Klik untuk keajaiban

Saturday, February 26, 2011

Semalam duduk di rumah sewa berhantu V1

Salam semua.Sila bawa bertenang dan jangan buat mogok di pasaraya2 nak tau sambungan kisah hantu ini.

Ingatkan nak biar entry tu tergantung dulu tapi memandangkan hari ni mood aku baik baru balik dari Sandakan untuk shopping barang2 sebulan maka aku akan menyambung kisah hantu itu.
 
Masa nak menyewa tu, aku tanya si Shu betul2.

Ko memang nak duduk rumah ni ke?

Yelah. Ni jer pilihan terbaik kita. Kenapa?

Tak ler aku takut kita dua HANGAT2 TAHI AYAM.
Dari ayat tu dah nampak kan ketidakyakinan aku dengan keberanian kita orang berdua nak duduk rumah tu. Tambah mengharubirukan adalah dalam rumah tu line telefon langsung tak dapat apatah lagi line internet. Jadi bila dah masuk dalam rumah maka semua perhubungan dengan manusia luar adalah terputus.

Masa kami berada dalam rumah tu kami adalah seperti belangkas. Sama2 ke dapur. Sama2 ke luar dan kalau boleh sama2 ke tandas. Kami mandi kat rumah tu tak tutup pintu pun. Mata melilau ke sana sini tak ingat dunia. Masa tu ler berfikir naper lah takde mata kat belakang kepala. Perasaan sentiasa diselubungi ketakutan yang maha hebat mengingatkan cerita makcik sebelah rumah tentang pontianak terbang di sekitar rumah, tempat hantu duduk. Bukan ke itu semua boleh mengundang sakit jantung dan mati serta merta.

Kejadian ngeri tu berlaku sebelum subuh di mana si Shu terjaga dan dari samar2 mata dia melihat ada lembaga bangun dari sebelah dia (pada mulanya dia menyangka aku) menuju ke dapur. Dan kemudian dia sedar aku ada kat sebelah dia. Misterinya siapa yang dia lihat bangun dari sebelah dia. Dan pastinya dalam kami berdua tidur berhimpit2 itu, ada makhluk lain rupanya di tengah2 kami. Lepas tu dalam masa nak subuh dari dia melihat makhluk tu, macam2 ler benda biasa hantu terjadi seperti kena tindih dan sebagainya. Nak cerita pun ngeri.

Patutlah bila bangun pagi tu dalam jam 6. Ni kira dah lewat dah. Aku tengok dia termenung lama. Lepas tu dia siap bagitau kalo aku nak ke tandas dia boleh temankan sedangkan dia tak sedar hari dah cerah dan masih dalam ketakutan . Tapi percayalah bila anda melihat dan berada dalam rumah tu, jiwa ni rasa ketakutan yang amat. Pagi tu dalam kiraan 1, 2 , 3 kami main campak jer barang dalam kereta dan bergerak cepat sebelum hal2 lain terjadi.


Balik sekolah kami terpaksa sekali lagi singgah ke rumah itu untuk mengambil saki baki barangan kami tanpa ada satupun yang tertinggal dan kami kembali kepada rutin kami dengan berulang alik dari maktab ke sekolah praktikum dengan setiap pagi kelajuan kami adalah mencecah 140 km perjam. Kalau duduk hotel pun tidak semahal tu kan. RM350 untuk semalam yang penuh ngeri. Hehe. Alhamdulillah kemudiannya kami dapat rumah sewa depan rumah PK sekolah praktikum tu dengan sewa RM350 juga.

Walaubagaimanapun di sebalik kisah ngeri ini, kami berdua sebenarnya amat berterima kasih kepada tuan rumah kerana sudi memberi kami berdua menyewa di rumah tu. Pada awalnya tuan rumah memang tiada niat nak menyewa rumah tapi memandangkan dia kesian dengan kami berdua maka dia menyewakannya. Tambahan pulak rumah itu memang kosong sejak sekian lama tidak ada orang duduk memandangkan dia kerja di Sabah masa tu.
 
Wakil tuan rumah pun melayan kami dengan baik sekali. Siap bawa kami masuk kampung dia orang, tengok sungai dan ajak kami pergi ke kebun lagi. Dan anak buah tuan rumah adalah hensem tambah pulak berbudi bahasa orangnya.Tiada sapa2 yang bersalah dalam hal ni cuma yelah rumah ni kan tak boleh biar kosong lebih 40 hari maka akan ada makhluk lain yang duduk dalamnya.

Selain itu, aku dan Shu sebenarnya mendapat banyak pengalaman dalam rumah sewa bila praktikum ni. Masa ni barulah kita kenal sapa sebenarnya kawan kita dan masa ni jugak aku berjumpa dengan manusia yang sebenarnya kita takkan faham apa sebenarnya yang dia nak. Kita tolong seikhlas hati dengan jiwa raga tapi balasan yang kita dapat......takpe semoga Allah mengampunkan dosa aku ngan Shu yang berhadapan dengan orang macam ni.

Selingan jap. Masa ni jugak, aku ngan Shu dah rugi banyak dan memandangkan status kami sebagai pelajar KPLI dengan elaun 1200 duit adalah begitu bermakna.  Dengan duit sewa rumah hantu RM350 yang hangus dan duit nak bayar deposit rumah lain adalah betul2 menyesakkan jiwa.

Kenangan paling tak dapat dilupakan adalah bila mendapat panggilan dari T-B-S masa tu suruh aku ambil duit koperasi masa aku kerja. Dengan semangat 46 aku dan Shu turun dari Serian pergi Kuching nak amik duit tu dengan angan2 dalam kepala adalah RM1500 cukup ler nak bayar deposit rumah sewa baru. Sekali bila sampai Kuching, duit tu cuma RM500. Apa perasaan korang? Rasa nak menangis pun ada.

Dan sampai sekarang, aku yang dijanjikan mendapat RM1500 masa itu oleh mereka yang pakar dalam bidang mereka mereka adalah dari sebilangan orang  yang masih ada rasa hormat di hati aku, cuma mendapat RM500 sahaja. Pernah bertanya beberapa kali dan jawapan itu membuatkan aku menunggu buah yang tak gugur. Dan guess what aku dah berhenti dari sana lebih 2 tahun dan adakah begitu sukar nak mendapat apa yang dijanjikan sebagai hak. Takpelah aku sekarang pegang prinsip semua perkara yang kita buat akan ada balasan dari Allah. Dan ketahuilah aku amat bahagia di sini dan yang pasti kebenaran akan terbongkar jugak. Percaya pada hukum karma dan balasan Allah.

Opss apasal entry aku bunyi macam Ustazah takde lesen ceramah. Sekian, no heart feeling okehh.

Thursday, February 24, 2011

Semalam duduk di rumah sewa berhantu

Assalamualaikum WBT.

Hikss ni bukan pasal rumah sewa sekarang tapi ni nak citer kisah lebih setahun lepas bila kami menyewa rumah untuk praktikum.

Dulu aku tak pernah cerita detail rasanya. Malam ni sebab aku nak melawan kemalasan mengupdate blog so aku nak citer kat sini.

Alkisah masa mula2 nak praktikum dulu aku ngan Shu ditempatkan sama sekolah. Ni tak boleh nak kata apa dah sebab nama aku ngan dia berturutan. Kisah rumah sewa ni panjang turutannya tapi memadai aku terus nak cerita pasal rumah sewa yang berhantu tu.
 
Proses aku dan Shu nak mendapatkan rumah sewa semasa di Serian begitu sukar dan penuh cabaran. Seminggu pertama kami berdua adalah berulang alik dari Kota Samarahan ke Serian. Cukup jauh sebenarnya sebab seawal selepas subuh kami dah terpaksa bertolak dari Kota Samarahan bagi memastikan kami berdua sampai tepat jam 650 pagi.

Kami berdua ada juga cuba nak menyewa bersama dengan kawan2 yang lain yang tempatnya juga agak jauh macam di Gedong dan atas lagi dari Serian namun malangnya semua orang telah menolak kami untuk duduk secara bersama sama ada secara jujur dan muslihat. Biasalah kan, masa ni lah baru nampak true color kata omputih. Tapi bagi kami itu satu cabaran dan selama itu jugak  kami berdua gigih mencari rumah sewa yang berdekatan dengan sekolah.

Sekolah praktikum kami berdua terletak di pinggir bandar serian dan dalam perkampungan kaum bidayuh. 

Dipendekkan cerita ada insan yang baik hati menawarkan kami rumah sewa dan di sinilah segalanya bermula. Hehe.

Rumah sewa ni terletak dalam kawasan kampung dan boleh dikatakan kawasan pergunungan dengan bukit bukau. Hanya 15 minit dari sekolah namun ia adalah jauh ke dalam kawasan kampung dan pergunungan di mana semakin lama kita meneruskan perjalanan, tiada rumah yang akan dijumpai.
 
Pertama kali pergi melihat rumah. Hati aku dah terdetik tak nak duduk situ sebab suasana agak muram. Ditambah pula rumah yang kami sewa adalah jauh masuk ke dalam kampung. Rumah kami adalah terpisah dari rumah penduduk kampung yang lain walaupun terletak di tepi jalan. Tiada jiran berdekatan. Cuma ada dua buah rumah tapi pagar rumah adalah jauh terletak.

Sewa rumah RM350. Rumah sebiji batu. Memang besar dan murah ler. Masa tengok rumah  Shu ni terus setuju nak menyewa rumah. Mungkin dia dah bosan berulang alik dari maktab ke kawasan sekolah praktikum sebab jauh dan tiap hari kami bertolak sebelum jam 530 pagi.

Hari pertama kami check in (bahasa tak ingat tuh) kami dikunjungi oleh wakil tuan rumah sebab kami nak bayar deposit merangkap sewa rumah. Jiran dekat rumah pun ada jugak datang berkunjung. Mereka bercakap dalam bahasa bidayuh tapi nak buat camna sedikit sebanyak kami faham terutama aku lah sebab ada bahasa yang selalu didengar. Nak tau apa intipati perbualan mereka.

Yang ni dah ditranslate:

Malam tadi anjing aku menyalak menangis tak henti2.

Tu dia terbang dari pokok tu ke pokok sana. (Sambil tangan menunjuk ke pokok2 di belakang rumah)

Sinilah tempat hantu tu.( Tangan menunjuk sebelah kiri rumah di mana ada tempat macam buluh tempat tuan rumah menjemur padi)

Bla bla bla....

Ni pulak pesanan dia kepada kami.

Korang jangan risau duduk rumah ni. Rumah ni selamat TAPI kalo orang ketuk pintu malam2 korang jangan buka.

Korang jangan risau duduk rumah ni. Rumah ni selamat TAPI dari atas rumah ni lah orang nak pecah masuk dulu. (Tangan tunjuk atap rumah)
 
Begitu banyak tapi yang membuatkan aku masa tu dah tak senang duduk. Semua TAPI adalah mengerikan.Masa tu aku nak jer lari dari situ terus tetapi memandangkan duit deposit baru jer diserahkan maka kami redha.

Perkara pertama kami buat adalah menutup semua cermin atau apa2 sahaja lubang yang boleh membuatkan kami memandang di luar rumah. Hatta lubang tandas pun kami tutup. Hehe.

Perkara kedua adalah buka komputer dan buka surah Al-Baqarah kuat2 sehingga kami pergi sekolah esoknya. Selama dua hari kami duduk di rumah tu, walaupun siang rumah kami akan bergema dengan bacaan ayat2 Al-Quran.


Malam tu kami tidur di ruang tamu berbekalkan tilam yang dishare bersama. Secara logiknya tilam itu adalah kurang muat untuk kami berdua. Tapi tahu tak bila tidur tilam itu menjadi sangat luas sebab kami tidur menyenget dengan sentuhan belakang bertemu belakang. Aku rasa kalo ikut hati memang kami nak tidur berpelukan. Haha.

Tambah mengerikan dalam rumah, tiada line telefon sama ada kuning ke hijau ke ungu ke semua line tepon takde. Maksudnya masuk jer ke dalam rumah maka kami berdua terputus hubungan dengan dunia luar.

Sebenarnya berbanding aku ngan kawan aku tu. Aku sangat penakut dan kawan aku sangat berani. Malangnya bila duduk rumah tu kawan aku menjadi mahapenakut. Jam dah kul 6 pagi dan di luar dah cerah, dia tak berganjak nak ke bilik mandi dan siap offer aku untuk ditemani ke bilik air. Aku pun heran apakehal minah ni. Hari dah terang pun takut lagi. Rupanya ada misteri yang terjadi kat kawan aku. Nanti aku cerita di lain episod. Tapi tu ler malam terakhir dan pertama kami tidur di situ. Pagi kami macam tak cukup kaki tangan mengemas barang secara ekspress masuk dan sumbat dalam kereta sebab takut. Kereta yang pada mulanya muat je semua barang tiba2 menjadi tidak muat sebab kami berdua main sumbat jer semua barang secara ketakutan dan cepat.

Mengantuk lah so to be continue............hehe jangan marah

Monday, February 14, 2011

Kenangan IRPK1109

Salam semua. 

Aku nak amik kesempatan nak mengucapkan salam maulidur rasul dan selamat bercuti untuk semua warga Malaysia esok. Gunakan kesempatan cuti ini dengan sebaik-baiknya.

Seminggu yang lepas, aku puas mencari tajuk apa yang nak ditulis namun rasa buntu pulak. Otak jadi tumpul dengan topik yang nak dikongsi bersama atau menjadi kenangan aku tak muncul2. Terima kasih kepada Yadie sebab telah mengupload gambar di bawah dalam fb. Boleh gak jadi topik kan. Mari kita mengimbau kenangan 2009.


Gambar ni aku tak ingat sapa yang melukis.Kalo tak silap aku Yadie kot. Sila betulkan yer andai aku silap. Lukisan ni betul2 menggambarkan kedudukan kami 18 orang dalam kelas IRPK. Kami terdiri dari 10 perempuan dan 8 orang lelaki dengan pecahan negeri adalah seperti berikut 9 dari Sarawak, 8 dari Sabah dan seorang sesat ke kota samarahan dari Pahang. Hehe.

Kalo ikut pecahan negeri posting asal pulak 13 di negeri Sabah, 2 di Sarawak dan 3 di Selangor. Kesemua kami yang masih bujang dari Sabah dan Sarawak dipostingkan ke negeri Sabah. Masa dapat penempatan posting ni, keterkejutan yang amat sangat melanda kami yang berasal dari Sarawak sebab ehh apasal aku terpelanting ke Sabah? Negeri aku lagi besar dan lagi banyak tempat kosong nak posting. Tapi itulah orang kata, takdir di tangan Allah. Telah ditakdirkan kesemua kami memenuhi posting di seluruh negeri Sabah bermula dari Kuala penyu melintas ke Telupid, Be-luran, Kinabatangan, Lahad Datu dan paling hujung adalah di Semporna.

Masa belajar adalah paling seronok sekali.Setahun di IPGM dengan aktiviti yang padat dan menyesakkan jiwa tapi akhirnya kami semua berjaya menempuhinya dan di sini kami bergelar seorang guru.

Mari kita kenali sorang demi sorang ahli keluarga IRPK ini bermula dari depan.

Aden- Beliau adalah Ketua Kelas kami yang selalu mengantuk dalam kelas. Kesian sebab masa dekat maktab dimaklumkan kepada kami Aden tak dapat nak tidur malam maka kedatangan beliau ke kelas adalah tepat2 waktu bermula masa kelas pertama. Namun begitu, Aden adalah seorang yang best. Penyelamat sapa2 yang malas nak ke kelas. Ehh.. ke kita yang menjadi penyelamat dia di akhir2 semester. Hehe

Taju- Mamat smart dan rileks. Selalu tampil dengan lawak yang tak disangka2. Aku masih ingat kau Taju cakap aku masuk sukan lari dalam guni. Hampeh dot com. Mengejutkan semua jantung dan paru2 aku. Taju adalah penyelamat aku, Ina dan Ham masa mula2 kami sampai ke San-dakan. Dia menunjukkan keperihatinan sebagai warga Sabah dengan mencari jalan macamana kami nak sampai ke PPD masing2 masa di hotel one utama.Sanggup bawa kami makan dan beli barang tengah malam tu bersama tunangnya yang cantik manis.

Yadie- Kembar si Taju sama macam aku ngan Shu. Di mana sahaja Taju ada di situ ada Yadie, Pendiam dalam kelas tapi boleh tahan juga lawak sama ngan si Taju. Selalu menjadi sasaran Encik ......untuk sesi amali sentuhan. Berjumpa jodoh beliau di maktab dengan gadis Sarawak.

Lan- idealistik dan masa exam sila cari beliau untuk sesi soalan spot yang sungguh tepat. Kadang2 aku rasa macam malas nak jumpa dia masa exam sebab aku takut ada lagi soalan spot dia yang aku tak belajar. Hehe pendek kata beliau adalah sangat rajin dalam belajar. U can share ur problem with him. Mesti ada jalan penyelesaian.

Widya- Wanita anak dua (masa dulu ler sekarang anak tiga) sangat pandai bercakap dan mula2 dengar dia cakap aku rasa rendah diri sebab aku tak pandai bercakap macam dia. Hehe. Tapi lama2 kenal, rupanya sama jer ngan orang lain. Juga salah seorang yang mempunyai soalan spot exam yang tepat.

Suhaila-Misteri yang masih belum terungkai. Pun seorang yang berdedikasi dalam pelajaran.

Badariah- cikgu pink ini comel. Senang dicari sebab sentiasa ada warna pink bersama beliau. Pun sangat pandai melukis.Stylo le ini cikgu.

Ina- gadis kecil molek yang mempunyai suara yang kuat. Bestfren Ham. Seorang yang suka menolong orang sama macam Ham jugak. Pendek kata apa yang ada pada Ham ada pada Ina jugak

Ham- Kembar Ina dan bendahari kelas. Sangat berdedikasi dalam kerja dan tugas untuk mengutip duit kelas. Paling tak adil, sekarang pun sama tempat posting ngan Ina di Telupid. Hehe

Bong- Penolong Ketua Kelas yang sangat berkaliber. Astro kelas untuk berita terkini dari HEP atau maktab. Pun sangat rajin belajar. Tiada hari yang korang boleh jumpa dia dari rileks membaca buku.

Lim- Cikgu pendiam dan juga seorang yang sangat rajin dan berdedikasi. Seorang yang sangat suka menolong orang jugak.

Pjal- Bekas pegawai bank yang menceburkan diri ke bidang perguruan. Salah seorang fav student Encik...Tumpuan diberikan kepada beliau sebab Encik.... kata tak sesuai jadi cikgu. Nak transform Pjal dari pegawai bank kepada cikgu.

Dazzy- Ni geng assignment group kita orang. Sangat berdedikasi dalam tugasnya. Masa kami BIG, Dazzy jadi penghulu kami.Sangat best!

Awang- Ni anak tokey balak sabah. Setiap minggu beliau balik ke Sabah. Aku rasa dia ni ada share dengan MAS atau Airasia. Sangat best bekerjasama dalam assignment. Prinsip kami adalah ada empat assignment. Sorang buat satu. Siap. Takpayah nak discuss2. Sepanjang kami bergroup, tak pernah pulak kami berempat ada group discussion. Berkebolehan mencipta lagu dan seorang yang seni.

Shu- My twin. Kami adalah sangat serasi dan gila. Tiap malam boleh jer drive dari Kota Samarahan ke Kuching semata2 nak pergi makan di Spring. Masa praktikal lagi gila, kami berdua duduk nomad sebelum dapat rumah sewa. Pernah duduk di rumah sewa berhantu selama dua malam dengan pakej RM350. Burn duit sewa. Kemudian selama dua minggu, kami berdua memecut 160km j berlumba dengan Taju dan Yadie dari Kota Samarahan ke Serian. Mula2 kami berdua bertolak kul 530 pagi, then naik 545 naik kul 6 dan pernah kami dari Kota Samarahan kul 630. End up sampai jugak ke Serian sebelum loceng bunyi jam 650. Gila! Hehe


Tyny- Sangat pandai bercakap dan ciri2 seorang guru yang berkaliber. Sangat rajin dan berdedikasi. Kadang2 macam misteri.

Aku- malas nak cerita nanti kamu semua muntah hijau. Haha. Sila isi tempat kosong sendiri.....

Eh entry akan datang aku dah ada tajuk. Pengalaman tinggal di rumah berhantu selama dua malam. Tunggu....

Thursday, February 3, 2011

Pengalaman aku pertama kali dan terakhir berjumpa bomoh

Salam semua. 

Oleh kerana aku adalah bosan takde aktiviti maka aktiviti aku sepanjang cuti ni adalah 70% blogwalking. So dari situ aku mendapat idea nak cerita sikit pasal pengalaman aku berjumpa dengan bomoh.

Mula-mula kita kena pergi sebab menyebab aku pergi jumpa bomoh walaupun sebenarnya aku adalah tidak percaya dengan bomoh berdasarkan kepada sebab utama adalah syirik dan sebab kedua adalah rata2 bomoh adalah penipu dari bacaan dalam majalah dan berita. Alkisahnya masa aku kerja di TBS dulu, darah masih muda dan panas. Walaupun aku berkerja dengan tidak mengenal waktu cuti mahupun balik kerja tepat jam 530 (selalu balik lepas maghrib, kalo tak percaya sila tanya boss2 aku dan mak aku). Masa tu ada satu kes sorang minah yang macam Betty (cermin mata besar ) kerja jadi sukarelawan kat office aku. So dia adalah rapat dengan salah sorang akak (KS) kat situ yang aku close. Kalo mengenali aku dahulu, aku ni baik dengan kawan. Tak berkira dengan kawan walaupun sampai satu ketika aku diperalatkan oleh kawan dan ditikam dengan hunusan pedang yang maha tajam. Ehh part tu aku cerita lain kali. Ni nak cerita tajuk lain. Hikss.

Korang bayangkan rumah aku di Matang Jaya. Si Betty ni dok di Semariang Aman. Jauh ke tak aku nak pusing antar dia. Tapi aku dulu adalah baik dengan kawan2. Setiap hari tanpa gagal aku akan menghantar dia ke rumahnya tanpa berkira apa2. Perlu diingatkan tanpa berkira apa hatta satu sen pun duit minyak ke apa ker. Tak pernah terdetik di hati aku nak minta apa2 duit kat dia. Yelah aku pun pernah masuk skim sukarelawan ni. Elaun degree adalah RM800 sahaja. 

Si Betty ni rupanya adalah bersepupu dengan sepupu aku. Tapi dia takde kaitan dengan aku walaupun aku adalah sepupu pertama dengan sepupu aku tu. Faham ke tak? Haha. So being orang yang hidup dalam perantauan dia selalu singgah di rumah sepupu aku tu. Aku pernah menghantar dia beberapa kali ke sana. So hidup berjalan dengan lancar sampailah satu hari makcik aku call bagitau supaya aku jangan buli si Betty lagi di tempat kerja.

Ehhh aku macam terlompat dari tidor. WTF! Aku nak buli dia?? Tak pernah okeh. Sedangkan aku yang terbuli oleh dia lagi ada. Well sekarang ni aku sedar manusia ni ada macam2 jenis kan. So masa tu darah muda dan cepat panas, maka mengamuklah aku. Aku call KS bagitau apasal si Betty ni. KS sabarkan aku. Esok g pejabat maka bermulalah aktiviti aku berdepan dengan si Betty nak tanya apasal fitnah aku yer. Betty menafikan dan kecoh gak masa tu. Siap Betty baca yassin kat tingkat satu office sebelum dia jumpa dengan boss aku. So end up si Betty berhenti kerja dengan sukarela mungkin dia malu dengan sifat keji dia. HIkss.

So masa itu aku ada sorang bekas kawan baik (AN) dia tak kerja masa tu lagi di office kita orang. Kalau tak silap dia repeat paper masa tu. Info tambahan aku bukan bengap macam dia kena repeat paper berulang kali okeh. Kalo tak silap itu adalah untuk kali keempat. Opsss terbagitau pulak. 

AN ajak aku jumpa bomoh yang dia biasa jumpa. Walaupun aku adalah amat tidak percaya benda itu. Dia pujuk aku katanya jumpa bomoh tu bukan apa sekadar nak bagi bomoh tu ubatkan panas baran aku. WTF kalo aku fikir benda tu balik. 

So being seorang kawan yang selalu berkorban untuk kawannya sampai akhirnya diri sendiri terkorban maka aku pun ikut ler dia pergi. Kononnya perjumpaan kali pertama adalah untuk menilik sama ada perlu berubat lagi ke tak. Ada masalah ke tak dengan diri sendiri. So di malam yang cerah dengan bulan kami pun memulakan pekerjaan itu. Kalo tak silap ada sorang lagi dari office aku SM ikut sekali. AN dah siap pesan nanti dengan bomoh tu kau boleh tanya apa jer ko nak tanya.Contoh soalan adalah like adakah dia akan kawin ngan BF dia? So funny kan. 

Perjumpaan pertama, maka aku telah didiagnosiskan oleh bomoh sebagai bermasalah dan perlu mandi. Untuk info, sapa yang ada masalah jer perlu mandi tiga malam berturut-turut dengan akhir malam adalah malam jumaat. Ngeri kan!!!

Kalo korang nak tau, apabila kaki pertama aku melangkah rumah bomoh itu adalah dalam hati aku aku tanamkan aku percaya aku percaya. Aku paksa hati aku supaya berkata aku percaya dan yakin sebab kononnya bomoh itu boleh baca apa dalam hati ko macam cerita No Ordinary Family TV3 setiap malam Isnin jam 10 malam. So aku takutlah bomoh itu dapat baca apa dalam hati aku. Kihkih bodo kan.

So sebelum mandi maka ada barang yang perlu disiapkan. Sebilah pisau, sebiji mangkuk cina yang diperbuat dari tanah liat, sehelai kain putih untuk membalut ko masa mandi dan minyak kelapa.

Dalam tak yakin ni aku cergas jugak pergi beli barang2 itu dengan AN. Perlu diingat pendorong utama aku adalah AN yang selalu pergi jumpa bomoh itu untuk sebarang masalah dia dengan BF, keluarga atau lain2.  

Malam pertama mandi- kaki pijak pisau, selunung dengan kain putih saja dan dengan mangkuk tu bomoh tu mandikan aku. Perasaan aku adalah…..WTFFFFFF aku mengucap banyak2 masa mandi tu (agaknya sebab tu tak menjadi kot, hikss) aku menyumpah diri sendiri Ya Allah janganlah bomoh ni amik pisau terus tikam aku tak ke mati masa tu aku direct terus masuk neraka tanpa hisab2 dah. Dosa syirik ko!!! Dosa besar.

Balik mandi malam pertama tu, aku dah berbelah bagi tak nak teruskan ke malam kedua. Tapi AN pujuk aku dia kata mana nak jadi kalo malam pertama jer mandi. Ok fine. I Follow u yang berpengalaman dengan bomoh kan!! Masa malam pertama lepas mandi tu, aku balik rumah bawa kain putih tu dengan pesanan kain tu tak boleh diperah airnya kena jemur terus. Masa tu gak mak aku pergi Bintulu dan ada family abang aku tidur rumah aku. Guess what?? Malam tu dia orang tak dapat tidor sebab dengar kain putih tu berkibar di seluruh rumah. Nasib aku baik sebab aku tak dengar apa2. Tapi esoknya orang kat rumah semu a warning aku lepas mandi esok2nya sila jangan balik tidor rumah. So aku pun tidor lah rumah AN dengan pesanan kat AN sila jemur kain tu jauh2 dari bilik dia.


Lepas malam terakhir kau mandi tu, kau boleh jumpa lepas mandi tu dengan bomoh dan tanya apa jer ko nak tanya macam contoh soalan tadilah yang AN bagi kat aku. Tapi serius satu haram soalan pun tak kuar dari mulut aku. Dalam hati aku, dah2 ler . Dah le ko buat perkara syirik ni ko nak menilik pulak. So aku langsung tak tanya apa2. Lain ler AN yang lama dalam bilik bomoh tu siap tak bagi orang lain dalam bilik tu. Agaknya nak tanya tarikh dia kawin ngan BF dia kot senang nak buat persiapan kawin. Hikss.

Soalannya adakah aku sudah hilang panas baran nya. Jawapannya mudah jer tuan puan, meh sini aku lempang korang ramai2. Sila jangan tanya mana aku buang minyak kelapa yang disuruh urut di kaki tu. Haha aku langsung tak buat pun apa dia suruh. First perkara aku buat adalah solat taubat dan beristigfar banyak2 atas apa aku dah buat. 

Jadi pesanan masyarakat dari aku adalah, berserah diri kepada Allah itu adalah terbaik dari segalanya. Tak kisahler orang macam AN yang gila berbomoh tu nak pergi bomoh dan buat macam2 tapi sila jangan ajak aku. Aku ni dah le tak pergi haji lagi…dosa pun banyak…semayang pun kadang2 ada miss jadi sila jangan tempah tiket ke neraka tanpa hisab atau secara ekspress.

Sekian dari aku yang cuti kebosanan di rumah akhirnya banyak rahsia akan terbongkar di blog ini. Hehe

Tuesday, February 1, 2011

Perjalanan panjang ke San-dakan

Salam semua. Mood nak mengupdate blog adalah rajin sebab takde aktiviti lain. At least pengalaman ini aku tulis untuk rujukan aku masa depan.

Kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan. Ya kita bermula dengan kata2 pasrah dan menyerah kepada takdir.

Perancangan asal kami adalah nak bergerak ke KK pada pagi Ahad then ditunda pada hari rabu iaitu tengahari esok. Namun setelah melalui perjalanan yang sungguh panjang ke San-dakan pada pagi ahad dan hanya tiba di San-dakan pada waktu tengahari maka kami telah membatalkan niat untuk ke KK atas factor keselamatan dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Sekiranya kami bercadang juga untuk meneruskan niat kami ke KK maka kami kena melalui perjalanan mendaki gunung kinabalu dan dari info yang kami dapat dari kawan2 kami, keadaan adalah tidak menyokong untuk kami ke KK. Tambah dengan factor cuaca dengan hujan yang tidak berhenti2 dan tambahan pulak dengan tanah runtuh sana sini yang dilaporkan dan pengalaman kami sendiri menyaksikan betapa teruknya san-dakan dengan tanah runtuh yang berlaku di lereng2 bukit dan kawasan tanah tinggi. Selain itu, kami menyaksikan sendiri rumah yang telah tertimbus dengan tanah runtuh dan mengakibatkan dua orang penghuni rumah berkenaan meninggal dunia.

Pagi ahad lepas kami bertolak ke San-dakan seawal jam 830 pagi. Sepanjang perjalanan adalah menakjubkan kerana tiada kenderaan di belakang mahupun dari depan kami. Namun demikian keadaan ini sebenarnya menggusarkan kami sebab sah2 kami tak tau apa yang berlaku di depan dan di belakang kami. Keadaan jalan amat teruk terutama di Bandar check-point dengan keadaan jalan yang masih dalam pembinaan menjadi semakin teruk dan berlubang sana sini. Lopak air yang dalam wujud di kiri dan kanan jalan menyebabkan trafik bergerak amat perlahan. Ehh bunyi macam baca berita pulak.

 
Setibanya kami di Gum-gum kami tersekat dalam kesesakan lalulintas yang amat teruk. Namun kurang dapat dipastikan apa berlaku di hadapan kami sebab deretan kenderaan yang panjang sukar untuk kami melihat apa yang berlaku di hadapan. Berhenti lebih kurang setengah jam di kawasan natural park dan kemudian memutuskan untuk beratur sama dengan kenderaan yang lain.

Saksikan apa yang kami temui.


 
Perkara ini membuatkan kami berpatah balik ke natural park sambil berdoa dalam hujan lebat itu agar hujan berhenti dan air banjir surut sebab kami dah nak sampai ke san-dakan dan untuk berpatah balik ke Be-luran adalah amat mengecewakan tambahan pulak mengenangkan air mungkin naik di kawasan ladang di mana semasa kami melalui masa pergi tu air dah mula naik dengan jayanya.

Lebih kurang 40 minit lepak di kawasan parking, kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan sebab hujan dah berhenti dan menurut seorang kawan kami yang meninjau kawasan berkenaan jalan dah boleh dilalui oleh kereta.


Sampai di giant lebih kurang jam 1230 tengahari dan kemudiannya terus checkin di hotel oneutama. Sempat kami merehatkan diri di hotel sebelum petang tu kami berhajat ke Genting Mas untuk shopping barang2 rumah dan barangan sendiri. Percubaan kali pertama adalah gagal disebabkan air dah naik di jalan2 dan tanah runtuh.



 
Kemudiannya aku ngan Zatul patah balik ke Pizza Hut Giant. Setelah makan pizza, kami kemudian berhajat untuk meneruskan rancangan ke Genting Mas jugak tapi melalui jalan laut.  Alhamdulillah jalan tak banjir namun  fenomena tanah runtuh adalah di sana sini dan kami sempat melalui rumah yang tertimbus di San-dakan yang menyebabkan dua beranak mati. Air laut pulak adalah mengerikan nak tengok sebab ada dua lapisan warna biru dan coklat tambah dengan hujan yang lebat.

Berjaya sampai dan bershopping di Genting Mas dan balik semula ke hotel. Pagi isnin syukur hujan tak lebat sangat dan perjalanan pulang ke Be-luran adalah selamat.

Sekarang berada di Be-luran dengan keadaan cuaca yang suram dan hujan lebat.  Semoga kami semua selamat di sini.

Akhir kata pesanan masyarakat dari aku, sila awasi anak anda di waktu banjir ini kerana segala kemungkinan dan bak kata pepatah malang tidak berbau. Sila renungkan gambar di bawah ini untuk pastikan bukan anak anda yang berada di situ.