Klik untuk keajaiban

Sunday, March 27, 2011

Kisah cuti lagi - Ladang Lembu

Salam hujung minggu untuk semua. Cuaca di Be-luran masih lagi hujan dan mendung sepanjang hari. Nampaknya matahari masih lagi malu2 untuk mengeluarkan dirinya. Tapi tahun lepas masa ni memang matahari dah memancar terik cuma mungkin perubahan cuaca dunia dengan keadaan mukabumi yang baru-baru ini pelbagai cerita suka dan duka maka diberikan keadaan yang sejuk dan nyaman di sini.

Hari ni aku nak menyambung catatan sedikit kisah percutian aku ngan Zatul dua minggu lepas. Ke manakah antara destinasi pilihan kami? Jawapannya adalah ke ladang lembu yang terletak di Kundasang. Sebenarnya ini bukan percutian pun cuma kami singgah ke sana dalam perjalanan balik ke Be-luran.

Ucapan Selamat Datang menyambut ketibaan kami ke sini.




Opps sebelum tu kena bayar dulu nak masuk ke sini. Seorang RM3. Bayar di pintu masuk. Sebenarnya masa kami sampai di sana tepat jam 1 adalah waktu rehat dan ladang cuma dibuka semula pada jam 2 petang. Tapi aku pergi merayu kat budak yang jaga pintu tu cakap kami tak boleh nak patah balik sebab kami dari jauh dan akhirnya kami dibenarkan masuk. Mulut kena manis yer .



Wah perasaan adalah sangat teruja melihat lembu2 warna macam kat New Zealand. Tak sangka pulak boleh tengok depan mata. 

Zoom lagi dekat.


Tanpa melengahkan masa, kami keluar dari kereta dan mula membeli susu segar yang dijual. Ada dua jenis perisa iaitu yang asli susu dan coklat. Oleh kerana memikirkan susu adalah tidak sedap, maka aku beli perisa coklat jer. Rasanya sungguh enak. Tak manis sangat macam susu yang selalu dijual tu dan rasa dia pasti lah segar. Harga pun murah RM4.40 untuk susu coklat bersaiz besar. Tapi sebenarnya menurut kawan serumah kami, perisa susu asli tu adalah lebih sedap dari coklat. Patut pun perisa susu asli tu tinggal dua kotak jer berbanding kotak susu yang lain rupanya lebih sedap. Tapi takpe, lain masa Insya Allah aku nak ke sana lagi dan merasa susu asli pulak.





Okeh ni model yang tak sabar2 nak minum terus susu tu. Muka pun sangat teruja kan minum susu tu.

Then masa yang ditunggu telah tiba. Maka berjalan2 lah kami berdua sekitar ladang lembu sambil menjadi model ladang lembu. Ladang dia luas dan rumput pun jenis macam kat New Zealand sana. Cuaca yang sejuk dan nyaman membuatkan perkara pertama yang dihidu di situ adalah bau lembu. 



Mari kita zoom lebih dekat lembu sebelum mengucapkan selamat tinggal.



Tuesday, March 22, 2011

Cinta pada.....

Salam kembali kepada semua.

Nampaknya mood bercuti semakin lama semakin hilang dan mood bekerja semakin lama semakin menguasai diri. Eh eh sila jangan muntah. Itu intro sahaja. Oleh kerana percutian yang lepas banyak pic yang telah diambil maka sila muntah beramai2 menyaksikan blog aku akan dipenuhi kegiatan masa cuti. 

Menonton wayang juga merupakan salah satu kecintaan aku selain buku dan kasut. Ye tuan2 dan puan2, kalo anda menggangur dan tak kerja maka takde maknanya kecintaan ini pada kita. Semuanya memerlukan duit. Oleh itu sila bekerja dengan lebih kuat lagi. Haha takde kaitan kan.

Menonton wayang ni ada dalam list perkara wajib kena buat masa kami di KK. Setelah menyiasat sana sini dan bertanyakan dengan orang KK si Pjal maka ada tiga tempat yang dia cadangkan. Oleh kerana hari yang kedua kami di KK kami berada di Centre Point sebab kat sana ada dua buah kedai buku maka aku dan Zatul mengambil kesempatan untuk menonton wayang di sini. 





Harga tiket adalah RM6 dan sangat murah (bagi aku lah) sebab kalo kat Kuching menonton wayang di MBO Spring memerlukan modal sebanyak RM11 seorang. Dan berbekalkan makanan seperti ini.

Sila klik untuk pembesaran gambar. Harga makanan pun sangat murah. Set kombo popcorn dan softdrink (you can change your drink to ice lemon tea without any extra charges) cuma berharga RM3.70 dan macam aku yang perlu ekstra keropok semua sekali berharga RM5.50. Super murah berbanding MBO Spring yang mana selalunya aku ngan adik aku set kombo untuk dua orang mencecah dua puluhan ringgit.

Masuk2 je dalam panggung tu beginilah rupanya hall no 8 tu. Besar gedabak dan hall dia menarik sebab macam ada pentas kat depan tu. So kalo dah tak laku wayang dia orang boleh sewakan hall tu untuk persembahan nyanyian or tarian or apa2 majlis kecil2an.




Kami menonton cerita ini.
Bagi aku cerita ni best.  Hikayat Merong best dan aku rasa okey jer walaupun sekarang ni macam banyak dah blogger review pasal menda tu dan kritik sikit. Biasalah kan, cerita malaysia kurang sana sikit tu memang ada dan so far bagi cerita malaysia aku rasa okeylah cerita ni. Sila pergi tonton ramai2 kat wayang berdekatan dengan rumah anda. Aku suka cerita ni so aku bagi 4.5 dari 5 bintang. 

Dan lusanya kami pergi sekali lagi setelah singgah lagi ke kedai buku kami menonton cerita ini.

Big Momma aku tak sarankan korang tengok. Pendapat peribadi aku cerita ni bosan dan buat aku rasa mengantuk dan nak tidur. Hehe tapi still boleh tengok untuk fun dan tak berat kepala. Aku bagi 2.5 dari 5 bintang untuk cerita ni. 


Sekian untuk kali ini. Nantikan cerita percutian bergambar pulak selepas ini. 

Sunday, March 20, 2011

Cuti dah berakhir

Salam.

Iklan sekejap- Dua tiga hari ni line internet aku sungguh mendukacitakan. Dapat connect tapi tak dapat internet. Buat aku rasa nak baling lappy dalam sungai. Hehe tapi tadi aku tak tahan sangat tak dapat berinternet telah menelefon aduan celcom. Ajaibnya tak sampai seminit, line internet aku terus ok. Terima kasih kepada celcom atas kelajuan dan keperihatinan mereka menangani masalah internet aku. Ok iklan dah habis. 

Cuti pertengahan semester pertama nampaknya telah berakhir dengan jayanya. Cuti seminggu ini pada mulanya memang plan nak balik kampung dan kemudian berubah kepada untuk tidak balik kampung dengan plan nak berjalan2 ke KK setelah cuti tahun baru cina yang gagal nak ke mana2.

Cuti kali ni aku berada di KK. Berjalan2 mencari apa yang takde di Be-luran dan San-dakan. Perjalanan kami bermula pada pagi Isnin seawal jam 730 pagi dan alhamdulillah selamat tiba di KK pada lebih kurang jam 2 petang. 

Target aku bila kat KK ni adalah berbelanja secara berhemah dan adakah anda rasa aku berjaya mencapai impian aku tu? Semestinya TIDAK apabila dah berjumpa sesuatu seperti ini. 




Lautan buku terutama novel melayu dan english pasti mengeringkan poket aku. Namun tak lupa juga sedikit pelaburan untuk anak2 murid dan kelas aku. Berkali2 masuk ke kedai buku membuatkan aku hampir hilang akal untuk membeli semua buku di situ. Tapi mengenangkan ada lagi barangan dalam list maka pembelian buku adalah perlu dihadkan.

Dulu masa mula kerja dan mula2 memegang duit sendiri, aku siap ada bahagian 10 ke 20% dari gaji untuk buku dan semakin lama semakin besar bahagian untuk buku dan bahan bacaan. Dan bila di Be-luran, perkara tu terus hilang dari aku sebab kat sini aku tak jumpa lagi kedai buku yang ada jual novel. Dan jika adapun tidak menepati specifikasi yang aku nak. Masa cuti yang lepas, dalam sehari aku boleh menghabiskan RM50 untuk beli buku dan asyik berulang alik ke kedai buku kalau buku yang dibeli habis dibaca sampaikan owner kedai tu dah kenal sangat dengan aku dan pasukan peneman aku ke kedai buku tu.

Namun demikian, perkara ni tidak mematahkan semangat aku dengan buku di sini. Aku selalu beli buku online tapi sekarang macam malas nak beli online sebab leceh kena amik buku kat pejabat pos. Untuk pengetahuan, Be-luran ni takde posmen yang menghantar surat. Kita kena amik surat kat pejabat pos. 

Selain buku, aku alergik juga dengan kedai kasut. Saya cinta kasut ok. Tapi keadaan sekolah aku membuatkan aku menyesuaikan diri dengan kasut yang sesuai. Kat sini tak boleh nak pakai heels yang tinggi nanti tak boleh nak pergi kantin naik jambatan kayu yang panjang itu. So kasut aku adalah versi yang tidak merupakan kecintaan tapi ia memenuhi kehendak persekitaran.

So inilah sedikit hasil dari bumi KK. Ada yang tak masuk dalam gambar sebab dah dikeluarkan dari plastik dan dikemaskan.

Ada satu lagi kecintaan aku. Nak tau apa? Tunggu!!!

Friday, March 11, 2011

Pasar Sim Sim

Salam semua.

Dah lama rasanya nak cerita pasal tempat kegemaran kami makan seafood bakar di Pasar Sim Sim Sandakan. Pasar ni namanya memang pasar tapi bukanlah tempat orang menjual ikan mentah tu cuma kat sini adalah tempat kedai makan ikan bakar dan seafood lain seperti udang dan sotong.

Tempat ni menjadi tumpuan ramai terutama pada waktu hujung minggu dan ia memerlukan sedikit kesabaran untuk berpusing2 di sekitar pasar berkenaan bagi memperolehi parking.
Semua makanan seperti ikan, sotong dan udang pengunjung boleh bebas memilih jenis yang dikehendaki dan kemudian makanan berkenaan akan dibakar semula (dipanaskan) dan kemudian dicampurkan dengan rempah dan bahan2 pelengkap yangmenjadikan ia begitu sedap sekali. 

Layan gambar dulu. Tak tau nak cerita macamana bila nak diterangkan dengan fakta. Rasa macam menulis rencana makanan yang gagal jer rasanya ni. Hehe









Untuk info, bila sampai kat tempat makan ni kita cuma perlu memilih ikan atau sotong atau udang yang kita nak makan then cari tempat duduk. Dalam pakej ni sekali adalah nasi kukus panas yang sungguh sedap dan makan mesti bertambah2, sayur dalam tiga jenis (pilih sendiri), sup kosong dan air sejuk. Tak lupa jugak sambal dia yang ada dua jenis. Satu yang dah sedia di atas meja dan satu lagi kita boleh request minta sambal yang pedas.

Sotong bakar dia adalah kegemaran aku bila ke sini dan harganya pulak adalah amat murah. Kami pernah makan 8 orang dengan pilihan ikan lebih dari 4 jenis ikan dan sotong lebih dari dua pinggan. Harganya cuma RM48. Dan normal price kalo aku pergi dengan Izzatul, biasanya kami akan pilih dua jenis ikan dan sotong 2 pinggan. Harga adalah less than RM20. Sungguh berbaloi2 rasanya makan dengan harga yang murah dan rasanya adalah meletops. So kawan2 sila ler datang ke pasar ikan bakar ni kalo berkunjung ke Sandakan.

Akhir kata Selamat bercuti sekolah kepada semua.