Klik untuk keajaiban

Thursday, August 18, 2011

Puasa dulu dan puasa sekarang

Dulu

Bangun sahur terus tak tidor sebab masuk kerja jam 730 pagi tambah pulak. Tapi kebiasaaannya aku tak sahur pun kat rumah. Tidor lebih penting dari bangun sahur. Sebabnya adalah daripada masa 24 jam aku cuma ada masa dari jam 12 malam sampai kul 5 pagi untuk tidor dengan tenang di rumah. Jadual aku adalah seperti berikut. 

 Waktu pejabat jam 730 pagi masa bulan puasa maka jam 630 dah bertolak ke pejabat. selepas subuh atau semasa sahur dah tak tidor semula. Kemudian bekerja dengan gigih untuk waktu pejabat berakhir jam 430. Tapi sila jangan berangan untuk balik jam 430 petang sebab kebiasaanya jam 6 lebih baru keluar dari pejabat dan menuju ke rumah untuk berbuka puasa. Balik rumah mandi secara ekspress dan tiba2 dah waktu berbuka puasa. Masa ni skill makan cepat adalah amat diperlukan. Lebih sadis sebab kadang2 apabila mengingatkan masa itu alaah emas maka makan dengan maha cepat dan selesai makan sebelum azan maghrib habis berkumandang. Rehat sekejap kemudian solat maghrib secara ekspress rakyat dan kadang2 doa dalam solat cuma dapat dilafazkan YA ALLAH DOA AKU MACAM SEMALAM. Amin.  

Pecut kereta ke bandar semula untuk ke surau pejabat dengan kelajuan 140 hingga 160 km sejam dan akhirnya sampai surau tepat2 azan isyak berkumandang. Kemudian selesai solat terawih maka sambung pulak sesi tadrus dan kalo bertugas untuk moreh maka akan menjadi lebih panjang lagi sesi di sana. Paling2 kurang jam 1030 malam barulah dapat bertolak balik ke rumah. 

Sampai rumah jam 11 dan kemudian sesi menidurkan diri. Baca quran - zero. Memang tak sempat. Cuma dapat mencuri masa tadrus sahaja.  Tapi dulu tiap2 tahun aku adalah enjoy dengan kehidupan begitu. Seronok bekerja dan ikhlas berjuang demi agama tercinta kecuali tahun terakhir masa aku kerja.  Ni semua orang tau pasal apa? Pasal seorang perempuan sihir !!!
Perempuan sihir!! Nak tau sapa dia? Nanti kalo ada kesempatan aku akan buat entry khas untuk perempuan sihir dan kekasih gelapnya. Muahaha. Ehh bulan puasa kan. Tenanglah hati. Redhalah.

Kemudian sekarang ni Alhamdulillah walaupun jauh di perantauan tapi hati lebih tenang di sini. Perjalanan ramadhan lebih bermakna. Takde lagi kehidupan yang mahalaju untuk mengikut arahan dan memenuhi kehendak. Lagi2 sekarang mengajar petang. Memang ramadhan berasa lebih bermakna dan harap2 semua amalan diterima oleh yang maha Esa. Allah tau apa yang terbaik untuk kita semua dan tak lupa doa orang yang teraniaya sangat makbul. 

Alhamdulillah Allahuakbar.

2 comments:

  1. sampainya hati ko gelar rempuan ya 'perempuan sihir' hahaha....tp mesti ko rindu dgn cheese cake nya nk o...

    ReplyDelete
  2. Haha ada aku kesah. Perempuan ya lebih teruk dari istilah perempuan sihir sebab perangei macam setannirajimmm. Sik guna muka jak macam sik berdosa tapi hati hitam macam dajal. Kek ya dah diengkah benda kotor ne ndak semua orang suka makan. sila samak perut anda semua.

    ReplyDelete