Salam.
Aku makin malas nak update blog sekarang. Semua blog dah terabai gamaknya. Mari aku update laju2 apa yang berlaku dalam dua minggu nih.
Hormon rajin merembes2 nak buat kerja. Siap aku tampal kad manila kat dinding n buat senarai wajib buat. Kalo waktu kerja dulu dipanggil Notis Arahan Kerja. So aku rasa skill itu masih ada lagi. Tapi di tahap ketinggian hormon rajin printer pulak buat hal. Keluar no 7 kat skrin printer. Puas tekan2 tak nak jugak print. So maksudnya itu aku kena berehat 7 hari. Sambung balik malas sebab without printer semua kerja takkan dapat buat.
Jumaat lepas balik sekolah demam. Makan ubat yang dibeli oleh kakak ipar aku dari Pharmacy masa aku demam kat rumah. Sighh mata aku bengkak alergik ubat. So maghrib bergegas ke hospital be-luran.Tengahari esoknya pergi ke klinik kat sandakan. Okeylah lepas makan ubat doktor tu demam pun kebah dan panas pun hilang. Lepas g klinik antar printer masuk ward. Admitted dan cadangnya ahad ni baru nak amik dan antar printer Zatul pulak yang dah keluar no 7 itu. Harap2 lepas ni printer ni akan okey dan takde masalah lagi.
Semalam audit dari majlis gu-ru be-sar datang buat pemantauan kat kelas aku. Hampir 3 jam jugak check semua terutama file.Biasalah audit datang, mesti ada teguran untuk dibetulkan dan owhh ini bukan ISO audit sampai keluar NCR. Sighhh memori aku still kuat lagi ingat kat ISO. Untuk pengetahuan aku ni dulu kerja jadi juruaudit ISO selama lebih 4 tahun dan merupakan juruiring tetap juruaudit dari SIRIM ke cawangan2. Skill wajib ada adalah sms sepantas mungkin ke HQ untuk mereka membetulkan apa yang tidak betul di cawangan. Pengalaman sebagai juruaudit ISO ni sebenarnya banyak memberi pengalaman kepada aku dan membuatkan aku travelling selalu. Ya aku cuma mahu mengingat kenangan manis sahaja. Kenangan pahit lain kali aku cerita. Opss..
Eh dah melalut lak. Sekarang ni aku rasa macam rilekss jer tak buat apa2. Yelah takkan nak buat terus teguran2 tu tanpa printer. So sila salahkan printer yang keluar no 7 itu.
Owh ya aku balik cuti bulan 3 ni. Tiket Mas ada offer KK Kuch RM98 pergi balik. Tapi Sandakan KK adalah bapak mahal guna MAS. SO maybe akan guna airasia dari Sandakan then naik teksi untuk tukar airport. Untuk pengetahuan airport MAS dan Airasia di KK adalah berlainan macam KLIA dan LCCT.
Okeylah. Good Luck untuk Zalikha yang test JPJ hari ni. Dan Hepi Belated Birthday yang ke 17 untuk Izzatul. Hehe 17 ke? Yess 17 sebab aku 16. Dengan ucapan semoga tercapai semua impian dan semoga dilindungi Allah selalu. Amin
No comments:
Post a Comment