Klik untuk keajaiban

Sunday, January 2, 2011

Tetamu tidak diundang

Salam semua.

Aku dan kawan2 telah selamat sampai ke Be-luran tercinta pada jam 4 petang  setelah melalui perjalanan dari KK menaiki kereta seawal kam 1030 pagi. Cadangnya nak bertolak jam 8 tapi proses singgah menyinggah berlaku dengan banyak dan hasilnya jam 1030 barulah keluar menghala ke Telipod dari KK untuk mengambil kunci rumah dari Zira. Tambah pulak kesesakan di Ranau akibat dari pasar tamu yang diadakan di situ. Cadangnya nak mengkisahkan perjalanan aku bermula Kuching ke KK dan terus ke Be-luran tapi ada satu cerita hangat nak share bersama korang iaitu kisah tetamu tidak diundang di rumah kami menyebabkan kami terpaksa ke tempat ini semalam.


Sampai sahaja kami di rumah,buka jer pintu rumah rasa macam pelik sikit. Masa kami balik, pintu bilik kami dah tutup rapat dan kalo cuma bergantung ngan kuasa angin tak mungkin pintu boleh terbuka. Aku jenguk dalam bilik Izzatul, aku tengok tempat sidai baju dia dah ke tengah tapi tak berapa nak perasan ler sebab aku rasa maybe dia letak ke tengah hari tu.

Masuk je Izzatul ke dalam rumah, dia terkejut tengok pintu bilik dia terbuka. Masuk2 je bilik lagi terkejut tengok dalam bilik dia sedikit berselerak dengan tempat sidai kain dia beralih dan laci almari almari dia macam dibuka.

Aku masuk bilik, terngok2 plastik beg dah kena buka dan beg dah kena buka. Kesian eh dalam beg tu memang takde apa2. Aku cari tabung aku yang penuh dengan duit sen dan ringgit dalam tempat simpan pakaian. Masih ada. So aku fikir bukan pencuri. Tapi tabung tu kalo orang biasa memang takkan jumpa sebab aku letak dalam timbunan pakaian.

Aku buka pintu bilik Zira. Tengok ada sedikit selerak dan yang lawaknya gambar pasport Zira dilekatkan di kepala tidur dia. Terdetik dalam hati aku, eh minah ni kenapa fanatik sangat ngan diri sendiri sampaikan gambar sendiri pun nak dipuja2. Haha.

Pergi je dapur aku heran naper lock tambahan kat bawah pintu tu tak dikunci. Seingat aku kami bertiga memeriksa berkali2 dan memang pintu tu dah kena lock dengan ketatnya. Aku try buka tingkap. Eh naper keras sangat ni. Pelik sebab ada bekas lilin dan pisau pengupas buah kat tingkap. 

Tapi yang ini lagi pelik


Eh sapa yang minum air kotak tak dibuang ni. Memang air kotak tu ada dalam peti so agak hairan sebab sebelum kami bertolak ke San-dakan nak checkin hotel hari terakhir tu sebesar zarah sampah pun takde. 


Kemudian, Izzatul pun buka bilik Zira macam aku buka dan dia terus tanya aku, naper Zira letak gambar dia kat atas kepala dia tidur. Hehe aku pun pelik. Nampaknya kena tunggu Zira balik dan sampai.

Kami berdua pun dalam keadaan pelik meneruskan aktiviti mengemas rumah dengan sampah dan debu. Kemudian mengambil keputusan untuk bertanya ngan tuan rumah sama ada beliau ada datang ke rumah atau pun tidak. Tuan rumah nasihatkan kami untuk report polis sekiranya ada barang hilang. So masa tu kami berdua rasa takde barang hilang. Kami just nak tunggu Zira jer sampai.

Sampai je Zira kami bagitau dia pasal menda pelik misteri nusantara tu. Zira terus ketakutan dan nak bakar gambar dia sebab kaedahnya dia takde letak gambar dia kat situ. So kami minta dia cari kalau2 ada barang dia yang hilang.

Malang tak berbau memang ada duit yang ditinggalkan hilang. Duit tu pulak duit kelas pendidikan khas.

Kami mengambil keputusan untuk membuat laporan di tempat di atas sebab risaukan keselamatan kami di rumah tu. Yelah masa ni dia boleh masuk senang2 kan tu masa kami takde kat rumah, kalo kami ada di rumah??? Nauzubillah dah ler rumah kami ni corner dan cikgu sebelah rumah dah berpindah balik ke Perak hujung tahun lepas.

Dalam balai polis kami pun segan jugak sebenarnya nak buat report . Yelah sure punya kena kutuk ngan pegawai polis dan kena gelak kes kami ni. Tapi aku ngan kawan2 merasakan perlu buat report polis untuk keselamatan kami di kemudian hari.

Kemudian kami disuruh balik dengan dijanjikan sekumpulan polis CSI akan datang ke rumah untuk siasatan. Gambar di atas membuktikan polis datang dengan sebuah kereta waja dengan penuh anggota polis dalam tu. Setelah melakukan siasatan dan menyemak tempat kejadian plus mengambil gambar mangsa dengan almarinya (hehe itu adalah Zira) maka mereka pun balik dengan pesanan sila suruh tuan rumah buat grill.
Perghhh tahun 2011 dengan hari pertama telah memenatkan dan mengejutkan kami. Semoga selepas ni takde kejadian yang serupa dan kami bertiga selamat di rumah ni. 

Owh ya, kami syak pencuri tu bukan sahaja mencuri tapi turut lepak baring2 di rumah kami berdasarkan bukti yang dijumpai. Pencuri pun beredar ikut zaman lah. Dulu pencuri lepas mencuri terus balik rumah. Ni pencuri boleh lepak2 dan menikmati keindahan gambar Zira dalam bilik tidor Zira. Jangan marah Zira. Hehe

5 comments:

  1. pembuka tirai 2011 dgn tragedi penuh kenangan! heheheh len kali tinggal nota ngan pencuri ya, ngkah bon voyage kat pintu dapo...pasya ngkah slmt kembali lagi hahahhaha

    ReplyDelete
  2. maok lilin ya pakei nya ngisap dadah kali nak..brg dapur seperti pisau n sudu rendam ngan air panas .

    ReplyDelete
  3. anonymous-Haha kami nak letak dekat pintu dapur kad manila

    kami tau kamu dah masuk rumah kami. Sila cari rumah lain

    Eija-lilin itu lilin kek birthday okeh

    ReplyDelete
  4. sgt bahaya tapi nasib xde yg buruk blaku...

    ReplyDelete
  5. Memang bahaya dan mendatangkan fobia saudara nas. Thanks untuk link ke blog I.

    ReplyDelete