Klik untuk keajaiban

Thursday, December 23, 2010

Aku, kasut dan buku

Salam semua.

Semoga kita semua berada dalam keadaan yang menyenangkan dan menggembirakan walaupun hakikatnya masa terus berlalu dan itu menandakan masa untuk berehat dari tugas semakin menuju ke penghujungnya.  Hari ni banyak urusan yang aku dah rancangkan untuk diselesaikan dan Alhamdulillah hampir semua yang dirancangkan dapat dibuat.

Pagi tadi aku telah berkunjung ke pejabat pos untuk urusan lesen memandu dan ke bank Islam untuk urusan pembayaran kereta.  Walaupun plan asal nak renew terus lesen sampai 5 tahun tapi memandangkan aku ke pejabat pos terlebih dahulu dari bank, maka duit yang ada dalam beg cuma dapat menampung renew untuk 3 tahun sahaja. Takpelah janji urusan wajib itu telah dilaksanakan.

Kemudiannya mengubah haluan ke mybook store untuk mencari buku untuk dibaca. Tahukah anda aku dan buku tidak dapat dipisahkan. Aku suka baca buku terutama novel dan baru2 ini aku membuat muhasabah diri untuk membaca sekurang-kurangnya 1 buku ilmiah setiap bulan. Yelah sebelum ni asyik membaca novel je jadi apa salahnya kita mengisi otak dengan bahan ilmiah. Memandangkan di Be-luran adalah sukar untuk aku memperolehi buku maka tadi aku telah beli 4 buah buku terus. 2 novel islamik dan 2 bahan bacaan ilmiah. Cadangnya novel tu aku nak hold dulu nak baca masa dalam flight balik ke Sabah pada 31 Disember 2010 nihh memandangkan aku naik MAS dan ada flight tu akan ada satu perhentian di Bintulu mestilah masa perjalanan akan menjadi lebih panjang dan aku selalunya kalo terbang sorang mesti ada bahan nak baca kalo tak aku mati kutu dalam flight tu.


Ni buku yang aku beli.

Buku yang warna merah tu tajuk nya Rabiatul Adawiyah perindu cinta abadi oleh Zaharuddin Zabidi aku dah baca habis dalam kereta tadi. Kisah tentang Rabiatul Adawiyah seorang wanita yang telah diangkat darjatnya menjadi seorang wali. Bagi aku kisah ni memang terkenal kan tapi bila diolah dengan menarik dengan gaya bahasa yang mudah dan menarik menjadikan aku malas nak tunggu lama2 nak menghabiskan buku ni.

Cadangnya dua buku novel islamik tu nak bawa balik baca di Beluran tapi rasanya tak dapat kot sebab buku kuning tu dah tak sabar nak baca habis. Harap2lah aku tak menjadi begitu 'kejeron' nak baca habis buku-buku ni sebab aku malas nak pergi cari buku yang best lagi.

Kemudian malam aku ngan adik aku Eija Khadijah pergi ke Spring dengan tujuan nak menghantar kek lapis yang diorder oleh Judes. Sekali menghantar kek, aku pun apa lagi turut sama memeriahkan arena pershopingan orang2 masa krismas. Dari hari tu aku cari kasut nak pergi kerja dan tadi dah target nak dapatkan dua pasang namun malangnya cuma berkenan sepasang jer. 

Untuk tahun 2011 maka aku telah berazam untuk menggunapakai kasut2 yang banyak dibeli sebelum ni dan sekarang mengutamakan keselesaan semasa ke sekolah. Untuk pengetahuan aku ni sukakan heels. Tapi sejak mengajar di Be-luran banyak heels terpaksa dilupakan sebab keadaan mukabumi yang kurang sesuai. Haha sungguh tak sesuai perkataan mukabumi.


 Sebenarnya sekolah aku ada jambatan kayu lebih kurang 200m nak ke kantin. Sebab tu aku susah nak guna heels yang meruncing dan tajam sebab kalo tidak nescaya tumit kasut aku akan terbenam dalam celahan antara kayu jambatan itu. Dan sebenarnya banyak kasut aku dah rosak disebabkan kayu jambatan itu. Maka tadi aku telah insaf dan sila lihat kasut yang aku pilih tadi.




Haha very the flat kan. Esok nak carik satu lagi. Ada aku berkenan tadi kasut Charles n Keith tapi saiz pulak terlebih besar. Takpe esok aku nak carik kat tempat lain pulak.

Ehhhh ok. Selamat beramal semua.Tiba2 aku rasa mengantuk. Hikss

1 comment: