Klik untuk keajaiban

Tuesday, May 10, 2011

Budak ini sangat comel!!

Salam.

Rasanya dalam blog ni aku tak pernah ceritakan apa2 yang bersangkut paut dengan kerja aku kan. Tapi bila dah menjadi semakin tak tau nak cerita apa mari lah kita menjenguk sedikit apa yang luarbiasanya dengan kerja aku sehari dua ni.

Baru-baru ini aku menerima seorang murid baru berpindah daerah yang dicalonkan terus oleh guru-guru nya sebab murid ini mempunyai masalah pembelajaran. (Sila baca dengan serius, hehe). Murid ini tahun dua dan sekiranya mengikut prosedur murid ini tak boleh diterima lagi dalam kelas aku. Tapi memandangkan ada sorang murid dah berpindah ke KK maka boleh lah ditukar dengan murid ni.

Apa yang istimewanya murid ini?

Murid ini comel. Ya itu pastilah budak2 semuanya comel kan. Tapi budak ni extra comel ler dari yang lain.  Masuk-masuk jer dalam kelas, aku panggil murid ni.

Siapa nama awak?
Nama.

Nama, nama awak?
Nama.

Nama. Siapa nama awak? (Tambah dengan bahasa isyarat)
Har har

Ha...awak ambil buku dia. Cikgu nak tengok nama dia. Aku suruh budak ambil buku dia. Owh nama dia HAZAHAR. Sebab tu bunyi har har.

Hazahar..awak sekarang tahun berapa?
Tahun A ( Jawab dengan penuh keyakinan)

Aku dah tak tahan nak gelak. Aku tanya lagi.

Awak darjah berapa. Tahun berapa sekarang?
Tahun A

Awak pernah sekolah ke sebelum ni? 
Sekolah.

Awak sekolah di mana?
Sekolah.

Lepas tu ada le penyibuk ni cakap. Dia dari KK cikgu.

KK.

Awak dulu sekolah kat KK ke?
KK.

Tiba2 ada lagi budak cakap, dia dulu sekolah di tawau. Aku pun tanya lagi.


Awak dari KK ke Tawau?
Tawau.

Lepas tu aku fikir, dia ni faham ke tidak aku cakap ni? Bahasa memang dah aku cakap sabah.


Hazahar, awak dari KK ke Tawau.
Tawau.

Aku ulang sampai tiga kali. Dia tetap jawab Tawau. Aku tukar trick lak.

Hazahar, awak ke dulu yang sekolah di London tu? (Tanya dengan penuh exited)
Ya, London.

Masa ni aku dah pengsan gelak. Owh rupanya budak ni tak faham langsung apa aku cakap. Mari tanya lagi.


Hazahar, awak faham ke apa cikgu cakap ni?
Faham.

Awak faham ke apa cikgu cakap ni?
Faham.

Awak sedih ke cikgu cakap ni?
Sedih. 

Aku dah nak tak dapat nak cakap apa dah. Gelak tak dapat nak menahan. Lepas tu tanya lagi,

Awak pandai baca?
Baca

Cuba awak sebut nombor dan huruf yang cikgu tunjuk ni. 
f h f h f h f h x 1 f h 

Sah budak ni tak faham apa aku cakap. Aku tanya dengan budak2 lain.

Kamu ada berkawan dengan dia ke?
Tiada cikgu.

Kenapa kamu tak mau kawan sama dia?
Dia lari2 cikgu.

Mulai hari ni, kamu semua kena kawan dengan dia. Bawa dia cakap bahasa kamu. Biar dia faham apa kita cakap ni. Elfhen dengan Nazrin, kamu bawa dia pergi kantin bawa dia main ye. Bila kamu pergi kantin, kamu cakap dengan Hazahar ini kantin. Biar dia faham.
Baiklah cikgu.

Lepas tu hari ni ada lagi kelas pemulihan tahun 2. Aku selidik dari budak2 ni.

Elphen Nazrin, ada kamu bawa dia pergi kantin.
Tak dapat cikgu, dia lari terus. Dia pergi makan RMT.

Habis tu, orang kat kantin tu bagi dia makan ke makanan RMT tu ke?

Dia takde kad RMT cikgu tapi orang kantin bagi saja dia makan. Orang kantin tu gelak2 lagi.

Hazahar, kamu tak boleh makan RMT sebab kamu takde kad. Kamu ada bawa duit?
Duit.

Berapa kamu bawa?
Seringgit.

Boleh cikgu tengok duit kamu?
Keluarkan dari poket duit 20 sen.

Cikgu, tadi aku pegang tangan dia bawa pergi kelas ni. Dia panggil aku abang.

Terus aku tak dapat menahan2 lagi gelak. Sukati2 je ko Hazahar. Opss dapat tau nama dia bukan Hazahar tapi Nor Azhar.

Jadi mari kita tengok murid yang istimewa ini.



Tekun menulis nombor satu  yang aku minta.

Nah ini hasilnya.


Pengsan cikgu macam ni!!!

8 comments:

  1. kesian tedah... maok sabar ngajarnya zah...

    ReplyDelete
  2. otedah...nor aku rasa anak kwn ku ada sorg mcm tok nor....tapi aku x brani nak negur cos parent nya mcm sik mbik kisah....insyaallah anak2 dan keturunan ku xda mcm tok.....-avy-

    ReplyDelete
  3. mencabar mena kerjaya sbg cikgu tok..byk2 sabarlah kak...mudahan dipermudahkan segalanya..amin

    ReplyDelete
  4. Kak su. Nang giyalah kerjanya tapi best n langsung sikda rasa nak terjun bangunan. Haha

    Avy- tok namanya masalah pembelajaran. Bukan sik normal cuma masalah dalam belajar jak. Maybe ada masalah lain juak.

    Anon- Amin insya Allah

    Noor

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Saya terjumpa blog anda melalui pos anda tentang rumah berhantu. Anyway, saya dahulu seorang guru sekolah menengah dan telah mendapat pendidikan di sebuah universiti di United Kingdom. Izinkan saya memberi cadangan. Dari tulisan anak murid anda ini saya rasa, dia adalah seorang Dyslexic. Sesuatu yang di Malaysia masih belum ada program pemulihan untuknya di sekolah-sekolah. Sebenarnya, kanak-kanak yang menghidap Dyslexia boleh belajar seperti kanak-kanak lain cuma caranya agak berlainan - Tom Cruise juga seorang Dyslexic tetapi telah diajar membaca dgn cara yang tertentu. Saya rasa anda boleh membaca tentang Dyslexia dari internet.
    Kesian, anak itu. Saya harap dia akan dapat program pemulihan yang sewajarnya. Wassalam.

    ReplyDelete
  6. Salam kepada cikgu. terima kasih sebab sudi tinggalkan komen.

    Untuk pengetahuan saudara/saudari atau elok saya bahasakan sebagai cikgu, kat malaysia mmg dah ada program khas untuk murid disleksia ni. Contohnya macam saya lulusan IPGM major pemulihan khas, kami memang ada didedahkan dengan murid disleksia dan autism. Namun demikian, oleh kerana sekolah saya ada mempunyai kelas pendidikan khas maka murid ini akan saya pindahkan ke kelas pendidikan khas (dengan kebenaran ibubapa). Ini bertujuan untuk murid ini mendapat lebih perhatian dari guru2 yang lebih dilatih khas untuk menangani murid2 sedemikian.

    Terima kasih atas komen. amat menghargainya

    -Putery Noor-

    ReplyDelete
  7. nice story..kesian juga ada..anyways,grow up boy =),just stopin by here..

    ReplyDelete
  8. Rosalena, thanks for ur comment.

    ReplyDelete