Masih lagi hari kedua.
Setelah menyambung posing mengambil gambar, kami memasuki
masjid untuk menunaikan solat zohor dan asar. Semasa memasuki masjid, kami
dibantu oleh seorang pakcik agaknya penjaga masjid yang ramah dan membantu menunjukkan
kawasan wuduk dan solat untuk perempuan.
Tandas wanita.
Dalam masjid tak boleh amik gambar maka sila menunaikan
fardu solat dengan khusyuk tapi memang lawa pemandangan dan senibina dalam
masjid.
Setelah menunaikan solat kami bersiap menunggu di luar
kawasan masjid. Menunggu makcik aku yang berjanji nak bawa kami menginap di
rumahnya. Agak lama kami di kawasan masjid menunggu dan sempat kami berkenalan
dengan Kak lLza yang berasal dari Perak (rasanya suami beliau bekerja dengan
kedutaan Malaysia) dan beliau telah menetap di Brunei lebih kurang 20 tahun.
Perkenalan yang singkat tapi mesra. Sempat kami merancang untuk menaiki bot di kampong
air bersama2 beliau dan familynya namun perancangan tak dapat dilaksanakan
sebab makcik aku tiba agak lewat tambahan pulak masa sampai kami terus dibawa
berjalan kaki menyeberang ke kampong air yang dihubungkan dengan jambatan untuk
ke rumah nenek saudara yang duduk di kampong tu. Malangnya semasa kami tiba di
rumah tu, kami dimaklumkan oleh jiran beliau balik ke Kuching. Takde rezeki
kami nak berjumpa tapi pengalaman dan perjalanan berjalan kaki menyusuri kampong
tu memberikan kami pengalaman yang sangat berharga.
Salah satu sekolah yang terdapat di situ.
Kami terus menyusuri jalan ke waterfront di mana terletak kampong
air yang terkenal tu. Hajat di hati nak naik bot menjelajah kampong tu tapi
masa kami tiba dah masuk senja tambahan pulak ngeri bila aku tengok bot tu
takde bumbung dan macam agak laju. Setelah berbincang kami memutuskan untuk tak
naik bot tu.
Kemudian kami masuk ke Yayasan Plaza untuk melihat2 apa yang
ada. Kain pasang yang cantik dan kualiti yang sangat tinggi yang mungkin di
Malaysia harga boleh mencecah ratusan tapi kat situ boleh dapat 15 dollar
sahaja. Hajat di hati nak membeli tapi kami tangguhkan dulu sebab kami belum makan
lagi. Kami memang dah plan tak nak shopping. Duit cuma untuk makan dan beli
cenderahati.
Sempat kami membeli cenderahati untuk diri sendiri sahaja.
Hehe.
Masjid Sultan Omar Ali waktu malam.
Perjalanan malam kami teruskan ke rumah nenek saudara aku
yang dah berkahwin dan menetap di Brunei. Kami disajikan dengan makanan malam
yang sungguh pantas dan sedap. Alhamdulillah perut yang berkeroncong sejak
petang telah terisi dan kami duduk melepak berbual sehingga hampir jam 10
malam. Kami beredar dan singgah sebentar ke masjid Jamek.
Kemudian singgah di BNE untuk mengambil gambar ini. Kami
difahamkan tempat ni akan bertukar wajah dan dihias dengan perayaan besar yang
disambut. Kebetulan masa tu Tahun baru cina maka kami seolah2 berada di china.
Hehe
Perjalanan hari kedua diakhiri dengan kami beredar balik ke
rumah makcik di Muara dan masing2 pengsan keletihan.
Hari Ketiga
Seawal jam 7 kami bangun bersiap. Setelah dijamu dengan
breakfast mee hailam dan karipap, kami meneruskan perjalanan. Sebelum apa2 kita
bergambar dulu di kawasan rumah.
Menurut pakcik, rumah ni berharga 75 k dollar dan perumahan
ini dibina oleh sultan untuk rakyatnya. Pengundian rumah juga adalah
berdasarkan pendapatan. Dan rumah yang dia orang duduk ni adalah untuk yang
berpendapatan 2ribu dollar sebulan ke
atas.
Pakcik dan makcik dan anak2 perempuannya berbaik hati untuk
menghantar kami sampai ke checkpoint sungai lurah. Maka sebelum dihantar kami
singgah di Istana Nurul Iman dulu. Tak lengkap rasanya kunjungan ke Brunei
tanpa singgah di Istana ni. Walaupun daripada luar pagar je pun, tetap
menampakkan keindahan dan kemewahan yang dimiliki.
Sampai saatnya mengucapkan selamat tinggal buat Negara brunei.
Perjalanan kami teruskan ke checkpoint sungai lurah untuk memasuki semula
Malaysia melalui Limbang.
Masuk ke Limbang dan akan disambung kemudian.