Klik untuk keajaiban

Sunday, September 25, 2011

Syawal makin berlalu

Sedar tak sedar syawal dah makin meninggalkan kita semakin ke penghujung.  Sedar tak sedar jugak tak lama lagi adalah bulan 10 dan bulan 11 tanggal 19 adalah cuti panjang untuk sekolah. Dan sedar tak sedar sudah hampir dua tahun aku dah berada di sini. 

Syawal yang di sambut di tanahair tercinta sudah semestinya meninggalkan kenangan manis yang masih dikenang-kenang. Dan untuk rekod aku sendiri di masa akan datang, just enjoy beberapa pic ni untuk berada di bawah tajuk Syawal. 

Ni anak gtab masa kini. Kepakaran dua orang budak kecik ni dengan gtab adalah di luar kawalan sebab walaupun belum sekolah tapi ketereran dalam mengexplore gtab adalah sungguh tinggi. Leka bermain angry bird.

Me n my luvely mum.

Open house with my cousin n my family

 Ni masa kat rumah pakcik sekali dengan aunty n uncle dari Jerman.


Tak dilupakan celebration my birthday yang jatuh sehari sebelum raya. Kami sekeluarga menyambut di restoren steambot.


Ini gambar birthday girl dan semua anak2 buah yang ceria.

Ni pulak pic sekeluarga dengan kek angry bird yang dibeli oleh cousin aku khas untuk celebration masa tu. 

Nota kaki : Aku adalah makin malas nak menaip di laptop maka seharusnya akan tiada entry baru untuk kesekian lamanya.

Aku akhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir batin.

Saturday, August 20, 2011

Kelab Pemanah Berkuda Merpati Jepang


Ini ialah berita baik untuk  semua yang berada di Kuching atau kawasan sekitarnya.
Anda minat aktiviti memanah?
Anda suka kelihatan seperti ini?





Ya rebutlah peluang ini untuk turut sama menyertai acara sukan yang julung2 kali diadakan di Sarawak dan khasnya kawasan Kuching. 
Kelab Pemanah Berkuda Merpati Jepang (reg no 4008/2010) akan mengadakan seminar keduanya yang bertemakan  Menghayati Perang Terunggul Dlm Islam(Perang Badar). Seminar ini bukan seminar biasa tapi Seminar panah tradisional ini dilengkapi dengan pakej praktikal.
Siapa tahu selama ini anda adalah kaki bangku macam saya dan kemudian sebenarnya bakat anda sebenarnya tersembunyi dalam sukan memanah berkuda ni  jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar ini. Bukankah indah kalo kita sama-sama melakar sejarah menjadi antara perintis sukan memanah berkuda ini di negeri Sarawak.
Selain itu, anda bukan sahaja dapat menambah pengetahuan dan pengalaman tapi kelab ini turut mencari pelatih berbakat seperti anda untuk menjadi wakil untuk mewakili negeri / Negara ke kejohanan sukan memanah berkuda ini di luar Negara. Difahamkan pada bulan September ini, ada seorang rakan kita dari Sarawak akan ke korea untuk acara sukan ini. Bukankah indah rasanya hidup bila kita menghampiri sukan ini dan mewakili Negara sebagai pencapaian seumur hidup kita sebagai seorang manusia dan khalifah di muka bumi ini.
Maklumat lanjut berhubung seminar adalah seperti berikut :

2nd Traditional Archery Event In Kuching,
Venue: RSS HQ
Tema : "Mengimbas kembali sejarah peperangan terulung sejarah Islam- Perang Badar melalui Panah Tradisional"
Tarikh : 28.8.2011. 1 day seminar.
Tentative itinerary:
9am-11:30am (2 1/2hours), Solawat Badar & Sejarah Perang Badar (opening) & training, recess/dzuhr,
2.30pm-4.30pm (2hours), training & closing.
Bayaran untuk seminar adalah cuma RM50 seorang untuk ahli dan RM8O untuk bukan ahli. Sekiranya anda ada maklumat lanjut berhubung cara menjadi ahli atau apa2 berhubung seminar ini, sila jangan ragu-ragu untuk menghubungi Abg Audy (Vice President)di talian 0138860195. Dan ingatlah seminar ini Cuma terhad untuk 60 orang sahaja dan semua peralatan untuk memanah pada hari berkenaan akan disediakan dan penyertaan anda akan turut mendapat percuma 1 topi dengan logo Kelab pemanah Berkuda MJ. Bukankah sangat hebat kedengaran untuk peluang ini kita rebut bersama.
Maklumat tambahan adalah penganjur atau kelab ini juga dalam perancangan nak membawa kemasukan kelab ke sekolah-sekolah dan IPTA dan setakat ini kelab ini mempunyai 5 ekor kuda yang diberikan oleh Tengku Mahkota Johor. Namun demikian buat permulaan seminar ini akan dibuka untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.
Jadi sekali lagi marilah kita sama-sama merebut peluang untuk menyertai seminar ini dengan kata2 akhir dari saya bila lagi kita nak merasa sebagai seorang pemanah berkuda. Wowww sungguh awesome!!!

Maklumat lanjut laman web kelab ini adalah www.pemanah.net atau hubungi Encik Abg Audy (Vice President)di talian 0138860195.

Info tambahan : Penganjur juga dalam perancangan untuk mengadakan seminar yang sama pada bulan 10 ini Insya Allah di Miri kemudian akan disusuli di Kota Kinabalu. 



Thursday, August 18, 2011

Puasa dulu dan puasa sekarang

Dulu

Bangun sahur terus tak tidor sebab masuk kerja jam 730 pagi tambah pulak. Tapi kebiasaaannya aku tak sahur pun kat rumah. Tidor lebih penting dari bangun sahur. Sebabnya adalah daripada masa 24 jam aku cuma ada masa dari jam 12 malam sampai kul 5 pagi untuk tidor dengan tenang di rumah. Jadual aku adalah seperti berikut. 

 Waktu pejabat jam 730 pagi masa bulan puasa maka jam 630 dah bertolak ke pejabat. selepas subuh atau semasa sahur dah tak tidor semula. Kemudian bekerja dengan gigih untuk waktu pejabat berakhir jam 430. Tapi sila jangan berangan untuk balik jam 430 petang sebab kebiasaanya jam 6 lebih baru keluar dari pejabat dan menuju ke rumah untuk berbuka puasa. Balik rumah mandi secara ekspress dan tiba2 dah waktu berbuka puasa. Masa ni skill makan cepat adalah amat diperlukan. Lebih sadis sebab kadang2 apabila mengingatkan masa itu alaah emas maka makan dengan maha cepat dan selesai makan sebelum azan maghrib habis berkumandang. Rehat sekejap kemudian solat maghrib secara ekspress rakyat dan kadang2 doa dalam solat cuma dapat dilafazkan YA ALLAH DOA AKU MACAM SEMALAM. Amin.  

Pecut kereta ke bandar semula untuk ke surau pejabat dengan kelajuan 140 hingga 160 km sejam dan akhirnya sampai surau tepat2 azan isyak berkumandang. Kemudian selesai solat terawih maka sambung pulak sesi tadrus dan kalo bertugas untuk moreh maka akan menjadi lebih panjang lagi sesi di sana. Paling2 kurang jam 1030 malam barulah dapat bertolak balik ke rumah. 

Sampai rumah jam 11 dan kemudian sesi menidurkan diri. Baca quran - zero. Memang tak sempat. Cuma dapat mencuri masa tadrus sahaja.  Tapi dulu tiap2 tahun aku adalah enjoy dengan kehidupan begitu. Seronok bekerja dan ikhlas berjuang demi agama tercinta kecuali tahun terakhir masa aku kerja.  Ni semua orang tau pasal apa? Pasal seorang perempuan sihir !!!
Perempuan sihir!! Nak tau sapa dia? Nanti kalo ada kesempatan aku akan buat entry khas untuk perempuan sihir dan kekasih gelapnya. Muahaha. Ehh bulan puasa kan. Tenanglah hati. Redhalah.

Kemudian sekarang ni Alhamdulillah walaupun jauh di perantauan tapi hati lebih tenang di sini. Perjalanan ramadhan lebih bermakna. Takde lagi kehidupan yang mahalaju untuk mengikut arahan dan memenuhi kehendak. Lagi2 sekarang mengajar petang. Memang ramadhan berasa lebih bermakna dan harap2 semua amalan diterima oleh yang maha Esa. Allah tau apa yang terbaik untuk kita semua dan tak lupa doa orang yang teraniaya sangat makbul. 

Alhamdulillah Allahuakbar.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menjalankan Ibadah Di Bulan Ramadhan!!!

Assalamualaikum WBT.

Di kesempatan ini aku ingin nak mengucapkan selamat menjalani ibadadah di bulan ramadhan ni kepada semua. Sama-samalah kita meningkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini. 

Maka dengan ini bermakna mode balik ke kampung dah diaktifkan dengan kadar segera. Dengan ini aku ingin mengumumkan tinggal 26 hari lagi saya mau naik belon nak balik kampung berhari raya bersama keluarga tercinta.

Ok. Selamat berpuasa dan menjalani ibadah puasa sekali lagi.




Monday, July 11, 2011

Jalan-jalan cari makan part 3 - Seafood Kampung Baru

Salam bertemu lagi. Malas nak update blog sendiri walaupun internet ok2 jer. Semenjak ada galaxy tab ni makin malas nak buka laptop maka terbengkalailah apa yang nak dicatatkan. Hari ni sekolah aku cuti sempena cuti peristiwa perkhemahan yang telah diadakan pada Jumaat hingga berakhir pagi semalam. So peluang cuti ni takkan dilepaskan dengan begitu sahaja. 

Ni adalah acara wajib aku buat kalo ke KL. Mesti ada seorang jejaka yang baik hati untuk belanja makan. Okey mari kita berkenalan dengan penaja malam tu.

 

Nama Encik Afifi dan sekarang kerja sebagai P-T-D. Encik Afifi ni merupakan teman seperjuangan kita orang masa kat U dan dulu2 kita orang panggil dia bapa tiri sebab selalunya bila kita orang lepak kat tasik petang2 mesti dia akan jumpa kita orang dan ayat hafazan dia adalah BALIKKKKK Maghrib dah ni!!  Sedangkan masa tu tak maghrib lagi. Hehe. Tapi dia adalah superbaik dengan kita orang. Pernah kita orang ada sama kelas last semester kat U dan ada assignment translate dari jurnal kat library kena buat. Semua orang kena cari artikel tentang isu undang-undang antarabangsa. Mesti ada kes2 dalam jurnal tu. So biasalah aku ngan Iyla terlebih sibuk dengan aktiviti lain (tidur!!) maka kita orang lewat nak amik artikel dari jurnal. Terkecoh2 le dua insan ni ke library waktu petang. Dalam perjalanan kita orang terserempak dengan Encik Afifi ni, say hi lebih kurang dan borak2 sekejap. Tiba2 dia korek2 beg sandang dia. Aku ngan Iyla pun tunggu le kot2 dia nak bagi duit. Haha sekali dia bagi dua artikel untuk aku ngan Iyla. Siap artikel tu dah dapat approval dari lecturer untuk ditranslate.  Bukan ke heaven tu ada kawan macam ni. Terus je dua insan tak terkecoh2 ke library dan terus jer laju mengekor Afifi ke stesen bas menunggu bas nak balik ke kolej kediaman.

Ni muka dua insan yang terkecoh2 itu.

Tempat makan ni dah dua kali aku ngan Ayu dibelanja Afifi kat sini.  Iyla lak first time.  Mari kita tengok makanan pilihan.

 Ikan masak tiga rasa.

Sotong goreng tepung yang sangat sedap.
 Sayur kailan masak ikan masin yang sedap jugak.

Ada dua makanan yang aku lupa nak amik gambar malam tu iaitu tomyam campur yang sedap dan telur dadar. Maka makanlah kami berempat dengan kenyang dan berborak2 setelah lama tak jumpa. Kalau tak kerana kekangan masa aku rasa tengahari esok baru kami stop lepak kat situ. Tapi jam dah tengah malam. Maka bersurailah kami. Sebelum tu ada sesi foto dulu.

 Them!!
We!!

Keseluruhan harga makanan termasuk air jus buahan2 dua kali tambah adalah RM98 dan sekali lagi peristiwa makan di Madam Kwan menjadi kutukan dan aku cuma mampu menadah telinga menahan sindiran dan kejian. Hehe apapun kami enjoy malam tu. Terima kasih kepada penaja. Insya Allah bulan 11 ni kita jumpa lagi.

Tuesday, June 28, 2011

Jalan-jalan cari makan Part 2- Seoul Garden

Salam.

Sampai2 je KLIA jam 1230 hari Sabtu aku terus naik KLIA Ekspress sebab dah janji dengan CT dan Ayu yang datang jemput aku kat sana. Dalam masa yang sama kelam kabut jugak sebab aku sepatutnya sampai terlebih dahulu dari Iyla yang bertolak dari Pahang tapi nampaknya dia naik bas awal le pulak dan dalam KLIA Ekspress tu kawan2 semua dah sibuk sms melapor diri dah sampai di destinasi.

Maka dalam masa sejam berlakulah pertemuan semula dengan 3 orang BFF zaman UUM dulu. Ayu aku selalu jumpa sebab aku selalu turun KL g rumah dia. Takpun dia turun Kuching memang selalu jumpa lah. CT dan Iyla last jumpa adalah masa kami berempat buat reunion di Langkawi tahun 2005. Masa berlalu dengan pantas kan!! Maka pertemuan kedua adalah lokasi KL saja. Tapi takpe lepas ni Insya Allah akan selalu jumpa sebab CT, Iyla dan Ayu memang kat KL. So kalau aku turun sana maksudnya reunion lah kan.

Tapi aku nak cerita kat sini pasal Seoul garden. Ni pun penangan internet dan promosi mulut ke mulut dari kawan2. Aku dah plan ngan CT sebelum datang KL lagi. Dia kena book tempat untuk kami dinner malam tu meraikan reunion kedua kami ni. Untuk pengetahuan Seoul Garden ni selalu penuh so adalah lebih baik booking dulu untuk pastikan tidak kempunan.

Apa2 hal kita amik pic depan restoren dulu.

 From left : Iyla, Ayu n Ct
Tuan punya blog dengan Iyla dan Ct.


Tempat yang disediakan untuk kami juga adalah sangat strategik. Terletak di ceruk jauh dari orang lain dan membolehkan kami berfotogedik tanpa batasan.


Kami pilih kuah tomyam.

Pelbagai pilihan seafood dan daging yang sedap2 semuanya.

Sayur pun ada


Pelbagai pilihan yang menyesakkan perut.


Mula memasak sampai terpercik dan terpelanting.

Mula bergotogedik tanpa batasan

 I like this pic!!

Tiada kata2 dapat diungkap untuk kesedapan dan keseronokan kami di sini. Tengok pinggan je yer.

Time membayar dan setelah semua pelanggan lain keluar dan cuma tinggal kami sahaja dalam tu.

Nah this is the price. Memang berbaloi2!! sampaikan Ayu keesokan harinya request nak makan kat situ lagi namun malangnya permintaan terpaksa ditolak sebab banyak lagi restoren lain nak diterjah. Kesemua sekali kami kena bayar RM 170++ untuk 4 orang. Berbaloi!!!

Aku akhiri dengan sebuah gambar menarik dari Ct. 

Mentang2 hang kerja CIMB. Asal nampak CIMB je hang paksa kita orang amik pic hang. Tak faham aku. Haha kalo macam tu jenuh le korang nak amik pic aku kat semua sekolah yang kita lalu. Salam.

Sunday, June 26, 2011

Jalan-jalan cari makan Part 1- Madam Kwan's

Haloo. Malas nak update sebab malas nak pindahkan pic ke dalam laptop. Tambahan pulak ada masalah laptop tak selesai membuatkan malas menjadi-jadi.

Cuti sekolah semester pertama selama dua minggu begitu cepat  berlalu. Dalam masa dua minggu tu semestinya pulang ke tanahair tercinta tidak dilepaskan. Namun jemputan menghadiri perkahwinan sahabat baik di Kl telah menerbangkan aku ke sana berjumpa dengan kawan2 seperjuangan masa belajar di Univ dulu. Kisah wedding yang dihadiri akan dikisahkan kemudian. Tapi kali ni mari kita sama2 tengok apa hasilnya aku dan makanan. Ehh betul ke tajuk ni. Hehe betul le sebab aku memang suka makan.

Oleh kerana kehidupan di Be-luran ini, hiburan bagi aku cuma lah tv dan internet maka tak hairanlah aku ni banyak dapat info dari internet. So nak jadi cerita  masa aku dan Iyla tengah bershopingan di midvalley dan tengah bersms dengan CT nak decide lucnh kat mana, aku ternampak Madam Kwan 's Restoren kat Midvalley. Terus jer aku sms CT kita makan kat Madam Kwan's. Sebabnya aku memang banyak banyak orang tulis dalam internet tentang kesedapan Madam Kwan's ni. Setelah bersoaljawab dengan CT maka CT dengan keyakinan rakan muda pun arahkan pertemuan di KL Central senang kami nak ke KLCC yang menurut dia lagi banyak pilihan.

Menapaklah tiga makhluk Tuhan dengan lapar dan yakin. Dan sekali CT salah keyakinan sebab yang dia nak bawa kita orang adalah Miss Kwan. Aku dah terduduk kelaparan kat kerusi kat situ. Dalam hati sedikit frust dan kemudian terus surf internet cari mana lokasi Madam Kwan di KLCC. CT dan Iyla pulak sibuklah bergambar sana sini.

Masalah le pulak sebab internet tak berapa nak laju dalam KLCC tu. So dengan kekecewaan yang sarat aku pun tengok je gelagat dua orang kawan aku tu. Betul  jugak kata Encik Mussafir, geng kita orang ni pantang ada tiang semua tempat nak bergambar. Aku dah plan dalam kepala, ajak minah dua orang ni minum alas perut dulu kat mana dan kemudian akan patah balik ke Midvalley. Entah macamana aku terpandang ke atas tempat dua orang minah ni bergambar. Astaga...

Terus aku berjalan  laju menghampiri dua orang minah bergambar ni. Oiii aku tunjuk kat atas kepala dia orang. Terus kita orang gelak tak ingat dunia. Rupanya tempat yang dia orang bergambar tu adalah pintu masuk Madam Kwan.

Masuk terus dan kemudian sedikit blur sebab internet aku tak dapat nak surf untuk cari apa makanan terbaik di Madam Kwan tu. Kemudian tawakal jer masing2 order. Aku dengan Nasi Bojari. Iyla dengan nasi lemak dan Ct dengan spegeti nya. Err rasanya camna? Serius aku tak faham apa yang orang cakap sedap kat nasi lemaknya. Oh maaf ler kiranya lidah aku ni dah selalu makan nasi lemak yang sedap2 so nasi lemak dia jatuh ke bawah untuk citarasa aku. Nasi Bojari aku pulak pun rasanya memang sedap tapi still aku rasa sedap kategori biasa jer dan malangnya aku pernah makan ayam dengan rempah yang lebih sedap maka nasi bojari bukanlah sangat sedap untuk lidah aku. Spegeti nya pun rasa biasa dan kuah pun sikit.

Yer bila melangkah keluar dari restoren tu memang rasa menyesal sebab memang tak berbaloi dengan harga RM94 untuk tiga orang makan tu.

Nota kaki : Ini cuma pandangan peribadi aku dan kawan2. Maybe next time kami kena try pulak menu lain. Mungkin ada yang sedap.