Klik untuk keajaiban

Monday, January 16, 2012

Percutian Ke Kota Kinabalu

Assalamualaikum WBT.
 
Ni kisah dah agak basi percutian kami ke KK november tahun lepas. Ahli rombongan adalah mak, dan dua adik aku.

Tiket ni aku dah beli awal setahun (gigih kan!) dan tarikh adalah main beli jer. Masa beli ni pergi balik seorang Kuching ke KK ke Kuching adalah RM15 seorang. Murah kan. So keseluruhan tiket untuk 3 orang adalah RM45 dan kemudian bila dah nak pergi barulah tambah beg RM50 untuk 30kg pergi dan balik adalah 40kg dengan bayaran RM60. So jumlah keseluruhan tiket adalah RM 155 pergi balik untuk tiga orang. Tiket aku pulak RM 15 pergi balik tambah beg RM50. Jumlah keseluruhan tiket adalah RM205 untuk 4 orang dari dua destinasi berbeza ke tempat sama pergi balik adalah berbaloi. 
 
Kemudian bila dah nak dekat nak pergi dan semakin yakin tarikh tu kosong takde apa barulah aku survey hotel dan kereta. Untuk hotel mula2 aku plan nak amik hotel biasa dengan family room tu. Tapi bila aku survey harga untuk family room dengan dua katil besar RM150++ belum termasuk extra bed untuk adik lelaki aku. Maka aku pun booking melalui internet Marina Resort Condominium under Promenade hotel untuk satu unit kondo dengan price RM200 semalam. Sungguh berbaloi sebab ada tiga bilik, dua bilik air, ruang tamu dan dapur. Oleh kerana aku n family ada 4 orang je maka cuma guna dua bilik jer. Aku mak n adik pepuan satu bilik masterbedroom dengan katil queen size dan adik lelaki aku satu bilik dengan katil king size . Satu lagi bilik ada dua katil single kosong. Bila malam kita orang mengangkut tilam dari bilik ni untuk diletakkan dalam bilik masterbedroom untuk adik aku. So jumlah untuk hotel yang dibelanjakan dalam RM696.00 termasuk cukai untuk penginapan 4 hari tiga malam.
Master bedroom yang sekali dengan bilik air. Tapi kita orang tak guna pun sebab lebih selesa mandi kat bilik air kat tengah sebab ada shower. Yang kat dalam bilik ni jenis bath tub.
Ni bilik tengah yang adik lelaki aku duduk.

Ni bilik dua katil single yang kosong tak diguna. Malam je kita orang angkut tilam ke masterbedroom. Ruang tamu.

Dan dapur tempat kita orang masak. Ada gambar ruang makan aku lupa lah nak snap.

Untuk kereta pulak, aku carik dalam internet jugak. Untuk kereta myvi auto aku dapat RM110 sehari dan jumlah untuk tiga hari adalah RM330. Untuk minyak pulak aku Cuma isi RM70 untuk sepanjang tiga hari kami di KK.

Hari pertama 
Aku bertolak dari San-dakan jam 220 manakala family aku dari Kuching jam 140 dan masa ketibaan kami di lapangan terbang kota kinabalu terminal dua adalah sama lebih kurang jam 3. Kemudian menunggu kereta sekejap terus kami menuju ke hotel untuk check in. Perasaan bila dapat bilik tu sungguh puas hati dan berbaloi2 dengan harga.

Hari pertama ni takdelah aktiviti yang dirancang just jalan ke pasar philipine. Aku bawa dia orang pergi makan seafood bakar kat situ. Sedap memang le sedap tapi aku rasa harga telah meningkat dengan banyak. Dulu aku rasa semua harga kurang RM10. Ni ikan bakar mencecah harga RM30++ membuatkan kami makan apa yang ada jer.Keseluruhan makan kat sini RM70.

Aku n mak masa di makan di pasar malam.

Dan ini tambahan dua orang ahli rombongan kami iaitu adik2 aku.

Kemudian plan nak ke 1borneo terpaksa ditukar sebab mak aku dah tak sabar nak ke pasar malam untuk beli mutiara brooch dan semua mak nenek perhiasan yang dia nak. Satu tips adalah baik beli mutiara di pasar malam di kampong air yang buka setiap malam dari pasar philipine sebab perbezaaan harga adalah amat ketara sekali. Sebelum ke pasar malam aku sempat membawa dia orang pergi ke Suria sebab aku nak beli tshirt kat Giordano dan sedikit toiletteries untuk kegunaan kami dan yang paling penting adalah sunblock untuk aktiviti pulau kami. Sebelum balik hotel singgah seven eleven beli air mineral, minuman dan makanan untuk bekalan ke pulau esoknya.

Hari kedua
Seawal jam 430 mak aku dah bangun. Dan bising kejut kita orang semua. Bangun ler semua anak2 dia dan sempat minum air the dan kopi yang dibancuh untuk alas perut sebelum kami pergi breakfast. Hari pertama breakfast agak tak selesa sebab ramainya orang yang breakfast tapi makanan yang disediakan tak mencukupi. Kebetulan hari tu ada majlis umno ke apakah maka delegasi dia orang menginap di hotel yang sama maka kebanjiran tetamu sampai makanan tak cukup. Tapi bolehlah buat alas perut. 


Kemudian meneruskan perjalanan ke Jeti Jesselton untuk pergi ke Pulau. Pilihan kami adalah dua pulau sahaja iaitu Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Kami ambil tiket di kaunter no 3. Untuk satu pulau charge adalah RM 23 seorang tambah RM10 lagi untuk tambahan pulau serta tax. Keseluruhan kena bayar untuk 4 orang adalah RM 132. Kemudian kena bayar tax jeti RM7.20 seorang kalo tak silap.Masa sampai kat pulau kena bayar tax lagi RM3 seorang. Maka keseluruhan bayaran bot dan cukai adalah Rm172.80.

Kalo korang pilih kaunter no lain bayaran sedikit murah dalam RM19 sebab bot kecik. Mujurlah aku pilih kaunter ni sebab kita orang ni kan penakut sikit bab2 air ni. So takdelah berasa gerun sangat menyelurusuri lautan tu dengan bot kecik. Untuk bot pulau ni kita sendiri hendaklah menetapkan berapa lama kita nak berada di satu2 pulau tu. Contohnya macam kami naik bot bertolak 830 pagi ke pulau manukan. Kemudian jam 12 kami minta dia orang amik nak ke pulau sapi pulak dan jam 2 barulah dia orang amik kami untuk balik ke KK. Rasanya kalo pergi satu family besar dan ada anak kecik better amik satu pulau jer sebab sama jer pulau2 dia dengan kejernihan dan kehijauan air laut. Pulau manukan wajiblah berada lama sikit sebab pulau tu besar. Masa kami sampai takde orang ramai sangat. Memang syurgalah untuk aktiviti mandi manda dan snorkeling sampaikan mak aku cakap kita tak payah ler pergi kl atau mana2 lagi, kita pergi sini je tiap tahun pun takpa. Wah mak tak agak2. Tu belum lagi mak nengok Pulau Hawai sana. 

Tips tambahan lain adalah better bawa bekalan makanan masa pergi pulau2 ni. Makanan dan minuman memang ada dijual tapi sedikit mahal le berbanding kat KK sana. Kami terpaksa membeli makanan sebab kami cuma bawa bekalan jagung rebus dan makanan ringan jer. Yelah dah buat aktiviti mandi manda maka lapar tu akan lebih tinggi.

Lima minit sebelum masa yang ditetapkan maka beradalah di jety menunggu bot yang akan mengambil. Kami agak beruntung le sebab bot kami balik tu menghantar pelancong ke Sutera Harbour Resort maka dapatlah kami menikmati pemandangan yang menarik.

Bayaran parking adalah RM 7 (ikut kadar DBKK) dan kami terus menuju ke 1borneo. Mungkin agak kepenatan di Pulau maka kami tak sempat nak berjalan habis 1 borneo. Sempat pergi satu dua kedai sebelum kami putuskan untuk makan di Singapore Chicken Rice. Dan sekali lagi kami ke pasar malam sebab mak aku belum habis lagi duitnya nak shopping mutiara2 sana. Hehe. Sekali lagi ke pasar philipinne dan pasar sayur ikan tu dan malam tu mak aku beli barang mentah dan kami makan malam tu dengan masakan mak aku yang simple tapi membuatkan kami berempat makan dengan berselera sekali. 
Hari Ketiga.
Seawal jam 7 dah turun breakfast dan pagi ni tak ramai orang dan agak tenang nak memilih makanan. Pada awalnya kami merancang nak menggunakan perkhidmatan driver untuk ke kundasang. Tapi last minute driver tak dapat sebab ada kematian keluarganya dan setelah berbincang dan berfikir masak2 maka kami memutuskan untuk pergi jugak. Yes inilah kali pertama aku drive naik ke Kundasang ni. Selalunya tumpang orang jer. Perjalanan dengan cuaca yang elok dan kereta memang tak banyak memang menyenangkan. Cuma aku rasa myvi memang tak berapa sesuai untuk aktiviti pemanduan ke tempat tinggi. Agak slow dan enjin nya pun bunyi kuat. Ye saya telah memandu ke kaki puncak gunung kinabalu itu.Sebelum tu kami singgah di Pekan Nabalu untuk sesi cenderamata dan amik gambar. Tapi itu tak le mencabar sangat. Yang paling mencabar adalah nak ke Ladang lembu di Mersilau. Masya Allah dengan jalan batu bata yang besar dan gunung ganang yang tinggi sungguh mencabar sebab menggunakan myvi. Alhamdulillah Berjaya juga sampai dengan selamat di Ladang Lembu tu. Lepas tu barulah ke pasar sayur kundasang untuk aktiviti memborong sayur kobis sampai tiga kotak oleh mak aku.

Perjalanan balik kami singgah di Kota KInabalu Park kaki gunung KK dan tempat permulaan pendaki gunung KK untuk aktiviti makan2 dan amik gambar. Malam sebelum tu kami dah beli bekalan kami iaitu KFC dan MCd. Simple jer sebab nak cari tempat makan satu hal pulak kat sana kan. Senang dan mudah.

Perjalanan balik ke KK semua dah senyap dan berdoa dengan keadaaan turun naik gunung dan gaongnya. Bila sampai di Tamparuli barulah masing2 boleh bersuara dan bergelak2. Haha gerun seram ok dengan keadaan jalannya. Masa itu saya adalah seorang pemandu yang sangat berhemah ok. 

Kemudian kami singgah ke Putatan untuk minum petang ke restoren seri keningau. Kemudian barulah kami ke tanjung aru untuk sesi bergambar. Mujur kami balik awal dari sana sebab sejurus selepas kami sampai di kawasan town, keretapi berlanggar dengan trak di kk tu berlaku kat situ dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang panjang dan lama.

Singgah sekali lagi di pasar sayur dan pasar philipinne untuk final shopping mak aku. Misi mencari sayur dan kuih cincin diteruskan. Malam tu kami sekali lagi masak dan makan dengan menyelerakan. Sebelum balik ke hotel sempat singgah ke centre point untuk shopping novel.

Hari Keempat
Seawal jam 6 pagi dah bergerak keluar untuk checkout dan pergi ke airport. Flight dia orang jam 8. Barang dia orang semua sekali adalah 42++ kilo tapi lebih 2 kilo dia tak charge. Syukur. Kalo tak merasa ler kena bayar. Settle urusan check in (sekali check in untuk aku sekali), bawa dia orang breakfast kat KFC .Pukul 7 dia orang dah masuk ke dalam dan masa untuk mengucapkan selamat tinggal sebab flight aku jam 1 tengahari.

Untuk mengisi masa lapang aku drive ke terminal 1 dan lepak di mcd sambil baca novel dan online. Jam 10 bergerak ke kedai perfume dan sempat shopping perfume dan kemudian tepat jam 11 pagi dah terpacak di kaunter mcd sekali lagi untuk order burger untuk kawan aku yang mengidam burger mcd. 1130 dah sampai terminal dua. Kembalikan kereta dan kemudian siap sedia drop beg dan masuk ke balai menunggu. 

Begitulah berakhir perjalanan percutian kami ke KK untuk 4 hari tiga malam yang sungguh memuaskan hati. Insya Allah ada kesempatan tahun depan akan pergi lagi.

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Walaupun orang lain dah berkurun wish selamat tahun baru 2012 aku tetap juga nak ucapkan dalam blog ni. Semoga tahun ni akan membawa sejuta kebahagiaan kepada kita semua.

Aku dah selamat kembali ke tempat bertugas seawal 31 Disember 2011. Dan sekarang memulakan semula amanah yang telah dipertanggungjawabkan. 

Hari ni juga merupakan birthday yang ke 57 mak aku.Hepi birthday mummy!! Lots of love from me n aku sentiasa mendoakan mak aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan semua urusan kami berdua untuk pergi mengerjakan haji dan umrah dalam masa terdekat ini. Insya Allah.

Nanti aku sambung lagi. Banyak entry dalam draf yang rasanya dah basi untuk dipublishkan tapi aku akan berusaha untuk memenuhkan entry untuk tahun 2012.



Monday, October 17, 2011

Kena bayar untuk berkawan

Hari ni murid2 sekolah aku mula exam penggal kedua. Macam biasa le bila exam cikgu2 kena mengawas budak2. Tadi aku masuk kelas tahun dua. 

Macam biasa bagi kertas ujian, bagi arahan dan amaran supaya tidak bercakap dan meniru maka peperiksaan pun berjalan. Tengah-tengah ralit memerhati mata aku tertangkap dua orang budak tengah pass kertas sesama dia orang. Zapp sepantas kilat suara aku macam bunyi petir maka dapat le kertas yang dipass tu. Pada anggapan dan pengalaman aku budak2 ni mesti meniru. Aku tak suka orang meniru dalam exam sebab aku tak pernah pun meniru sepanjang aku bersekolah dan zaman u mahupun maktab. Bagi aku perbuatan meniru ni adalah satu perbuatan tak adil untuk orang yang belajar dan halooo ko senang2 nak dapat markah tinggi tanpa belajar memang tidak sama sekali. Kalo gagal pun biar gagal bermaruah bukan dengan cara meniru.

Eh apasal tiba2 melalut pulak. Ok kembali kepada cerita asal.  Maka ini hasil rampasan aku.

Intipati surat : 

Iskandar aku mau kawan kau. Aku tidak kawan si Dovin sama si Ronney selama lamanya Iskandar.

Ini pulak balasan iskandar : Okey tapi bagi duit kalo tiada aku kawan juga kau.

Maka dapatlah ceramah percuma budak2 tu di tengah exam. Ish budak2 ni memang perangai budak2 kan. Kawan pun nak berbayar. Aku cakap ngan budak2 ni. Awak tak usah nak berkawan sama orang yang berbayar ni. Banyak lagi kawan yang percuma kat sekolah ni.

Jadi anda rasa kawan2 anda sekarang ni yang berbayar atau percuma? Renung2kan. Selamat beramal.

Nota kaki : Saya pernah ada kawan yang membunuh saya. Anda bagaimana?

Sunday, September 25, 2011

Syawal makin berlalu

Sedar tak sedar syawal dah makin meninggalkan kita semakin ke penghujung.  Sedar tak sedar jugak tak lama lagi adalah bulan 10 dan bulan 11 tanggal 19 adalah cuti panjang untuk sekolah. Dan sedar tak sedar sudah hampir dua tahun aku dah berada di sini. 

Syawal yang di sambut di tanahair tercinta sudah semestinya meninggalkan kenangan manis yang masih dikenang-kenang. Dan untuk rekod aku sendiri di masa akan datang, just enjoy beberapa pic ni untuk berada di bawah tajuk Syawal. 

Ni anak gtab masa kini. Kepakaran dua orang budak kecik ni dengan gtab adalah di luar kawalan sebab walaupun belum sekolah tapi ketereran dalam mengexplore gtab adalah sungguh tinggi. Leka bermain angry bird.

Me n my luvely mum.

Open house with my cousin n my family

 Ni masa kat rumah pakcik sekali dengan aunty n uncle dari Jerman.


Tak dilupakan celebration my birthday yang jatuh sehari sebelum raya. Kami sekeluarga menyambut di restoren steambot.


Ini gambar birthday girl dan semua anak2 buah yang ceria.

Ni pulak pic sekeluarga dengan kek angry bird yang dibeli oleh cousin aku khas untuk celebration masa tu. 

Nota kaki : Aku adalah makin malas nak menaip di laptop maka seharusnya akan tiada entry baru untuk kesekian lamanya.

Aku akhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir batin.

Saturday, August 20, 2011

Kelab Pemanah Berkuda Merpati Jepang


Ini ialah berita baik untuk  semua yang berada di Kuching atau kawasan sekitarnya.
Anda minat aktiviti memanah?
Anda suka kelihatan seperti ini?





Ya rebutlah peluang ini untuk turut sama menyertai acara sukan yang julung2 kali diadakan di Sarawak dan khasnya kawasan Kuching. 
Kelab Pemanah Berkuda Merpati Jepang (reg no 4008/2010) akan mengadakan seminar keduanya yang bertemakan  Menghayati Perang Terunggul Dlm Islam(Perang Badar). Seminar ini bukan seminar biasa tapi Seminar panah tradisional ini dilengkapi dengan pakej praktikal.
Siapa tahu selama ini anda adalah kaki bangku macam saya dan kemudian sebenarnya bakat anda sebenarnya tersembunyi dalam sukan memanah berkuda ni  jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar ini. Bukankah indah kalo kita sama-sama melakar sejarah menjadi antara perintis sukan memanah berkuda ini di negeri Sarawak.
Selain itu, anda bukan sahaja dapat menambah pengetahuan dan pengalaman tapi kelab ini turut mencari pelatih berbakat seperti anda untuk menjadi wakil untuk mewakili negeri / Negara ke kejohanan sukan memanah berkuda ini di luar Negara. Difahamkan pada bulan September ini, ada seorang rakan kita dari Sarawak akan ke korea untuk acara sukan ini. Bukankah indah rasanya hidup bila kita menghampiri sukan ini dan mewakili Negara sebagai pencapaian seumur hidup kita sebagai seorang manusia dan khalifah di muka bumi ini.
Maklumat lanjut berhubung seminar adalah seperti berikut :

2nd Traditional Archery Event In Kuching,
Venue: RSS HQ
Tema : "Mengimbas kembali sejarah peperangan terulung sejarah Islam- Perang Badar melalui Panah Tradisional"
Tarikh : 28.8.2011. 1 day seminar.
Tentative itinerary:
9am-11:30am (2 1/2hours), Solawat Badar & Sejarah Perang Badar (opening) & training, recess/dzuhr,
2.30pm-4.30pm (2hours), training & closing.
Bayaran untuk seminar adalah cuma RM50 seorang untuk ahli dan RM8O untuk bukan ahli. Sekiranya anda ada maklumat lanjut berhubung cara menjadi ahli atau apa2 berhubung seminar ini, sila jangan ragu-ragu untuk menghubungi Abg Audy (Vice President)di talian 0138860195. Dan ingatlah seminar ini Cuma terhad untuk 60 orang sahaja dan semua peralatan untuk memanah pada hari berkenaan akan disediakan dan penyertaan anda akan turut mendapat percuma 1 topi dengan logo Kelab pemanah Berkuda MJ. Bukankah sangat hebat kedengaran untuk peluang ini kita rebut bersama.
Maklumat tambahan adalah penganjur atau kelab ini juga dalam perancangan nak membawa kemasukan kelab ke sekolah-sekolah dan IPTA dan setakat ini kelab ini mempunyai 5 ekor kuda yang diberikan oleh Tengku Mahkota Johor. Namun demikian buat permulaan seminar ini akan dibuka untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.
Jadi sekali lagi marilah kita sama-sama merebut peluang untuk menyertai seminar ini dengan kata2 akhir dari saya bila lagi kita nak merasa sebagai seorang pemanah berkuda. Wowww sungguh awesome!!!

Maklumat lanjut laman web kelab ini adalah www.pemanah.net atau hubungi Encik Abg Audy (Vice President)di talian 0138860195.

Info tambahan : Penganjur juga dalam perancangan untuk mengadakan seminar yang sama pada bulan 10 ini Insya Allah di Miri kemudian akan disusuli di Kota Kinabalu.