Salam semua. Mood nak mengupdate blog adalah rajin sebab takde aktiviti lain. At least pengalaman ini aku tulis untuk rujukan aku masa depan.
Kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan. Ya kita bermula dengan kata2 pasrah dan menyerah kepada takdir.
Perancangan asal kami adalah nak bergerak ke KK pada pagi Ahad then ditunda pada hari rabu iaitu tengahari esok. Namun setelah melalui perjalanan yang sungguh panjang ke San-dakan pada pagi ahad dan hanya tiba di San-dakan pada waktu tengahari maka kami telah membatalkan niat untuk ke KK atas factor keselamatan dan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Sekiranya kami bercadang juga untuk meneruskan niat kami ke KK maka kami kena melalui perjalanan mendaki gunung kinabalu dan dari info yang kami dapat dari kawan2 kami, keadaan adalah tidak menyokong untuk kami ke KK. Tambah dengan factor cuaca dengan hujan yang tidak berhenti2 dan tambahan pulak dengan tanah runtuh sana sini yang dilaporkan dan pengalaman kami sendiri menyaksikan betapa teruknya san-dakan dengan tanah runtuh yang berlaku di lereng2 bukit dan kawasan tanah tinggi. Selain itu, kami menyaksikan sendiri rumah yang telah tertimbus dengan tanah runtuh dan mengakibatkan dua orang penghuni rumah berkenaan meninggal dunia.
Pagi ahad lepas kami bertolak ke San-dakan seawal jam 830 pagi. Sepanjang perjalanan adalah menakjubkan kerana tiada kenderaan di belakang mahupun dari depan kami. Namun demikian keadaan ini sebenarnya menggusarkan kami sebab sah2 kami tak tau apa yang berlaku di depan dan di belakang kami. Keadaan jalan amat teruk terutama di Bandar check-point dengan keadaan jalan yang masih dalam pembinaan menjadi semakin teruk dan berlubang sana sini. Lopak air yang dalam wujud di kiri dan kanan jalan menyebabkan trafik bergerak amat perlahan. Ehh bunyi macam baca berita pulak.
Setibanya kami di Gum-gum kami tersekat dalam kesesakan lalulintas yang amat teruk. Namun kurang dapat dipastikan apa berlaku di hadapan kami sebab deretan kenderaan yang panjang sukar untuk kami melihat apa yang berlaku di hadapan. Berhenti lebih kurang setengah jam di kawasan natural park dan kemudian memutuskan untuk beratur sama dengan kenderaan yang lain.
Saksikan apa yang kami temui.
Perkara ini membuatkan kami berpatah balik ke natural park sambil berdoa dalam hujan lebat itu agar hujan berhenti dan air banjir surut sebab kami dah nak sampai ke san-dakan dan untuk berpatah balik ke Be-luran adalah amat mengecewakan tambahan pulak mengenangkan air mungkin naik di kawasan ladang di mana semasa kami melalui masa pergi tu air dah mula naik dengan jayanya.
Lebih kurang 40 minit lepak di kawasan parking, kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan sebab hujan dah berhenti dan menurut seorang kawan kami yang meninjau kawasan berkenaan jalan dah boleh dilalui oleh kereta.
Sampai di giant lebih kurang jam 1230 tengahari dan kemudiannya terus checkin di hotel oneutama. Sempat kami merehatkan diri di hotel sebelum petang tu kami berhajat ke Genting Mas untuk shopping barang2 rumah dan barangan sendiri. Percubaan kali pertama adalah gagal disebabkan air dah naik di jalan2 dan tanah runtuh.
Kemudiannya aku ngan Zatul patah balik ke Pizza Hut Giant. Setelah makan pizza, kami kemudian berhajat untuk meneruskan rancangan ke Genting Mas jugak tapi melalui jalan laut. Alhamdulillah jalan tak banjir namun fenomena tanah runtuh adalah di sana sini dan kami sempat melalui rumah yang tertimbus di San-dakan yang menyebabkan dua beranak mati. Air laut pulak adalah mengerikan nak tengok sebab ada dua lapisan warna biru dan coklat tambah dengan hujan yang lebat.
Berjaya sampai dan bershopping di Genting Mas dan balik semula ke hotel. Pagi isnin syukur hujan tak lebat sangat dan perjalanan pulang ke Be-luran adalah selamat.
Sekarang berada di Be-luran dengan keadaan cuaca yang suram dan hujan lebat. Semoga kami semua selamat di sini.
Akhir kata pesanan masyarakat dari aku, sila awasi anak anda di waktu banjir ini kerana segala kemungkinan dan bak kata pepatah malang tidak berbau. Sila renungkan gambar di bawah ini untuk pastikan bukan anak anda yang berada di situ.










