Klik untuk keajaiban

Saturday, January 8, 2011

Perjalanan dari Kuching ke Be-luran

Salam semua.

Kesibukan di sekolah memang tidak dapat dinafikan bagi minggu pertama ini dan keadaan ini akan berterusan sehingga akhir tahun. Keadaaan cuaca di Be-luran adalah hujan sepanjang hari dan biasanya hujan cuma akan berhenti sekejap untuk aku mengeringkan baju yang dibasuh di luar. Haha takde kaitan langsung kan. Tapi itu memang benar. Malam pulak adalah sepanjang malam adalah hujan. Cuaca kat sini sangat sejuk sekarang dan membuatkan tidur dengan kipas no 1 sahaja.

Sesuai dengan tajuk aku nak ceritakan kat korang semua macamana perjalanan aku hari tu dari Kuching ke sini. Kebiasaannya aku akan menaiki flight dari Kuching ke KK dan menyambung ke San-dakan terus tapi memandangkan kali ni kereta Izzatul ada di KK maka kami berdua akan membawa kereta itu terbang bersama kami ke Be-luran.

Perjalanan aku pada hari Jumaat jam 1135 pagi bermula dari airport Kuching. Oleh kerana pilihan kali ini adalah MAS Wing maka terima lah hakikat perjalanan dari Kuching ke KK akan menjadi lebih panjang. Owh yer, aku rasa sepanjang aku berulang alik ke Kuching Sandakan tahun lepas cuma sekali aku menggunakan Air Asia. Itupun masa raya dan aku kena bayar tambahan lebihan bagasi sebanyak dua kali iaitu di Kuching dan KK dengan bayaran lebih RM200 jadi kalau rasa barang sentiasa banyak macam aku, sila naik MAS sebab boleh bawa 20 kg dan lebihan bagasi cuma dikenakan RM5 sekilo.

MAS sekarang dah canggih sebab di airport Kuching check-in menggunakan mesin sahaja diterima.(peringatan kepada diri sendiri untuk sentiasa print tiket). Lepas dah print tiket, maka hantar bagasi ke kaunter. Masa ni barang aku adalah sebanyak 36kg, so lebihan 16 kg tu dikenakan bayaran RM80. Kalau Airasia sila darab sendiri 16 dan RM15 . 

Oleh kerana perjalanan ni menggunakan Mas Wing, maka pintu keberangkatan adalah di bahagian  dalam negeri bukannya antarabangsa macam selalu. So merasa salah masuk pintu dan dihalau keluar. Haha tapi tiket aku adalah ke KK ok. Cuma  flight tu akan berhenti di Bintulu maka kena lah sama masuk di pintu dalam negeri.

Sempat berjumpa dengan rakan baik Judes dengan tunangnya semasa aku menuju ke pintu berlepas. Tapi ralat ler tak sempat ambil gambar sebab lupa. Hehe. Untuk info, Judes jugak cikgu macam aku dan mengajar di Limbang dan semestinya kawasan pedalaman jugak.



Flight ini yang berjasa kepada aku untuk perjalanan ke KK. Tiket ni aku beli masa bulan 7 kalo tak silap. Harga masa tu adalah murah RM108 termasuk cukai. But kena tambah RM80 untuk lebihan bagasi di airport. Still aku rasa berbaloi.

Tapi kemudiannya berhenti di airport Bintulu kira2 setengah jam untuk urusan imigresen dan ke tandas.
 Dari bintulu ke KK mengambil masa sejam jugak dan akhirnya di sini kita berada.


Aku sampai KK tepat jam 2 petang. Kehadiran aku di KK disambut oleh Izzatul, abang dan kakak ipar dia. Setelah menghantar barang ke rumah abang beliau di Putatan maka kami berdua meneruskan langkah mengukur  jarak KK pada petang nan indah bersambung ke malam dengan kesesakan lalulintas yang teruk petang sambutan tahun baru 2011.

Keesokannya perjalanan kami berdua keluar dari rumah abang Izzatul seawal jam 8 tapi kami hanya benar2 bertolak ke Be-luran pada jam 1030. Sebabnya kami berdua banyak proses singgah menyinggah. Dari sarapan pagi bersama keluarga abang beliau, kami meneruskan misi ke MCD dengan tekad akan puasa MCD untuk tempoh yang lama. Untuk info, San-dakan takde MCD.

Malangnya MCD 24hours tu masih dalam pembinaan dan kami berdua meneruskan tawaf di OneBorneo dengan cop pelanggan pertama pada hari itu yang parking di kawasan letak kereta. Yang ajaibnya kami sempat bergambar dalam One Borneo berhampiran pokok krismas bagi sesi tawaf di one borneo seketika cuma. Setelah urusan  tapau MCD selesai, maka di sinilah bermulanya perjalanan kami menuju ke Be-luran.

So secara rasminya kami bertolak menuju ke Be-luran pada jam 1030 namun di Telipot kami berdua berhenti hampir 20 minit juga menunggu Zira datang untuk memberi kunci rumah. Itulah bahananya kunci rumah cuma ada satu jer. Hehe.

So layan pic sepanjang perjalanan ni. Untuk info, kabus tebal meliputi gunung kinabalu pada pagi tu dan ada tempat di kawasan tanah tinggi memang jalan pun berkabus. So tak perlu ke negeri omputih, pergi je atas jalan gunung KK ni pasti anda dapat merasai suasana di oversea.









Kami singgah di Ranau kira2 jam 1240 tengahari untuk sesi mengisi semula minyak kereta yang telah surut serta mengisi perut kami dengan MCD.  Kesesakan di pekan Ranau bermula dari Petronas sehingga melepasi kawasan pasar tamu sejauh kira2 2 km. Kesesakan yang amat dan kereta pun tidak bergerak.

Melepasi Ranau sekarang menuju ke Telupid dan akhirnya Be-luran.






Secara rasmi kami tiba di rumah jam 415. Alhamdulillah perjalanan selama lebih kurang 6 jam tidak menghadapi apa2 masalah walaupun di sepanjang perjalanan kami melalui lebih 5 kawasan bertanda atau kesan tanah runtuh.

p/s Sepatutnya entry ini adalah sebelum entry pencuri di rumah kami.

2 comments:

  1. Replies
    1. Maaf lambat reply. Lama tak jenguk sini. Dari Kuch ke kk dalam sejam setengah jam je naik flight.

      Delete