Klik untuk keajaiban

Saturday, February 16, 2013

Brunei ke Limbang


Masih lagi hari kedua.

Setelah menyambung posing mengambil gambar, kami memasuki masjid untuk menunaikan solat zohor dan asar. Semasa memasuki masjid, kami dibantu oleh seorang pakcik agaknya penjaga masjid yang ramah dan membantu menunjukkan kawasan wuduk dan solat untuk perempuan. 

Tandas wanita.

Dalam masjid tak boleh amik gambar maka sila menunaikan fardu solat dengan khusyuk tapi memang lawa pemandangan dan senibina dalam masjid. 

Setelah menunaikan solat kami bersiap menunggu di luar kawasan masjid. Menunggu makcik aku yang berjanji nak bawa kami menginap di rumahnya. Agak lama kami di kawasan masjid menunggu dan sempat kami berkenalan dengan Kak lLza yang berasal dari Perak (rasanya suami beliau bekerja dengan kedutaan Malaysia) dan beliau telah menetap di Brunei lebih kurang 20 tahun. Perkenalan yang singkat tapi mesra. Sempat kami merancang untuk menaiki bot di kampong air bersama2 beliau dan familynya namun perancangan tak dapat dilaksanakan sebab makcik aku tiba agak lewat tambahan pulak masa sampai kami terus dibawa berjalan kaki menyeberang ke kampong air yang dihubungkan dengan jambatan untuk ke rumah nenek saudara yang duduk di kampong tu. Malangnya semasa kami tiba di rumah tu, kami dimaklumkan oleh jiran beliau balik ke Kuching. Takde rezeki kami nak berjumpa tapi pengalaman dan perjalanan berjalan kaki menyusuri kampong tu memberikan kami pengalaman yang sangat berharga.

Salah satu sekolah yang terdapat di situ.

Kami terus menyusuri jalan ke waterfront di mana terletak kampong air yang terkenal tu. Hajat di hati nak naik bot menjelajah kampong tu tapi masa kami tiba dah masuk senja tambahan pulak ngeri bila aku tengok bot tu takde bumbung dan macam agak laju. Setelah berbincang kami memutuskan untuk tak naik bot tu.

Kemudian kami masuk ke Yayasan Plaza untuk melihat2 apa yang ada. Kain pasang yang cantik dan kualiti yang sangat tinggi yang mungkin di Malaysia harga boleh mencecah ratusan tapi kat situ boleh dapat 15 dollar sahaja. Hajat di hati nak membeli tapi kami tangguhkan dulu sebab kami belum makan lagi. Kami memang dah plan tak nak shopping. Duit cuma untuk makan dan beli cenderahati.

Sempat kami membeli cenderahati untuk diri sendiri sahaja. Hehe.

Masjid Sultan Omar Ali waktu malam.
Perjalanan malam kami teruskan ke rumah nenek saudara aku yang dah berkahwin dan menetap di Brunei. Kami disajikan dengan makanan malam yang sungguh pantas dan sedap. Alhamdulillah perut yang berkeroncong sejak petang telah terisi dan kami duduk melepak berbual sehingga hampir jam 10 malam. Kami beredar dan singgah sebentar ke masjid Jamek.

Kemudian singgah di BNE untuk mengambil gambar ini. Kami difahamkan tempat ni akan bertukar wajah dan dihias dengan perayaan besar yang disambut. Kebetulan masa tu Tahun baru cina maka kami seolah2 berada di china. Hehe

Perjalanan hari kedua diakhiri dengan kami beredar balik ke rumah makcik di Muara dan masing2 pengsan keletihan.

Hari Ketiga
Seawal jam 7 kami bangun bersiap. Setelah dijamu dengan breakfast mee hailam dan karipap, kami meneruskan perjalanan. Sebelum apa2 kita bergambar dulu di kawasan rumah. 






Menurut pakcik, rumah ni berharga 75 k dollar dan perumahan ini dibina oleh sultan untuk rakyatnya. Pengundian rumah juga adalah berdasarkan pendapatan. Dan rumah yang dia orang duduk ni adalah untuk yang berpendapatan 2ribu dollar sebulan  ke atas. 

Pakcik dan makcik dan anak2 perempuannya berbaik hati untuk menghantar kami sampai ke checkpoint sungai lurah. Maka sebelum dihantar kami singgah di Istana Nurul Iman dulu. Tak lengkap rasanya kunjungan ke Brunei tanpa singgah di Istana ni. Walaupun daripada luar pagar je pun, tetap menampakkan keindahan dan kemewahan yang dimiliki.



Sampai saatnya mengucapkan selamat tinggal buat Negara brunei.


Perjalanan kami teruskan ke checkpoint sungai lurah untuk memasuki semula Malaysia melalui Limbang.

Masuk ke Limbang dan akan disambung kemudian.

No comments:

Post a Comment