Klik untuk keajaiban

Saturday, January 29, 2011

Terperangkap di Be-luran

Salam.

Apa yang best nak buat bila terperangkap di sini ? Haha perkataan terperangkap tak boleh belah!! 

Kalo ikut plan, cuti seminggu nak menghabiskan cuti di KK tapi ada aral lak plus dengan keadaan cuaca yang tak berapa nak elok maka plan tersebut kami tunda ke hari rabu dengan ada tambahan tempat iaitu ke Kudat. 

Hari ni baru tak sampai sehari kami dah mati kutu tak tau nak buat apa. Percayalah hari sabtu semua cerita dalam tv adalah tahap bosan nak mampus. So sekarang aktiviti adalah menonton tv plus main tenet sampai muntah.

Bayangkan korang adalah pelancong dan aku nak bawa korang g berjalan2 di Be-luran. Sumpah yang pasti aku tak tau nak bawa korang g mana jalan2 kat sini. Aku sendiri pun dah mati kutu nak menghabiskan masa dengan emasnya. Eh patut ke aku tukar tajuk ni dengan tajuk mari mengenali pekan Be-luran.

Pertama kali sampai di sini, aku pun pergi ke pekan (orang sarawak kata pasar). Owhh sila lihat pekan ni dengan perlahan2. Jangan rakus untuk menghabiskan dengan satu pandangan sahaja. Ehh bangunan ni jer ke. Taraaa dah itu jer. Sila puas hati dan bersyukur dari takde. 


Sila jangan banding dengan tempat sendiri tempat ni. Bersyukur lah. Masa tu terdetik di hati, ehh everise matang jaya pun besar lagi dari pekan ni. Ehh sila cari perbandingan yang lebih kecik. Skala pencarian dikecikkan. Serian?? Owh no, serian still ada bank. Pub pun ada. Ehh pasal ada masuk cerita pub pulak. Dulu aku ngan si Shu nyaris nak menyewa apartment atas pub di serian masa praktikum sebab tu tau ada banyak pub di sana. So sila kecikkan lagi. Eh eh tak boleh nak imagine n kecikkan skala dah. Sebab tempat ni betul2 dara dan suci kaedahnya.

Walaupun demikian di sebalik ketenangan yang dimiliki tempat ini yang tidak sama seperti Sarawak tanahairku, tempat ni best sekiranya anda berhajat nak menyimpan duit dan tidak berbelanja. Tapi awas!! Kalo tangan macam aku yang suka nak klik sana klik sini maka duit dalam bank pun pasti akan terhakis sebab beli barang online.  Tapi walaupun demikian dengan duduk di tempat ni lah merasa nak simpan duit juta2 dan bila gaji terbit rasa dalam hati ehh dah gaji ke.. Syukur alhamdulillah duit ku masih ada lagi. Dulu masa kerja kat Kuching, tak pernah ada perasaan macam ni. Mesti duit tak cukup atau cukup2.

Tapi kan duit yang kita kumpul juta2 tu masa kat sini boleh dihabiskan dalam masa seminggu balik ke Kuching atau tiga minggu masa balik apatah lagi sebulan. Memang habis belas2juta sikit nak menghampiri billions. So kalo nak kaya cepat, sila duduk sini dan jangan belanja dan jangan balik terlalu kerap masa cuti. Ehhh aku nak balik gak.

Tapi jangan ler sangka aku ni banyak duit sebab habis jugak aku belanja. Kihkih. Tapi kawan aku dalam masa beberapa bulan je dapat simpan 10k untuk pendahuluan Vios okehh. Ko ada?? Kita orang ada okehh. Haha sila tuan tuan, aku dah bosan tahap kritikal ni. Tu yang merapu secara maksima.

Plus kat sini udang galah yang sepit biru tu murah dalam belas2 jer harga sekilo. Ketam kurang RM5 sekilo. Owhh sila datang ke sini untuk destinasi pelancongan korang akan datang.

Esok aku nak pergi San-dakan dengan Izzatul. Plan nak check in hotel yang bila kita orang masuk dalam bilik hotel tu, akan dilaungkan dengan kata2 home sweet home. Mengadakan. Haha sebabnya kami dah biasa duduk di hotel tu dengan mendapat bilik tetap lagi. Owh di Sandakan tempat shopping kami adalah Gentingmas @ Giant @ Survey sahaja. Tiga2 tempat ni supermarket sahaja. Besarnya? Hmm macam everise sahaja. Hiksss sila nikmati hidup ini dengan lebih rasa bahagia. Yess kami memang bahagia duduk sini dan ditambah pulak dengan keadaan cuaca sekarang. Hujan sepanjang hari dan banyak tempat di Be-luran dah dinaiki air.

Chowwww.

P/s- Aku target nak beli Ipad. Sila doakan aku berjaya dapat sambar satu. Bila??? Esok lusa atau satu hari nanti. Misi menghabiskan duit namanya tu.

3 comments:

  1. bukan sandakan dah stat banjir juak ka makcik?

    ReplyDelete
  2. mengada......bukan ko suke gile ke ngan 'berlin' ni....hahahaha......=)

    ReplyDelete
  3. Shifah- Yup banjir juak di sandakan

    Kak Siah- Haha suka bangat ngan Berlin ini sampai tak kuar g mana2 cuti seminggu ni. Hanya ke sandakan.

    ReplyDelete