Salam semua. Mari kita menyambung pengembaraan kami bersama2.
Rombongan kami adalah seramai 5 orang. Walaupun last minute plan tapi harga tiket flight ke
Miri menggunakan AA adalah RM100 seorang. Dari Beluran ke KK masing2 mencari
jalan sendiri ke sana. Aku, Zira dan Sabariah bermalam di KK sementara Fiza dan
Su pulak bertolak keesokan harinya. Takde masalah sebab flight ke Miri adalah
pada jam 9 malam. Kami bertemu janji di airport sahaja.
Setel check in tiket ( tanpa barang) kami semua tak sabar
untuk melangkah masuk ke dalam flight dan oleh kerana hari tu merupakan hari
pertama cuti tahun baru cina keadaan airport agak sesak namun tak le sesak
seperti masa nak balik raya.
Flight kami berangkat lebih kurang jam 915 malam.
Tak tepat pada masa namun tetap sampai tepat pada masanya. Hehe.
Oleh kerana kami berlima ni dari pelbagai negeri maka aku
dah siap pesan2 pada dia orang supaya tiket yang akan dicop oleh imigresen
simpan dengan elok sebabnya sebagai anak jati Sarawak dan pernah praktikal di
jabatan imigresen maka harus diakui imigresen Sarawak agak ketat dan tak
longgar seperti Sabah. Tiga orang kawan aku yang dari Semenanjung ada passport biru
maka pegawai imigresen di airport KK menasihati mereka agar menggunakan passport
tu masa masuk Sarawak nanti.
Setelah selamat mendarat kami berbaris di barisan imigresen yang
berlainan maka masing2 tak tau sebenarnya apa yang kawan kami Sabariah dapat
dari pegawai imigresen. Cuma yelah aku kan dah pesan awal2 tiket jangan buang,
kang tak dapat keluar dari Sarawak. Untuk pengetahuan Sabariah ni asalnya orang
Sabah.
Di luar airport, kawan kepada abang aku dah siap menunggu
dengan isterinya. Kami makan lewat malam di Restoran Muara yang terletak di
tengah2 bandaraya miri. Masing2 mencuba nasi ayam penyet dan nasi lelapan. Sedap
dan menepati citarasa kami semua. Usai makan lewat malam, kami dipandu arah
oleh kawan abang aku ke hotel dan terus checkin dan masing2 pengsan keletihan. Untuk
pengetahuan, kami telah menginap di Hotel Park Miri. Hotel tak lah semewah mana
tapi selesa lah untuk kami berlima melelapkan mata dan muat untuk kami semua
tidur. Yang lucu adalah iron hotel
diletakkan di tingkat 3. Kalo nak iron sila ke tingkat 3. Tapi kami otak
geliga, awal pagi kami dah menculik iron masuk bilik kami. Selesai hari
pertama.
Aku sibuk check out. Minah 4 orang ni sibuk posing. Hehe.
Hari kedua. Seawal jam 10 plus kami bersiap dan terus check
out dari hotel. Hantar barang masuk kereta dan kemudian kami menyeberang ke
seberang jalan ke pasar tamu kedayan. Just melihat2 dan berjalan sambil mencari
makanan. Malangnya tak de makanan yang boleh kami makan dan dalam kami usha2
restoran di tempat parking kami disapa oleh owner restoran yang mengajak kami
breakfast mee kolok di kedainya. Menag tak rugi sebab makanan kat situ sedap
dan menepati citarasa. Aku lupa nama restoran tapi restoran tu bersambung
bangunan dengan hotel dan kedudukannya cuma dapat dilihat dari tempat parking.
Kecik je tapi makanan sedap.
Kemudian kami meneruskan pusing2 bandaraya Miri dengan misi
mencari bank dan kedai kek lapis. Agak malang nasib kami sebab hari tu adalah
hari Ahad jatuh pulak masa Tahun baru cina maka banyak kedai adalah tutup.
Pusing2 dan nasib baik kami jumpa Kedai Kek Habibi di area Bintang sebelah
parkson. Kek lapis di sini sedikit mahal dari kek lapis di Kuching tapi rasanya
adalah sedap dan disyorkan. Memang sedap dan walaupun kedai cuma dijumpai
secara tak sengaja tapi nasib sangat menyebelahi kami. Layanan staff kat situ
pun adalah sangat best dan mesra. 5 bintang lah untuk kedai tu.
Perjalanan yang sebenar diteruskan berpandukan peta yang
dilukis oleh staff kedai kek. Sebenarnya kami nak singgah di Emart sebab nak
cari tempat tukar duit untuk dua orang ahli kami yang menukar duit tapi kami dah
tersalah jalan menggunakan jalan lama dan terus ke Checkpoint Sungai Tujuh.
Perjalanan dari bandaraya Miri ke checkpoint adalah dalam lingkungan 30 ke 45 minit kalo tak sesat macam kami. Hehe. Perasaan berdebar2 lah jugak sebab first time nak drive merentasi Negara. Masa nilah berlaku drama sebabak yang
membuatkan Sabariah hampir2 kami tinggalkan di Miri.
Masa sampai di kaunter imigresen. Kami dah bersiap sedia
dengan passport merah dan biru. Merah untuk international dan biru untuk kawan2
dari semenanjung disahkan masuk ke Sarawak malam tadi. Kemudian pegawai tu minta slip kemasukan Sabariah.
Oleh kerana kami tak beratur sama dengan dia malam tadi, kami pun minta dia
bagi boarding pass airasia yang dah dicop imigresen. Malangnya dia takde benda
tu. Dalam hati aku, ha sudah lah. Kan dah pesan awal. Muka pegawai tu dah agak
tegang. Yelah wanita urusan dengan wanita payah le sedikit kan. Bergaduh2 le
kami dalam kereta tu menerangkan kapada Sabariah mana slip dia. Sabariah ni pulak
menafikan dia ada benda tu. Kemudia pegawai tu bagi tunjuk contoh slip yang dia
nak. Yang aku ni ingat tu slip Sabariah bagi kat dia. Haa sudah wan ahmad pulak
mana Sabariah amik slip ni. Yang si Zira pulak tertengok tarikhnya 9 Mei
sedangkan masa tu 9 feb sepatutnya untuk tarikh semalam.
Adalah dalam lima
minit kecoh tiba2 Sabariah keluarkan slip imigresen dari purse dia. Masa
tu aku dah tak tahan nak gelak tapi mengenangkan pegawai imigresen tu dah muka
ketat maka kita cover2 sikit. Lepas je setel semua, terburai gelak kami
mengenangkan betapa kecohnya kami dan semua dah membayangkan Sabariah terpaksa
dihantar balik ke airport.
Di tengah2 sebelum masuk pagar Negara brunei, kami singgah
sebentar membeli ikan terubok kerana khuatir tak dapat mencari ikan tu di
Limbang. Kemudian perjalanan diteruskan ke Imigresen Brunei. Kat sini takda
masalah sebab cuma passport merah je perlu. Selain tu perlu diingat kereta dari
Malaysia kena isi declaration form kastam brunei. Perlu dingatkan supaya
membawa salinan green card sebagai dokumen sokongan. Setel semua tu maka
meluncur masuk ke Negara minyak kita. Kena lalu Asean Bridge dan bayar 3 dollar
brunei.
Jalanraya sangat best di Brunei. Tak rasa tekan minyak
sampai 140 160 tapi kemudian slow down mengenangkan tak nak disaman di Negara orang.
Perjalanan akan melalui Kuala Belait, Jerudong dan Tutong sebelum ke Bandar Seri
Bagawan dan cuma mengambil masa sejam lebih. Tempat hentian pertama kami adalah
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.
Subhanallah menyaksikan sendiri masjid yang terkenal dengan kubah
utama-nya yang diliputi dengan emas tulen 24 karat dengan bahagian kubah itu
diliputi 3.3 juta keping emas. Bahagian dalaman masjid itu juga dipenuhi unsur
seni bina Islam terutama kaligrafi, bunga, dan geometri memang mengujakan kami
semua.
Posing dahulu.
Masjid. Senibina yang sangat menarik.
Jambatan marmar ini adalah replika mahligai tongkang Sultan Bolkiah pada
abad ke-16 yang dibina bagi me-nyambut ulang tahun ke-1400 Nuzul
al-Quran selain turut digunakan dalam per-tandingan tilawah al-Quran.
Bersambung...
assalamualaikum.. saya ada sewa kereta jikalau ada sesiapa yang ingin datang bercuti ke Miri Sarawak.. Kereta proton saga blm auto dan juga viva manual.. boleh hubungi saya di talian 010 979 3138 (muhammad ken abdullah)
ReplyDelete