Klik untuk keajaiban

Monday, December 20, 2010

Diari 2011

Salam.

Sudahkah anda merancang untuk tahun 2011 yang bakal menjelma tidak lama lagi. hari ini dah 20hb dan sedar tak sedar kita cuma hanya ada lebih kurang 11 hari untuk sama2 kita menjejak kaki dalam tahun 2011. 

Kebiasaannya apabila tahun sudah mengengsot ke hujung tahun. Masa tu barulah kita sedar perlunya kita membuat azam baru untuk tahun baru bakal menjelma dan adakah anda sedar di mana anda letakkan azam anda pada tahun ini. Hehe.

Azam aku pada tahun 2010 Alhamdulillah tercapai beberapa azam walaupun ada jugak azam yang tak tau mana aku letak dalam poket doremon. So kesimpulannya tahun 2010 bermulalah kerjaya aku sebagai seorang guru secara rasmi dan azam 2010 semestinya adalah berkisarkan kepada mencapai matlamat dalam bidang perguruan untuk posting pertama.

Semalam aku pergi kenduri sepupu aku Hafizul Hakim di Dewan Suarah. Sorry takde gambar sebab camera aku lupa nak charge. Sila tengok dari fb aku ada dia orang tag aku dalam tuhh.Balik dari kenduri singgah ke hospital melawat pakcik yang dmasukkan ke dalam wad sebab sakit jantung. 

Mula2 rasa demam macam dah kebah so aku pun plan nak meraikan birthday sepupu aku Zariffa Syafizza yang ke 20 tahun. Malam dia buat party tu aku tak dapat datang sebab terpaksa ke klinik.

So belanja 'kakak' tengok Tron. Best citer ni. Boleh bagi 7.5 dari 10 sebab mula2 cerita sedikit blur dan berat dan akhirnya memang best. tengok movie di MBO Spring. Balik tu singgah ke Boulevard untuk membeli alat makeup.

Perjalanan di tengah2 kesibukan orang ramai menarik perhatian aku dengan pokok krismas ni. Cantik kan. Tapi bukan tu matlamat aku amik gambar ni. 


 Meh kita zoom.

 Yess kreatif kan. Pokok krismas ni dibuat dari botol kosong mineral water terpakai. Dari jauh kalau tak diamati betul2 macam lampu2 yang begemerlapan kan.


 Tujuan sampingan ke Boulevard diteruskan dengan ke kedai buku Popular. Ramai jugak manusia dalam ni yelah tak lama lagi sekolah akan memulakan sesi tahun 2011 jadi ibubapa mengambil kesempatan cuti di hujung minngu untuk membeli belah barang keperluan.

Sebenarnya nak cari diari 2011. wah dah berapa perenggan barulah pergi ke tajuk entry. Aku ke sana nak mencari diari 2011. Nak digunakan sebagai persediaan 2011 karang. Aku ada menonton siri Oprah dulu lama dah, dia kata kalo keazaman kita tulis setiap hari dan kita tengok dan baca setiap hari, keazaman kita nak mencapai akan lebih kuat lagi. Hehe jadi usah biarkan aku terus berangan2 sebab aku nak beazam dan tekad melakukan beberapa perancangan tahun 2011.

Nah sila pilih diari dari lautan diari 2011 yang dilonggokkan begitu sahaja.


 
Susah jugak nak memilih semalam. Ada yang lawa tapi dalam tak best. Ada yang dalam dia best, kulit tak lawa. Lama jugak menghabiskan masa di sini dan akhirnya
ini yang menjadi pilihan. Simple tapi dalam dia menepati apa yang aku nak tulis.

Jadi apa pulak perancangan anda? Sudahkan anda muhasabah diri untuk tahun 2010. Sama2 kita renungkan orang yang gagal untuk merancang sebenarnya adalah merancang untuk gagal.
  
p/s: Itu baru diari belum lagi perancangan 2011.

No comments:

Post a Comment