Klik untuk keajaiban

Wednesday, December 22, 2010

Kematian yang pasti

Salam kepada semua.

Apa kabar hari ni? Mesti semua sibuk kan dengan aktiviti hujung tahun terutama sekali kepada yang bekerja di pejabat. Aku dah merasai semua kesibukan itu dan faham kenapa ada orang yang bekerja dari jam 8 hingga lebih 10 malam setiap hari dan tiada hujung minggu.  Hehe so selamat bekerja dengan penuh amanah namun amanah pada diri sendiri dan keluarga janganlah diabai yer. Kerja juga penting tapi jangan satu hari nanti anda lupa macamana rupa anak anda di rumah, lupa macamana rupa rumah anda? 
Aura kerja juga nampaknya dah mula memberi tempias kepada aku sebab PPD dah mula sms untuk info yang dikehendaki. Bukankah itu petanda bahawa 2011 bakal menjadi tahun yang penuh sibuk lagi. Insya Allah akan berusaha lebih untuk menjadi 'dian' yang menerangi orang lain kononnya.

So kawan2 sila sediakan mental dan fizikal untuk kembali ke Be-lu-ran tercinta. Sila makan dan beli apa2 yang korang rasa nak beli dan makan sebab di sana kita akan kembali hidup secara normal seperti tahun lepas. Dan mulakan rutin kita untuk mengumpul duit sebanyak yang mungkin dan menghabiskan semaksima mungkin bila sampai di hometown masing2. 

Keadaan cuaca yang tidak menentu turut memberi tempias apabila demam aku masih belum kebah. Nak keluar rumah pun fikir dua kali. Batuk dan demam adalah dua kombinasi yang hebat untuk membuatkan aku tidak melawat ke MBO Spring. Tapi percayalah semua cerita aku dah tengok sebab lepas ni dah kena puasa tgk movie sekembalinya ke Be-Lu-Ran.


Pada petang ahad yang lepas juga, kami sekeluarga telah menerima kembalinya ke Rahmatullah nenek sedara kami yang tersayang. Allahyarham Haji Nor Bin Yusuf. Beliau meninggal disebabkan sakit tua dan pemergiannya dan urusannya ke sana amatlah dimudahkan olehNYA. Petang tu jugak bergegas ke sana dan selepas solat Isyak barulah kami beransur pulang. Pagi pulak aku dikejutkan oleh sepupu aku yang berjanji ke sana tapi yang magicnya aku dah sampai sana tapi dia tak sampai2 lagi. Aku dengan keadaan demam dan batuk menggagahi juga diri ke kawasan perkuburan untuk upacara pengkebumian. Kenangan bersama arwah adalah amat banyak dan manis2. Tiada yang pahit bagi kami sekeluarga. Sebab itulah aku tidak berasa ralat nak pergi ke kawasan perkuburan di tengah panas terik.

Seseungguhnya kematian adalah pasti bukan. Dan kita pun tidak pasti bila masa kita akan menjelma. Harap2 apabila masa kita sudah tiba, kita dah sedia dari amalan dan nak menjawab soalan bocor itu. Al-fatihah untuk arwah nenek Nor dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

No comments:

Post a Comment