Klik untuk keajaiban

Saturday, August 20, 2011

Kelab Pemanah Berkuda Merpati Jepang


Ini ialah berita baik untuk  semua yang berada di Kuching atau kawasan sekitarnya.
Anda minat aktiviti memanah?
Anda suka kelihatan seperti ini?





Ya rebutlah peluang ini untuk turut sama menyertai acara sukan yang julung2 kali diadakan di Sarawak dan khasnya kawasan Kuching. 
Kelab Pemanah Berkuda Merpati Jepang (reg no 4008/2010) akan mengadakan seminar keduanya yang bertemakan  Menghayati Perang Terunggul Dlm Islam(Perang Badar). Seminar ini bukan seminar biasa tapi Seminar panah tradisional ini dilengkapi dengan pakej praktikal.
Siapa tahu selama ini anda adalah kaki bangku macam saya dan kemudian sebenarnya bakat anda sebenarnya tersembunyi dalam sukan memanah berkuda ni  jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar ini. Bukankah indah kalo kita sama-sama melakar sejarah menjadi antara perintis sukan memanah berkuda ini di negeri Sarawak.
Selain itu, anda bukan sahaja dapat menambah pengetahuan dan pengalaman tapi kelab ini turut mencari pelatih berbakat seperti anda untuk menjadi wakil untuk mewakili negeri / Negara ke kejohanan sukan memanah berkuda ini di luar Negara. Difahamkan pada bulan September ini, ada seorang rakan kita dari Sarawak akan ke korea untuk acara sukan ini. Bukankah indah rasanya hidup bila kita menghampiri sukan ini dan mewakili Negara sebagai pencapaian seumur hidup kita sebagai seorang manusia dan khalifah di muka bumi ini.
Maklumat lanjut berhubung seminar adalah seperti berikut :

2nd Traditional Archery Event In Kuching,
Venue: RSS HQ
Tema : "Mengimbas kembali sejarah peperangan terulung sejarah Islam- Perang Badar melalui Panah Tradisional"
Tarikh : 28.8.2011. 1 day seminar.
Tentative itinerary:
9am-11:30am (2 1/2hours), Solawat Badar & Sejarah Perang Badar (opening) & training, recess/dzuhr,
2.30pm-4.30pm (2hours), training & closing.
Bayaran untuk seminar adalah cuma RM50 seorang untuk ahli dan RM8O untuk bukan ahli. Sekiranya anda ada maklumat lanjut berhubung cara menjadi ahli atau apa2 berhubung seminar ini, sila jangan ragu-ragu untuk menghubungi Abg Audy (Vice President)di talian 0138860195. Dan ingatlah seminar ini Cuma terhad untuk 60 orang sahaja dan semua peralatan untuk memanah pada hari berkenaan akan disediakan dan penyertaan anda akan turut mendapat percuma 1 topi dengan logo Kelab pemanah Berkuda MJ. Bukankah sangat hebat kedengaran untuk peluang ini kita rebut bersama.
Maklumat tambahan adalah penganjur atau kelab ini juga dalam perancangan nak membawa kemasukan kelab ke sekolah-sekolah dan IPTA dan setakat ini kelab ini mempunyai 5 ekor kuda yang diberikan oleh Tengku Mahkota Johor. Namun demikian buat permulaan seminar ini akan dibuka untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.
Jadi sekali lagi marilah kita sama-sama merebut peluang untuk menyertai seminar ini dengan kata2 akhir dari saya bila lagi kita nak merasa sebagai seorang pemanah berkuda. Wowww sungguh awesome!!!

Maklumat lanjut laman web kelab ini adalah www.pemanah.net atau hubungi Encik Abg Audy (Vice President)di talian 0138860195.

Info tambahan : Penganjur juga dalam perancangan untuk mengadakan seminar yang sama pada bulan 10 ini Insya Allah di Miri kemudian akan disusuli di Kota Kinabalu. 



1 comment:

  1. AsSalaam, selepas seminar kedua 28.8.2011, Alhamdulillah telah banyak pengalaman yang ditempuhi KPBMJ. Sila jemput hadir di FESTIVAL MEMANAH AIDILFITRI yang akan berlangsung pada 30.7.2016 bermula jam 8.30 pagi di Tapak Waqaf Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS)berdekatan dengan Tanah Perkuburan Islam, Semariang, Anda akan menyaksikan sendiri festival memanah yang akan merangkumi hamper keseluruhan pengamal pengamal seni memanah tradisonal di seluruh Negeri Sarawak malah diimarahkan oleh pengamal pengamal sukan yang sama dari Tanah Semenanjung Malaysia, Dengan izinNYA, KPBMJ akan menghadiahkan "PANAH SARAWAK" kepada pemenang istimewa...... Ini merupakan hari yang bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri di mana "PANAH SARAWAK" dilahirkan bersama "TARGET FACE BORNEO" yang telah mendapat pengiktirafan oleh "WORLD TRADITIONAL ARCHERY FEDERATION". Marilah kita bersama di dalam saat saat yang amat dinanti nantikan sejak sukan paling tua di dunia ini diangkat menjadi riadah alternattif kepada sukan sukan yang sedia ada,

    ReplyDelete