Klik untuk keajaiban

Sunday, December 26, 2010

Hepi Birthday to Adrianna

Salam hari ahad untuk semua.

Macamana dengan sambutan hujung minggu anda semua dan perayaan krismas semalam.  Kebelakangan ini, aku sering merasakan masa terlalu mencemburui aku yelah rasanya tak puas lagi nak bercuti2 malaysia sambil makan gaji buta di rumah dalam tempoh sebulan ni. Alamak rupanya Jumaat ini bakal sekali lagi meninggalkan tanahair untuk perjuangan anak bangsa. Bluwekkkk sila muntah dengan kadar segera. Itu ayat metafora sahaja yer kawan2.  Sebab yang sebenar adalah tak puas lagi cuti dah kena menuju ke Be-luran semula. Nikmat semasa di tanahair sendiri akan hilang di mana aku dan rakan2 perlu survive sendiri di tempat orang. Tapi walau apapun aku n rakan2 terutama Cikgu Zatul amat gembira di Be-luran. Kami hidup bahagia sehingga akhir hayat. Ehhh apasal bunyi macam buku cerita ni.

Okey mari kita mengimbau kenangan setahun yang lepas. Masa ni aku jadi pengganggur dengan surat lantikan sebelum menerima khabar akan dipostingkan ke Be-luran tercinta. Kami sekeluarga telah menerima khabar bahawa sepupu kami telah melahirkan anak di Hospital Normah. Maka kami pun berduyun-duyun untuk melawat dia seperti gambar di bawah.


Mari kita zoom muka Adrianna seawal usia 1 hari.


 Dan ini pulak birthday girl dalam usia genap setahun.


Party Adrianna @ Nana diadakan di KFC Batu Kawa. Aku rasa KFC ni agak best sebab sambutan birthday diadakan di bilik khas dan tidaklah mengganggu pengunjung yang lain. Selain tu ada jugak game yang dibuat walaupun di tengah2 game Chikky ni keluar dan terus budak2 tak main dah game. Budak2 ramai yang datang dari Tadika apa ntah aku tak tau tapi yang pasti berada dalam kalangan budak2 ni macam berada di London / Hong Kong / .


Halooo its me n Chikky.

 
To Nana, Hepi Bitrhday yang pertama dan semoga menjadi seorang anak yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat. Last sekali, terima kasih buat tuan rumah sebab menjemput kami. Opss tolonglah Nana, bahasa melayu kena improve jangan jadi macam kakak kau yang langsung tak reti bahasa melayu. Kihkih.

Thanks sekali lagi buat Dol n Lynn untuk jemputan party birthday Nana. We really enjoy it!!!

2 comments:

  1. tudung hang x lagi mcm ustazah....hahahahaha...

    ReplyDelete
  2. Haha pala hotak hang. Aku pakai tudung ni kat rumah je kot. Masa kerja aku tetap ustazah tak berpencen. Kihkih aku malas nak silang2 tudung sebenarnya.

    ReplyDelete