adalah berbaloi. 
 
Kemudian bila dah nak dekat nak pergi dan semakin yakin tarikh tu kosong takde apa barulah aku survey hotel dan kereta. Untuk hotel mula2 aku plan nak amik hotel biasa dengan family room tu. Tapi bila aku survey harga untuk family room dengan dua katil besar RM150++ belum termasuk extra bed untuk adik lelaki aku. Maka aku pun booking melalui internet Marina Resort Condominium under Promenade hotel untuk satu unit kondo dengan price RM200 semalam. Sungguh berbaloi sebab ada tiga bilik, dua bilik air, ruang tamu dan dapur. Oleh kerana aku n family ada 4 orang je maka cuma guna dua bilik jer. Aku mak n adik pepuan satu bilik masterbedroom dengan katil queen size dan adik lelaki aku satu bilik dengan katil king size . Satu lagi bilik ada dua katil single kosong. Bila malam kita orang mengangkut tilam dari bilik ni untuk diletakkan dalam bilik masterbedroom untuk adik aku. So jumlah untuk hotel yang dibelanjakan dalam RM696.00 termasuk cukai untuk penginapan 4 hari tiga malam.
Master bedroom yang sekali dengan bilik air. Tapi kita orang tak guna pun sebab lebih selesa mandi kat bilik air kat tengah sebab ada shower. Yang kat dalam bilik ni jenis bath tub.
Ni bilik tengah yang adik lelaki aku duduk.

Ni bilik dua katil single yang kosong tak diguna. Malam je kita orang angkut tilam ke masterbedroom. Ruang tamu.

Dan dapur tempat kita orang masak. Ada gambar ruang makan aku lupa lah nak snap.

Untuk kereta pulak, aku carik dalam internet jugak. Untuk kereta myvi auto aku dapat RM110 sehari dan jumlah untuk tiga hari adalah RM330. Untuk minyak pulak aku Cuma isi RM70 untuk sepanjang tiga hari kami di KK.

Hari pertama 
Aku bertolak dari San-dakan jam 220 manakala family aku dari Kuching jam 140 dan masa ketibaan kami di lapangan terbang kota kinabalu terminal dua adalah sama lebih kurang jam 3. Kemudian menunggu kereta sekejap terus kami menuju ke hotel untuk check in. Perasaan bila dapat bilik tu sungguh puas hati dan berbaloi2 dengan harga.

Hari pertama ni takdelah aktiviti yang dirancang just jalan ke pasar philipine. Aku bawa dia orang pergi makan seafood bakar kat situ. Sedap memang le sedap tapi aku rasa harga telah meningkat dengan banyak. Dulu aku rasa semua harga kurang RM10. Ni ikan bakar mencecah harga RM30++ membuatkan kami makan apa yang ada jer.Keseluruhan makan kat sini RM70.

Aku n mak masa di makan di pasar malam.

Dan ini tambahan dua orang ahli rombongan kami iaitu adik2 aku.

Kemudian plan nak ke 1borneo terpaksa ditukar sebab mak aku dah tak sabar nak ke pasar malam untuk beli mutiara brooch dan semua mak nenek perhiasan yang dia nak. Satu tips adalah baik beli mutiara di pasar malam di kampong air yang buka setiap malam dari pasar philipine sebab perbezaaan harga adalah amat ketara sekali. Sebelum ke pasar malam aku sempat membawa dia orang pergi ke Suria sebab aku nak beli tshirt kat Giordano dan sedikit toiletteries untuk kegunaan kami dan yang paling penting adalah sunblock untuk aktiviti pulau kami. Sebelum balik hotel singgah seven eleven beli air mineral, minuman dan makanan untuk bekalan ke pulau esoknya.

Hari kedua
Seawal jam 430 mak aku dah bangun. Dan bising kejut kita orang semua. Bangun ler semua anak2 dia dan sempat minum air the dan kopi yang dibancuh untuk alas perut sebelum kami pergi breakfast. Hari pertama breakfast agak tak selesa sebab ramainya orang yang breakfast tapi makanan yang disediakan tak mencukupi. Kebetulan hari tu ada majlis umno ke apakah maka delegasi dia orang menginap di hotel yang sama maka kebanjiran tetamu sampai makanan tak cukup. Tapi bolehlah buat alas perut. 


Kemudian meneruskan perjalanan ke Jeti Jesselton untuk pergi ke Pulau. Pilihan kami adalah dua pulau sahaja iaitu Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Kami ambil tiket di kaunter no 3. Untuk satu pulau charge adalah RM 23 seorang tambah RM10 lagi untuk tambahan pulau serta tax. Keseluruhan kena bayar untuk 4 orang adalah RM 132. Kemudian kena bayar tax jeti RM7.20 seorang kalo tak silap.Masa sampai kat pulau kena bayar tax lagi RM3 seorang. Maka keseluruhan bayaran bot dan cukai adalah Rm172.80.

Kalo korang pilih kaunter no lain bayaran sedikit murah dalam RM19 sebab bot kecik. Mujurlah aku pilih kaunter ni sebab kita orang ni kan penakut sikit bab2 air ni. So takdelah berasa gerun sangat menyelurusuri lautan tu dengan bot kecik. Untuk bot pulau ni kita sendiri hendaklah menetapkan berapa lama kita nak berada di satu2 pulau tu. Contohnya macam kami naik bot bertolak 830 pagi ke pulau manukan. Kemudian jam 12 kami minta dia orang amik nak ke pulau sapi pulak dan jam 2 barulah dia orang amik kami untuk balik ke KK. Rasanya kalo pergi satu family besar dan ada anak kecik better amik satu pulau jer sebab sama jer pulau2 dia dengan kejernihan dan kehijauan air laut. Pulau manukan wajiblah berada lama sikit sebab pulau tu besar. Masa kami sampai takde orang ramai sangat. Memang syurgalah untuk aktiviti mandi manda dan snorkeling sampaikan mak aku cakap kita tak payah ler pergi kl atau mana2 lagi, kita pergi sini je tiap tahun pun takpa. Wah mak tak agak2. Tu belum lagi mak nengok Pulau Hawai sana. 

Tips tambahan lain adalah better bawa bekalan makanan masa pergi pulau2 ni. Makanan dan minuman memang ada dijual tapi sedikit mahal le berbanding kat KK sana. Kami terpaksa membeli makanan sebab kami cuma bawa bekalan jagung rebus dan makanan ringan jer. Yelah dah buat aktiviti mandi manda maka lapar tu akan lebih tinggi.

Lima minit sebelum masa yang ditetapkan maka beradalah di jety menunggu bot yang akan mengambil. Kami agak beruntung le sebab bot kami balik tu menghantar pelancong ke Sutera Harbour Resort maka dapatlah kami menikmati pemandangan yang menarik.

Bayaran parking adalah RM 7 (ikut kadar DBKK) dan kami terus menuju ke 1borneo. Mungkin agak kepenatan di Pulau maka kami tak sempat nak berjalan habis 1 borneo. Sempat pergi satu dua kedai sebelum kami putuskan untuk makan di Singapore Chicken Rice. Dan sekali lagi kami ke pasar malam sebab mak aku belum habis lagi duitnya nak shopping mutiara2 sana. Hehe. Sekali lagi ke pasar philipinne dan pasar sayur ikan tu dan malam tu mak aku beli barang mentah dan kami makan malam tu dengan masakan mak aku yang simple tapi membuatkan kami berempat makan dengan berselera sekali. 
Hari Ketiga.
Seawal jam 7 dah turun breakfast dan pagi ni tak ramai orang dan agak tenang nak memilih makanan. Pada awalnya kami merancang nak menggunakan perkhidmatan driver untuk ke kundasang. Tapi last minute driver tak dapat sebab ada kematian keluarganya dan setelah berbincang dan berfikir masak2 maka kami memutuskan untuk pergi jugak. Yes inilah kali pertama aku drive naik ke Kundasang ni. Selalunya tumpang orang jer. Perjalanan dengan cuaca yang elok dan kereta memang tak banyak memang menyenangkan. Cuma aku rasa myvi memang tak berapa sesuai untuk aktiviti pemanduan ke tempat tinggi. Agak slow dan enjin nya pun bunyi kuat. Ye saya telah memandu ke kaki puncak gunung kinabalu itu.Sebelum tu kami singgah di Pekan Nabalu untuk sesi cenderamata dan amik gambar. Tapi itu tak le mencabar sangat. Yang paling mencabar adalah nak ke Ladang lembu di Mersilau. Masya Allah dengan jalan batu bata yang besar dan gunung ganang yang tinggi sungguh mencabar sebab menggunakan myvi. Alhamdulillah Berjaya juga sampai dengan selamat di Ladang Lembu tu. Lepas tu barulah ke pasar sayur kundasang untuk aktiviti memborong sayur kobis sampai tiga kotak oleh mak aku.

Perjalanan balik kami singgah di Kota KInabalu Park kaki gunung KK dan tempat permulaan pendaki gunung KK untuk aktiviti makan2 dan amik gambar. Malam sebelum tu kami dah beli bekalan kami iaitu KFC dan MCd. Simple jer sebab nak cari tempat makan satu hal pulak kat sana kan. Senang dan mudah.

Perjalanan balik ke KK semua dah senyap dan berdoa dengan keadaaan turun naik gunung dan gaongnya. Bila sampai di Tamparuli barulah masing2 boleh bersuara dan bergelak2. Haha gerun seram ok dengan keadaan jalannya. Masa itu saya adalah seorang pemandu yang sangat berhemah ok. 

Kemudian kami singgah ke Putatan untuk minum petang ke restoren seri keningau. Kemudian barulah kami ke tanjung aru untuk sesi bergambar. Mujur kami balik awal dari sana sebab sejurus selepas kami sampai di kawasan town, keretapi berlanggar dengan trak di kk tu berlaku kat situ dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang panjang dan lama.

Singgah sekali lagi di pasar sayur dan pasar philipinne untuk final shopping mak aku. Misi mencari sayur dan kuih cincin diteruskan. Malam tu kami sekali lagi masak dan makan dengan menyelerakan. Sebelum balik ke hotel sempat singgah ke centre point untuk shopping novel.

Hari Keempat
Seawal jam 6 pagi dah bergerak keluar untuk checkout dan pergi ke airport. Flight dia orang jam 8. Barang dia orang semua sekali adalah 42++ kilo tapi lebih 2 kilo dia tak charge. Syukur. Kalo tak merasa ler kena bayar. Settle urusan check in (sekali check in untuk aku sekali), bawa dia orang breakfast kat KFC .Pukul 7 dia orang dah masuk ke dalam dan masa untuk mengucapkan selamat tinggal sebab flight aku jam 1 tengahari.

Untuk mengisi masa lapang aku drive ke terminal 1 dan lepak di mcd sambil baca novel dan online. Jam 10 bergerak ke kedai perfume dan sempat shopping perfume dan kemudian tepat jam 11 pagi dah terpacak di kaunter mcd sekali lagi untuk order burger untuk kawan aku yang mengidam burger mcd. 1130 dah sampai terminal dua. Kembalikan kereta dan kemudian siap sedia drop beg dan masuk ke balai menunggu. 

Begitulah berakhir perjalanan percutian kami ke KK untuk 4 hari tiga malam yang sungguh memuaskan hati. Insya Allah ada kesempatan tahun depan akan pergi lagi.