Klik untuk keajaiban

Thursday, December 30, 2010

Hepi birthday Mohd Nur Izwandy Hakimi dan Yasmin Syarmila

Salam semua. 


Aku nak mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulangtahun yang ke 9 untuk anak buah aku Mohd Nur Izwandy Hakimi bin Mohd Nazri dan Yasmin Syarmila Binti Shafie yang ke 7. Dua2 berkongsi tarikh lahir yang sama. Wish ur dreams come true n Allah bless u always!!




Aku nak check benda yang aku dah buat dan belum buat semalam.


-Pasport dan DPT ( Serius aku lupa mana aku letak!)
-Sijil Exam Kursus Induksi
-Charger HP
-Seluar hantar dobi untuk iron- Done dan akan siap petang ni
-Selimut masuk kotak - Done
-Bahan bacaaan semasa penerbangan ( Boring sighh. Perjalanan dari Kuching ke KK akan stop di Bintulu)-Done
-Ikan terubuk (untuk bekalan aku ngan kawan aku kat Be-luran)
-Perencah Laksa Sarawak untuk bekalan 6 bulan
-Kek Lapis ( maybe cuma satu dua jer) dan tambahan 2 pesanan dari Zira
-Kain Batik Sarawak Kak Su pesan (2 pasang)
- Kasut n heels yang digunakan masa cuti ni kena masuk kotak semula
-Beg camera
- Wyre2 berkaitan camera n hp
-Check External Hard disk
- G tengok wayang ngan mak
-Handbeg
-Kasut baru nak bawa balik
-Komputer esok dah kena masuk hospital- Done dan kena amik malam ni
-Print tiket flight
-Pergi Popular untuk beli buku tambahan mengajar
-Spek itam dalam kereta
-Alat2 makeup yang berciciran dan beli baru kena kumpul dan masuk beg
-Buku Bank bawa balik semula
-Hutang kredit kad (RM80)- Done



Semalam juga merupakan hari yang sibuk. Seawal jam 9 dah keluar bersama mak, adik aku Keon dan 5 orang anak buah aku pergi membeli barang kelengkapan sekolah mereka. Di samping itu juga ada beberapa barang tambahan lagi dibeli untuk memberatkan beg. Hehe. 


Kemudian kami semua menghantar adik aku Keon untuk Check in hospital bagi pembedahan batu karang yang dijangka pada 31 ni. Sila doakan beliau cepat sembuh. 


Semua urusan selesai pada jam 10 malam tepat2 waktu Malaysia dah diistihar menang main bola. 


Pagi ni bergerak seawal mungkin untuk semua aktiviti yang perlu dibuat.



No comments:

Post a Comment