Klik untuk keajaiban

Wednesday, April 6, 2011

Percutian ke Pulau Mantanani

Salam.

Entry ni aku dah buat lama dulu dan memandangkan laptop aku masuk ICU dengan status kesihatan kena buat operation major maka takdapat ler nak citer benda lain. Proses nak loading satu page amik masa berjam2 dan sempat barangkali pergi ulang alik ke Sandakan tapi belum tentu page dapat display. Yang lebih haru lagi, laptop pinjaman ni pilih2 page dia nak loading. Kalo dia suka, dia buka. Kalo dia tak suka terus jer cannot be display.

Sedar tak sedar kita dah di bulan April dan tak lama lagi nak tengah tahun kan. Tapi dah 4 bulan kami di sini, belum sekali pun sesi petang ada perhimpunan sebab keadaan cuaca yang selalunya tak mengizinkan. Rindu sudah mau perhimpunan bah!!
Ni entry kisah percutian yang dah lama tapi tak salah rasanya berkongsi pengalaman kat sini dan sekali untuk kenangan aku di hari tua. Ni adalah percutian aku ke Sabah masa tahun 2009 iaitu zaman di IPG lagi masa cuti sekolah bulan jun. IPG masa tu cuti tiga minggu. So agak2 boleh ke aku nak story kat sini percutian aku ke Sabah masa tu dengan focus adalah kepada Pulau Mantanani.
Plan nak ke Pulau ni sebenarnya adalah hasil daripada mendengar pengalaman kawan sekelas masa maktab plus dia menjadi pemandu pelancong kami so ikut ajelah. Yang pergi ke Pulau ni ada tiga orang aku, Q dan Suhaila selaku pemandu pelancong dan tuan rumah.

Untuk ke Pulau ini, kami kenalah bergerak daripada Kota Belud. Daripada Kota Kinabalu, kami menaiki bas mini (orang Sarawak panggil van sapu) ke Kota Belud. Sempat kami menyelusuri Bandar Kota Belud sambil membuat aktiviti bergambar2 di sekitar kawasan Kota Belud.

Kami sampai awal pagi dan siap2 makan tengahari semua menunggu orang pulau itu yang berjanji nak amik kami. SO di sinilah perjalanan kami yang penuh pengalaman pahit manis bermula. Lebih kepada manis sebenarnya.
Kami menunggu agak lama sebab orang pulau ni cuma sesekali keluar ke tanah besar dan sekiranya keluar mereka akan menyelesaikan semua perkara penting yang mereka nak buat.  Menunggu hingga tabah dan akhirnya kenderaan yang akan membawa kami ke jeti pun sampai.

Yes perasaan adalah sangat terkejut dan teruja. Ehh bukankah kenderaan ni cuma wujud di Indon sana. Tapi di sini masih wujud lagi maka beramai2 ler kami bertiga menaiki kenderaan berkenaan. Di tengah perjalanan, kenderaan berhenti di kedai tilam. Sumbat tilam sekali ngan kami. Berhenti di kedai beras. Sumbat lagi. Perasaan kami adalah best dan kami gelak tak henti2 sebab ehh bukan ke selalunya dalam tv je ada kenderaan macam ni. Semua mak nenek barang yang mereka perlukan mereka sumbat bersama kami dan kami kat belakang menjadi teruja dan menjadi tukang tahan barang2 agar tidak jatuh keluar.

Kemudian pengembaraan kami semakin menarik. Wah macam cerita upin ipin pulak rasanya.
Kami tiba di jetty dan menaiki bot nelayan yang akan membawa kami ke sana. Pertama kali melihat bot tu rasa macam tak percaya aku akan naik bot tu. Sebelum ni aku imagine bot macam kapal layar tu sekali bot ini rupanya.


Dalam bot aku duduk diam2 dalam tempat duduk berhampiran dengan pemandu bot dan kakaknya. Manakala kawan aku dua orang tu duduk di depan. Gila sungguh. Aku yang melihat merasa ngeri sebab ombak adalah deras dan bot melambung2. Tapi dua orang kawan aku tu cool je dalam takut duduk depan tu. Kalo jatuh tu merasa ler masuk suratkhabar esoknya.
Tengah perjalanan tiba2 dia orang berhenti dan menjerit2. Aku dah ready nak mengucap dan berdoa agar mayat aku dijumpai lepas ni. Sekali rupanya adalah bot melanggar ikan merah dan dia orang dapat menangkap ikan tu masuk ke dalam bot dengan cara mencucuk ikan tu dengan kayu untuk mengangkat masuk ke dalam bot. Kagum sungguh rasanya sebab aku langsung tak dapat melihat apa2 cuma laut yang hitam pekat. Dia orang yang memang hidup dengan laut dapat melihat macam2 jenis ikan dan boleh pulak menangkap ikan tu. So ikan tu selamat menjadi habuan makan malam kami dan rasanya sungguh sweet sekali.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam dan sepanjang perjalanan aku sentiasa mengucap dan baca ayat kursi agar kami dipanjangkan umur dan sampai ke destinasi dengan selamatnya dan sempat lagi dalam hati, tobat aku nak pergi lagi kalo macam ni perjalanannya. Menyesal pun dah takde guna sebab dah dalam perjalanan kan.

Semakin menghampiri Pulau , Subhanallah air laut membiru macam dalam tv tu. Perasaan adalah teruja sangat masa ni. Tiba dengan selamat di Pulau dan kemudian duduk di jeti pulau sampai ler tuan rumah tempat kami menumpang datang menjemput kami. Ni kata kawan aku adat kat situ. Kita orang kena tunggu kat situ sampai dia jemput barulah boleh pergi rumah dia.
Pulau Mantanani yang kami pergi ni didiami oleh penduduk bajau laut yang rata2nya adalah nelayan. Keadaan di Pulau tu memang perkampungan nelayan yang cantik. Suasana sunyi aman damai. Kat Pulau ni, waktu siang takde elektrik. Elektrik akan bermula dari jam 6 petang  hingga 6 pagi esoknya. Waktu siang pulak adalah sangat panas dan tak boleh nak duduk dalam rumah jer so kena duduk kat luar rumah. Setiap rumah ada macam tempat lepak kat luar yang dia orang buat free air.

Kemudian rumah yang kami pergi ni pulak ada kubur di tepi rumah. Kubur orang rumah ni yang dah meninggal sebelum itu. So mereka  buat kubur dekat2 rumah dan dalam kawasan rumah. Agak mengerikan bagi orang yang penakut macam aku. Dan rupa kubur dia agak pelik. Aku ada amik pic tapi dalam bentuk video so tak dapat le nak letak bagi korang semua tengok.
Keluarga tuan rumah adalah sangat baik cuma kami sendiri yang tidak selesa sebab keperluan kami adalah kurang sebab salah kami sendiri agaknya. Masa nak pergi pulau tu, aku tanya kawan aku nak bawa ke semua tuala kain batik. Dia kata tak payah. Rumah tu ada sediakan. Dan hasilnya takde. Hasilnya berpengalamanlah aku mengelap badan lepas mandi guna tshirt sahaja.  Itu jer kekurangan nye. Yang lain layanan tip top le bagi kami yang datang percuma ini.

Hari kedua di Pulau ini, kami telah dibawa berkelah ke Pulau Mantanani kecil dan pulau ni sungguh indah sebab takde orang dan Cuma kami jer di situ buat aktiviti snorkeling swimming main pasir dan macam2 aktiviti berkelah yang lain. Kami ke Pulau tu bersama2 dengan anak tuan rumah dan kawan2 dia dan cucu2 tuan rumah. Sampai je di Pulau tu, kami diturunkan di sana dan pemuda2 kampung itu kemudian ke laut mencari ikan dan lobster (atas permintaan kami yang jakun) untuk dibuat aktiviti barbeque.

Kami bermain di Pulau tu sehingga rentung rasa kulit barulah dia orang datang dengan hasil tangkapan ini. Perasaan jakun tu memang tinggi sebab ikan2 dia warna warni dan macam dalam tv. Haha semua macam dalam tv. Kemudian mereka membakar ikan tu sementara kami sudah siap2 memasak nasi. Sempat lagi kami berulam mangga yang kami ambil di pulau tu.

Kemudiannya pengalaman ngeri kami pun bermula. Agaknya mungkin ikan yang dimakan terlalu fresh bagi perut orang bandar bagi kami. Perjalanan pulang tu kami dah rasa nak muntah dan loya2 bila membayangkan ikan. Sumpah masa tu rasanya tak mau dah makan ikan selama 10 tahun.  Sampai saja di rumah penginapan kami, semua sudah terbaring tidak bermaya dan demam. Mungkin panas dan makan ikan  sukati2 menjadi penyebabnya. Hehe.
Malam tu pulak, ada jiran yang datang bertandang di rumah tuan rumah menghormati kami sebab sebelumnya kami dah request nak bakar ikan di rumah pulak . Satu ikan pun kami tak sentuh sebab loya dan kami cuma dapat menelan  magee sahaja.
Di pulau ni, line telefon langsung tak dapat dan tiba2 bila angin kuat ada bunyi sms masuk dan rupanya kalo angin kuat barulah ada line. Lawak jugak kan. Hp masa tu Cuma jadi perhiasan jer.
Plan asal kami di Pulau ni tiga hari dua malam namun malangnya atas sebab yang tidak dapat dielakkan kami tersadai di Pulau ni selama empat hari tiga malam.
Perjalanan balik ke tanah besar dimulakan seawal subuh sebab khuatir laut bergelora teruk. Indah sungguh ciptaan Allah melihat terbitnya matahari dalam perjalanan tu. Konsep orang pulau ni bila nak keluar dari Pulau adalah mana2 orang boleh tumpang bot tu keluar tanpa bayaran. Maksudnya konsep menumpang ler kan. Agaknya semua saling kenal so takdelah nak amik duit tambang ker. Perjalanan kami ke sana pun free jugak.
Tapi ada peristiwa lucu bagi kamilah yang pertama kali melihat senario berkenaan. Masa seawal subuh tu, ada le dua tiga orang perempuan yang menumpang bot tu sebab nak ke tanah besar. Tapi dia orang cuma berkain batik. Mula2 rasa pelik takkan ler dia orang ni nak ke bandar macam ni. Rupanya bila bot nak menghampiri jeti, dia orang mula bersiap2 bermakeup depan2 orang yang ramai dalam bot tu tanpa segan silu memakai bra dan bersalin baju dalam tu. Haha kami menahan gelak dan cuma tersenyum simpul walaupun perut rasa ditelentang dan digeletek ramai2. Owh begini rupanya bila mereka nak ke bandar dan tiba2 mereka ni yang asalnya berkain batik jer masuk bot bertukar menjadi lebih cantik dari kami dan menjelma menjadi penyanyi pujaan ramai.

Yes Alhamdulillah kami selamat sampai ke Jeti dan kemudian meneruskan perjalanan balik semula ke KK. Kalo ditanya aku, nak ke Pulau tu lagi ke tak. Jawapan aku pasti dan takde talian hayat adalah TIDAK. Sekian terima kasih.

13 comments:

  1. Nak tny ni. Mcm mana korang tempah package pegi pulau ni. Sila balas kat emel sy purpl360@yahoo.com. maseh xD

    ReplyDelete
  2. Saya dah reply di email awak. Maaf lambat reply

    ReplyDelete
  3. sy berminat nk tempah pakej ke pulau ni. sila email sy norkasana@yahoo.com. Tq

    ReplyDelete
  4. salam. mcm mane book trip ke pulau ni ek?
    boleh email detail x including harga sekali?
    mohdsyafiq.ab@gmail.com
    thanks.

    ReplyDelete
  5. Boleh email sy jgk.. rosenaniyusof@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. sy pn nk honeymn kt sana.tlg email kt noraziramohdlatif@gmail.com..maklumla br pas tgk kt animal planet semalam.haha

    ReplyDelete
  7. salam sis boleh pm detail? aimy.halimah@tvalijrah.com

    ReplyDelete
  8. Salam semua. Maaf saya lama dah tak jenguk blog ni. Saya pergi ke pulau mantanani ni mengikut kawan yang pernah membuat kajian di pulau ini. Xda pakej just kami berhubung dengan org kampung di sana. Tapi kalo awak semua google mungkin akan jumpa pakej ke pulau ni. Tapi saya akan try untuk berhubung dengan kawan saya untuk detail kepada semua. Boleh email saya puteriey@gmail.com

    ReplyDelete
  9. palm Beach resort adalah salah satu destinasi pelancongan di pulau ini..dengan pakage yg menarik anda pasti teruja untuk brkunjung ke sini...berminat hubungi saya untuk tempahan 0167231922 - Nora

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete